Saturday, February 12, 2011

Samb: ke-5 Dajjal Di Negeri-Negeri Bertetangga

Peribadatan mereka yang masyhur adalah missa hitam. Fokasnya adalah gambar syaitan yang telanjang dan gambar seorang gadis yang telanjang pula. Para penyembah menatap dan mengambil berkah dengan menyentuh anggota-anggota tubuhnya. Sembahyang mereka diakhiri dengan pelbagai penghalalan seperti yang biasa dilakukan penyembahan dewa-dewa keturunan bagi para penyembah berhala.

Semuanya merupakan kelompok rahsia yang muncul pada abad-abad pertengahan. Satu puak memiliki hubungan, dengan pelbagai sekte lainya. Di antaranya adalah kelompok yang bernama al-Haikaliyyin (penghuni kuil) atau al-Jabaliyyah (penghuni gunung). Mereka memakai kalung dari tali yang pendek dan mengenakan gamis yang disebut gamisia. Dikatakan bahawa mereka mengambil nama itu dari pulau Malta yang menjadi markas al-Haikaliyyin. Kalimat-kalimat Arab digunakan dalam bahasa mereka sejak abad-abad pertengahan sampai sekarang.

Akidah dan dominan di antara puak-puak ini, dengan beragam mazhabnya, adalah kepemimpinan raja kejahatan di muka bumi, khususunya, dan pertentangan di antara kekuatan tertinggi dan kekuatan terendah, serta pentingnya saling memahami dalam pelbagai urusan. Sebab, dewa kebaikan dengan kekuatan dan kebijaksanaannya telah berlepas tangan dari dunia anak Adam disebabkan penyimpangan dan masuknya kejahatan ke dalam watak mereka atas kehendak mereka sendiri, bukan kerana penguasaan syaitan atas mereka.

Yang masih mengikuti akidah adalah kelompok besar di Eropah Barat. Sebanyak 63 orang, lelaki dan perempuan, digiring ke mahkamah pemeriksaan pada bulan Jun 1335 M. salah seorang perempuan yang bernama Anemmarie Georgle megatakan “Allah adalah raja langit dan syaitan adalah raja bumi. Keduanya sebanding, kekal dan berlumba untuk menang. Syaitanlah yang memperoleh kemenangan nyata pada masa sekarang.”

[CATITAN: Di antara nama Iblis yang dikutuk Allah adalah Lucifer atau ”pembawa cahaya”. Menururt aslinya, bahasa Latin, ini adalah nama kawkab as-sabah (bintang yang terbit pagi hari). Pada mulanya, kata itu tidak mempunyai indikasi buruk, tetapi adalah sabda Nabi Muhammad s.a.w. mengenai celaan pada raja Babilonia yang menamakan dirinya dengan kawkab as-sabah. Sementara itu, para hawariyyun memahami dari sabda Nabi Isa a.s., bahawa beliau pernah melihat syaitan seperti bintang yang jatuh dari langit. Yang dimaksudkan adalah bintang pagi itu (az-zuhrah; lucifer). Itu merupakan kiasan bagi kejatuhan orang-orang sombong. Padahal, wahyu melalui lisan al-Masih menyebutkan bahawa ia menegaskan tentang dirinya. Ia berkata: “Aku adalah bintang pagi yang terang.” (Abbas Mahmud, Iblis, Dar an-Nahdhah, Mesir, hlm. 35).]

Dajjal pun menjalinkan perjanjian dengan tokoh-tokoh terkemuka di kalangan kaum itu untuk menghadiri pesta tahunan ini atau “terbit tahunan”. Mereka menyetujuinya dengan syarat bahawa ia bersujud kepadanya bersama mereka dan membaca do’a yang ditetapkan bagi mereka. Ia bertanya kepada mereka, “do’a apa ini?”, mereka menetapkan baginya beberapa syarat. Iapun menyetujuinya.

[CATITAN: Para penyembah syaitan itu tidak menuliskan rahsia ibadah mereka, kerana mereka menyembunyikannya sebagai sikap kehati-hatian dan kewaspadaan terhadap musuh-musuh mereka dan kebiasaan peribadatan syaitan yang memerlukan kegelapan dan ketersembunyian. Musuh-musuh mereka yang tidak setuju menyampaikan beberapa riwayat sampai segala perinciannya. Kita tidak membayangkan bahawa peribadatan syaitan itu sama dengan yang ada di tempat-tempat lain yang saling berjauhan.

Peribadatan-peribadatan terungkap dengan jelas, berbeza dan saling bertentangan ketika tersebar ke tempat-tempat yang jauh disebabkan iklim, ras, bahasa, serta aspek-aspek social dan individual. Tidak diragukan lagi, peribadatan-peribadatan tersembunyi itu berbeza jika menyebar ke tempat-tempat yang jauh. Tetapi yang terkenal dari pelbagai puak peribadatan syaitan itu ada tiga, iaitu: al-Kathariyyah, al-Bujmuliyyah, (bogomil) dan al-Abiyyah (albegnesisi). Para ahli sejarah menegaskan bahawa nama-nama yang berbeza itu lantaran satu sebab saja, yakni perbezaan penamaan berdasarkan keadaan setempat dengan tetap mempertahankan kesamaan dalam sember-sumbernya dan penyatuan sumber-sumbernya menjadi satu pegangan di antara dua benua. Asia dan Eropah. Al-Kathariyyah dianut oleh kabilah-kabilah yang namanya diambil dari kata “Gather” yang bererti “kesucian” dalam bahasa Latin pertengahan. Asalnya merupakan puak kependitaan dan kezuhudan, yang kemudian sedikit menyimpang menjadi campuran antara penyembahan berhala dan peninggalan-peninggalan pelbagai agama dari peradaban kuno. (Semua itu dikutip dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Ustad “Abbas Mahmud al- ‘Aqqad dalam kitabnya, Iblis, Infomasi-infomasi itu diterjemahkan dari “The Satanic Mass: (Missa Syaitan) karya seorang Barat, Rhodes. Maha Tinggi Allah s.w.t. dari apa yang mereka
katakan.)



Bersambong….

No comments:

Post a Comment