Sunday, February 13, 2011

Samb: ke-6 Dajjal Di Negeri-Negeri Bertetangga

Jelaslah, bahawa pengarang Barat yang dikutip ‘Aqqad itu merupakan dalam penyembahan syaitan, termasyhur dalam penyembahan syaitan, semoga Allah mengutuknya dan para penyembahnya, telah lalai atau tidak tahu bahawa mazhab-mazhab ini merupakan cabang dari asalnya yang muncul di Amerika Selatan ketika peradaban-peradaban dahulu menyaksikan banyak mazhab penyembahan syaitan. Yang termasyhur dan tertua adalah al-Kathariyyah, al-Bujmuliyyah dan al-Abiyyah. Di Jamaika, Haiti, Bliss, yakni pulau yang memanjang diKaribia dan dekat Hoduras, dan Guantemala telah ada sejumlah mazhab yang menyebar di Eropah. Barangkali negara yang memanjang di Karibia yang disebut Bliss berasal dari kata “Iblis” yang menyusup ke negeri mereka dari negeri-negeri bangsa Arab kuno yang merupakan manusia pertama.

Al-‘Aqqad dengan kemampuannya sebagai pemikir dan penterjemah telah mengesampingkan pengkajian infomasi ini dalam bentuk yang menyakinkan atau dengan mendatangkan aspek-aspek kemungkinan lain. Al-Bujmuliyyah pada dasarnya tidak memiliki hubungan dengan syaitan. Akan tetapi, hal itu disebarkan oleh kehilangan reputasinya dan ada usaha menjelaskan hakikatnya yang berdekatan dengan ajaran Islam. Al-Bujmuliyyah dinisbahkan kepada pendiriannya, pendita bernama Bogomily yang dianggap sebagai pencetus puak Masihi ini yang mengingkari kelahiran al-Masih dari Allah dan kenabiannya. Ia menganggap bahawa al-Masih hanyalah penyampai (berita) dari Allah. Oeh kerana itu, ia menolak pelbagai upacara dan ritual agama Kristian.

Bogomily bahkan membolehkan sembahyang kepada Allah di mana saja, tanpa harus di gereja. Selain itu, tidak ada missa bagi sesiapapun. Tidaklah penting pemimpin agama memimpin sembahyang, melainkan siapa saja dari orang-orang yang beriman memimpinnya.

Ketika raja Serbia, Steven Nemania, keluar mazhab ini dan menganut mazhab Roma Ortodoks, maka mulailah fasa penindasan, pembunuhan dan pengusiran pengikut mazhab Bogomily serta penyebaran berita bahawa mereka adalah para penyembah syaitan. Para pengikut mazhab ini terus-menerus menjadi sasaran serangan militer sampai masuknya tentera Turki ke Negara itu. Lalu para pengikut Bogomily mengenal dan masuk Islam secara sukarela kerana kesesuaian dengan ajaran mereka.]

Mereka mengucapkan:

“Wahai tuhan kami. Wahai sahaya wujud dan pembawa obor cahaya kepada seluruh makhluk, aku hadapkan jiwaku kepadamu dengan keimanan. Kecintaan dan penyucian. Engkaulah kebaikan dan inti kebaikan. Oleh sebab itu, aku berjanji kepadamu untuk menjadi hambamu yang taat dan mencintaimu, dan musuh dewa kejahatan. Engkaulah ruh kebenaran. Engkaulah, wahai Iblis, cahaya keabadian. Engkau Nampak kepada kami. Kerana itu, aku akan membenci kegelapan dan mengubahnya menjadi api dan cahaya. Aku serahkan padamu , wahai Iblis, jasad, ruh, dan darahku. Maka lakukanlah padaku apa yang dapat memuliakan namamu. Wahai tuhan kami, Iblis yang agung, terimalah do’a dan ketundukanku, sinari jalanku dengan keindahanmu yang memancarkan sinar dan ketika mendekat hari terakhirku. Engkau mendapatiku sebagai pemberani dan tenang ketika menghadapi kematian dan kesempurnaan persiapan untuk pindah ke ribaanmu dalam api keabadian. Amin.”

Dajjal setuju dengan mereka, padahal ia menyembunyikan sesuatu dalam dirinya. Tibalah saat yang dinantikan. Dajjal menghadiri upacara kemunculan syaitan. Tetapi anehnya, syaitan yang mengaku tuhan itu tidak datang, atau ia datang tetapi tidak menampakkan diri. Setelah berlalu dua hari, ketika mereka yakin bahawa ia tidak akan muncul kerana pelbagai kesibukannya mengurus alam ini, menurut dugaan mereka, tiba-tiba pada hari ketiga ia menampaklan diri kepada mereka di atas gunung dalam kegelapan. Tubuhnya seakan-akan fosfor menyala atau membiaskan cahaya. (fosfor = cecair atau bahan hablur yang bersinarkan cahaya yang digunakan dalam lampu pembuatan lampu, televisyen, radar dll.-Kamus dewan).


Bersambong…

No comments:

Post a Comment