Monday, March 12, 2012

Samb: Adakah Bangsa yang Buta Huruf Mampu Membaca Kisah Alexander?

Ini yang diketahui dan difahami oleh para pendeta Yahudi pada masa itu, nabi Akhir Zaman adalah seorang yang buta huruf. Tidak mampu membaca huruf Arab, Ibrani, Yunani, Parsi, mahupun huruf-huruf lainnya.

Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dengan kata “Ummi”. Jika seorang Muhammad yang buta huruf dapat menjawab dengan benar, maka Muhammad benar-benar nabi yang mendapat wahyu dari Allah, inilah nabi yanag diramalkan di dalam Taurat dan Injil. Muhammad ini adalah pembawa kerajaan syurga yang diwartakan oleh Isa al-Masih, iaitu Muhammad ini ‘berita gembira’ yang ditunggu-tunggu.

Tentang ‘orang buta’ yang akan terpilih ini, Isaiah menegaskan dan mengingatkan Bani Isarel:

Nyanyikanlah nyanyian baru untuk Tuhan dan pujilah Dia dari hujung bumi! Baiklah laut bergemuruh serta segala isinya dan pulau-pulau dengan segala penduduknya. Baiklah padang gurun menyaringkan suara dengan kota-kotanya dan dengan desa-desa yang didiami Kedar! Baiklah bersorak sorai penduduk Bukit Batu, baiklah mereka berseru-seru dari puncak gunung-gunung! Baiklah mereka member penghormatan kepada Tuhan, dan memberitakan pujian kepadaNya di pulau-pulau. Tuhan keluar berperang seperti pahlawan, seperti orang perang. Ia membangkitkan semagatNya untuk bertempur; Ia bertempek sorak, ya, ia memekik terhadap musuh-musuhNya Ia membangkitkan kepahlawananNya. Aku membisu dari sejak dahulu kala, Aku berdiam diri, Aku menahan hatiKu, sekarang aku mahu mengerang seperti perempuan yang melahirkan, Aku mahu mengah-mengah dan mengap-mengap. Aku mahu membuat tandus gunung-gunung dan bukit-bukit, dan mahu membuat layu segala tumbuhan-tumbuhannya; Aku mahu membuat sungai-sungai menjadi kering dan mahu membuat kering telaga-telaga. Aku mahu memimpin orang buta dijalan yang mereka tidak kenal, dan mahu membawa mereka berjalan di jalan-jalan yang tidak mereka kenal. Aku mahu membuat kegelapan yang di depan mereka menjadi terang dan tanah yang berkeluk-keluk menjadi tanah rata. Itulah hal-hal yang hendak Ku lakukan kepada mereka, yang pasti akan Ku laksanakan. Orang yang percaya pada patung pahatan akan berpaling kebelakang dan mendapat malu, iaitu orang yang berkata kepada patung tuangan “Kamulah Allah kami!”. (Isaiah 42: 10-17 berjudul ‘Hamba Tuhan’).

Terdapat tiga kata kunci: Kadar, Penduduk Bukit Batu, dan Orang Buta. Semua ini mempunyai benang merah hubungan yang realistik dengan bangsa Kedar, bangsa yang tinggal di padang pasir dengan bukit batu Paran Tanah Arab, mereka yang di maksudkan sebagai orang yang buta, bangsa yang buta akan membebaskan dan membersihkan dunia dari paganisme yang menyembah patung berhala. Dari kalangan mereka kegelapan menjadi terang, “Kegelapan yang di depan mereka menjadi terang”. Dari Kedar lahir Anak Manusia bernama Ehmed, Ahmad, Utusan Allah yang akan memimpin bangsa buat iaitu melewati jalan-jalan dan membebaskan negeri-negeri yang belun di kenal, membawa mereka berjalan di jalan-jalan yang tidak mereka kenal“. Hingga semua jenis Pagan Tanah Arab, Parsi, dan Romawi menjadi malu. Orang yang percaya kepada patung pahatan dan berpaling ke belakang dan mendapat malu, iaitu orang yang berkata kepada patung tuangan, “Kamulah Allah kami!”

Daripada penjelasan ini, dapat difahami para Oreitalis dan Evengelis melakukan kesilapan besar dan tidak mengetahui sejarah, apabila mereka menuduh kisah Zulqarnain di dalam al-Quran adalah hasil karya Nabi Muhammad yang mencedok sumber-sumber terdahulu (Inskripsi Yahudi dan sebagainya). Muhammad sebagaimana dalam la-Quran dan Bible digambarkan sebagai orang yang tidak mampu membaca dan menulis. Bagaimana mungkin orang yang tidak mempunyai ekses terhadap sumber-sumber inskripsi Yahudi ini mampu mencedoknya? Semua ini terjadi kerana wahyu dari Allah.

Beberapa waktu setelah itu, turun surah al-Kahfi sebagaimana yang disebut diatas, sebagai jawapan daripada Allah. Allah memberi beberapa jawapan yang tuntas kepada Nabinya tentang tiga hal itu sesuai dengan sebahgiannya. Kemudian Nabi membacakan kepada para sahabatnya. Dengan jawapan ini, kisah yang terkubur berabad-abad lamanya terbongkar, al-Quran membersihkan kisah tentang Zulqarnain, “Seorang yang penjelajah hingga mencapai timur dan barat bumi,’ lengkap denga kisah tentang Yakjuj dan Makjuj. Hal ini tidak ada di dalam Bible dan inskripsi Yahudi, al-Quran, menggandingkan kisah Zulqarnain sekaligus dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj dalam satu kisah, suatu hal yang tidak ada dalam Bible.

Bersambung….

No comments:

Post a Comment