Tuesday, February 8, 2011

BAB 2-Dajjal di Negeri-Negeri Bertetangga

Dajjal berlayar melalui pantai-pantai Amerika Latin dan pulau-pulaunya yang terbesar untuk berlabuh menuju suatu pulau bernama Bermuda. Ia ingin hidup di sana, di dunia lain yang penuh kenikmatan dengan segala kebebasannya tanpa ikatan dan larangan. Sebab, sebahgian besar bahkan seluruh penduduknya menyembah syaitan. Selain menyembah syaitan, mereka juga menyembah faraj wanita. Sebahgian lagi ada yang menyembah anjing hutan dan rubah. Masyarakat yang aneh. Itulah masyarakat penyembah syaitan.

[Kata ‘Bermuda” bererti bulan ketujuh dalam tahun Qibti. Tetapi seorang Amerika dari Puertrico mengkhabarkan kepada penulis bahawa makna “Bermuda” dalam bahasa-bahasa kuno yang tersebar di wilayah ini bererti “Pantai Cahaya”. Hal itu disebabkan syaitan menempati wilayah itu dan menyatakan bahawa ia adalah dewa cahaya dan pencerahan. Luas pulau Bermuda 53 kilometer persegi dan jumlah penduduknya adalah 70.000 jiwa. Ibu kotanya adalah sebuah kota yang disebut Hamilton. Keseluruhan Bermuda merupakan gugusan beberapa pulau yang berjumlah 347 pulau karang dengan beberapa teluk kecil, bahkan sangat kecil)

Semuanya terletak di lautan Atlantik yang berjarak 930 kilometer dari Amerika Syarikat. Yang sangat aneh ialah bahawa dari seluruh pulau yang mencapai 347 ini, hanya 20 pulau sahaja yang berpenduduk. Pulau-pulau lainnya sukar dilalui.

Penduduk di situ menganggapnya sebagai jajahan para arwah jin dan anak-anak syaitan yang menjadi tuhan. Bersamaan dengan penjajahan Inggeris atas kepulauan ini sejak tahun 1684 M, masuklah agama Kristian, meskipun pada awalnya tidak diterima. Kemudian para dukun menganggapnya sebagai cabang dari agama penyembahan syaitan atau syariat baru yang sesuai dengan perkembangan zaman.

Sejak tahun 1968, pulau itu berubah menjadi beberapa negara autonomi yang terpisah dari pemerintahan Inggeris. Dan sejak tahun tujuh puluhan pulau itu sepenuhnya masuk dalam pemerentahan Amerika. Di pulau itu terdapat pangkalan udara rahsia Amerika sebagai yang dikemukakan seorang Amerika kepada penulis. Sebab, pulau Bermuda terkenal dengan puncak segitiga Bermuda yang membingungkan banyak negara disebabkan pelbagai peristiwa menakutkan yang sukar diatasi.]

Dajjal menemukan miliknya yang hilang pada mereka. Maka mulailah ia memberitahu kepada mereka bahawa ia adalah raja yang berkuasa di muka bumi ini, dan bahawa syaitan adalah tuhan agung yang ia utus kepada mereka. Ia mengaku sebagai tuhan penengah yang menjadi perantaraan manusia dengan tuhan mereka, syaitan. Ia adalah satu-satunya perantaraan ia juga adalah tuhan yang esa di hadapan mereka, dan tidak ada sekutu baginya. Maka para tukang sihir dan dukun-dukun terkemuka mengumumkan peperangan terhadapnya. Ia dapat mengalahkan mereka dengan apa yang di bawanya berupa tipuan ilmiah dengan mengunakan hukum Allah di alam berupa fizik dan kimia. Ia juga mengunakan tipudaya ahli sihir Fir’aun yang dipelajarinya dari sebahgian mereka, sehingga seorang di antara mereka berkata: ”Orang ini adalah anak tuhan.” Inikah kalimat yang memadai bagi akal masyarakat yang bingung dan mengulang-ulang perkataan itu seakan-akan sedang mengigau.


Bersambong…

No comments:

Post a Comment