Monday, February 21, 2011

Samb: Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda

Yang aneh dari manuskrip itu ialah bahawa perkataan itu tidak disandarkan kepada Nabi, sahabat, dan tidak pula tabi’it-tabiin. Tetapi yang difahami dari manuskrip itu ialah bahawa pengarangnya menuliskan dalam bentuk maklumat biasa dan turun-temurun hingga zamannya. Dari tulisan ini difahami bahawa jin dan syaitan yang mempunyai hubungan dan pengalaman dengan masaalah air selalu membantu Dajjal. Bantuan jin dan syaitan pada Dajjal ditegaskan dalam hadis Nabi, perkataan para sahabat, dan tabiin.

Saya katakan dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad Dajjal’ bahawa ka'abal-Ahbar benar ketika mengatakan, “Syaitan berkata kepada Dajjal: ‘Mintalah tolong kepada kami atas apa yang engkau inginkan.”

[Lihat ‘Al-Masikh ad-Dajjal wa Asrar as-Sa’ah,’ karya: Allamah as-Safarini, Maktabah At-Turath al-Islami, Mesir. hlm. 41.]

Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Dajjal akan keluar dengan meremehkan agama dan menjauhi ilmu. Dan aku mendengar (wasami’tu) bahawa bersamanya ada syaitan-syaitan yang berbicara kepada manusia.”

[An-Nihayah fi al-fitin wa al-maahim, karya Ibn Kathir, Dar at-Turath al-Islami, l-Azhar, jilid 1. Hlm. 19. Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalan Musnadnya, al-Halabi, juz III, hlm. 367-368.]

Nampaknya kata ganti dalam kata wa sami’tu (dan aku mendengar) kembali kepada Jabir, yang bererti, ”Dan aku mendengar demikian dari Rasulullah s.a.w. bahawa bersamanya (Dajjal) ada beberapa syaitan yang berbicara kepada manusia.”

Riwayat tersebut sejalan dengan riwayat Abu Umamah al- Bahili dari Nabi Sallalah ‘alaihi wasallam, yang bersabda:

"Di antara fitnah Dajjal adalah bahawa ia akan berkata kepada orang Arab badui: ’Apakah jika aku membangkitkan ayah dan ibumu, engkau akan bersaksi bahawa aku tuhanmu?’ Ia menjawab, Ya.’ Maka dua syaitan menjelma dalam rupa ayah dan ibunya. Keduanya berkata: ”Wahai anakku, ikutilah ia, kerana ia adalah tuhanmu.” [ Lihat Al-tasrih, bi ma tawatara fi Nuzul al-Masih, hlm.145]

Dalam riwayat Nu’aim bin Hamed dituturkan:

“Seorang perempuan datang kepadanya dan berkata: ‘Wahai tuhanku, hidupkanlah anak saudara, dan suamiku. ‘Perempuan itu memeluk syaitan dan rumah mereka dipenuhi para syaitan. Orang Arab badui itu datang, lalu berkata: ‘Wahai tuhan, hidupkanlah unta dan kambing kami.’ Dajjal pun memberi mereka beberapa syaitan yang menyerupai unta dan kambing mereka, baik dalam umur mahupun tandanya.”

Bantuan jin air dan para syaitan kepada Dajjal barangkali berupa nasihat dan mungkin berupa kerjasama aktif. Tetapi, saya menduga bahawa kerjasama aktif mereka ada batasnya dan tidak melampaui permohonan Nabi Sulaiman:

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan berikan kepadaku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku…” (Erti ayat As-Saad: 35)


Bersambong…

No comments:

Post a Comment