Thursday, March 31, 2011

Samb: ke 4 Hakikat Kedua

Di samping itu, terdapat kemungkinan pembuatan piring terbang dari kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu, atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi. Setelah itu, dibuat pesawat yang tidak seorang pun mendahului Dajjal dalam perbuatannya. Walaupun kekufuran dan kesesatannya, ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah dalam surah al-Hadid: “Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya pada hal Allah tidak dilihatnya sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (Erti Surah al-Hadid: 25). Di antara keanehan zaman ialah bahawa musuh-musuh Islam telah maju dalam pengolahan besi dan penggunaannya dalam membantu kebatilan-kebatilan mereka. Tidak aneh pula jika musuh Islam lebih maju dalam penggunaannya untuk menipu dan menguasai manusia. Pada saat yang sama, jika kaum Muslim yang ikhlas menggunakan bahan seperti ini dengan seluruh kekuatan, keyakinan, keunggulan, dan penemuan-penemuan yang dicipta si laknat ini. Selain itu, Dajjal dan para ilmuwannya dapat menggunakan logam timah dan emas dalam beberapa pelapisan dan perlatan dalam piring terbang. Untuk menyakinkan orang-orang Barat bahawa piring-piring terbang dapat dibuat di bumi, kini sekelompok orang yang tertarik bekerja di Budolask dekat Moskow sejak beberapa tahun lalu hingga kini. Mereka mengkaji rekabentuk piring terbang atau, lebih tepat disebut, kenderaan udara yang memiliki sifat-sifat piring terbang.

Salah seorang perancang yang tidak menyebutkan identitinya menjelaskan kepada seorang wartawan, seorang Sweden “Tidak diragukan lagi bahawa tujuannya ialah mengalihkan pandangan dari kepastian fizik moden.” [CATITAN: Pernah saya katakan sebelum ini bahawa dunia fizik dan rahsianya merupakan ilmu hakiki yang sesuai dengan realiti dan berdasarkan penemuan pelbagai hukum atau aturan yang disebarkan dan diterapkan Allah pada makhluk-Nya. Ilmu ini dapat melahirkan pelbagai keajaiban dan keanehan yang diakui oleh orang awam sebagai sihir. Dajjal ternyata dapat menjadikan perhitungan dan langkah-langkah atau strategi yang dibolak-balikkannya ke atas segala arah. Tampaknya, ia mampu membandingkan pelbagai benda atau unsur yang tidak mempunyai kemiripan atau kedekatan sehingga ia menemukan pelbagai kunci benda-benda lain. Kerana itu, ia tertipu oleh ilmunya dan tergila-gila dengan kemampuan dirinya. Ia berani membuat manusia tiruan. Ia berusaha membuat makhluk yang menyerupai makhluk ciptaan Allah dan berusaha mengetahui hakikat hidup dan kehidupan. Tetapi, bagaimanapun, hal itu tidak akan dapat dilakukannya. Bukankah sains moden pun sampai sekarang belum pernah dan tidak akan pernah mampu membuat seekor lalat sekalipun? Sains juga tidak mampu menciptakan seekor semut atau kupu-kupu atau benda apapun yang lebih kecil darinya. Untuk mencipta makhluk sekecil apapun, ternyata akal manusia betapapun geniusnya tidak berdaya. Bagaimanapun, mustahil akal manusia dapat menciptakan makhluk yang sepertinya, dengan memberikan kemampuan hidup, bergerak, berkembang biak, atau mempunyai naluri, ilham, dan perasaan, serta peringkat hidup yang lain yang tidak terhitung, tetapi dapat diciptakan Allah dengan sangat mudah dan sangat menakjubkan. Dajjal tetap tidak mampu menciptakan makhluk seperti ciptaan Allah s.w.t. .Sebab, dalam segala penemuannya, ia bersandar kepada pelbagai undang-undang atau rumus-rumus Ilahiah yang tidak mampu diluruskannya dan tidak sanggup digantinya. Sebab, rumusan-rumusan atau tata aturan itu diciptakan Allah, dan seluruh ciptaan Allah tidak boleh diubah-ubah. Jadi, sesungguhnya peranan Dajjal tidak lebih dari sekadar peranan yang biasa dimainkan manusia yang mempunyai akal dan kemampuan untuk melakukan pelbagai penciptaan dan penemuan baru. Ia hanya sekadar menundukkan pelbagai rumusan atau tata aturan yang telah ada dan bukan menciptakannya, meski yang dilakukannya ini melebihi kejayaan manusia lain. Akan tetapi, pada akhirnya, ia sendiri tunduk dan mengikuti tata aturan dan hukum-hukum yang tidak mampu diciptakannya sendiri. Semuanya ini berupa hukum-hukum yang tidak sanggup dikuasai oleh manusia kecuali dengan kemampuan yang dianugerahkan Allah. Dan yang demikian itu hanya merupakan satu sudut terkecil dari makhluk Allah di dunia ini, yang tidak mempunyai makna apa pun dibandingkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah yang lebih luas dari semuanya itu. Benarlah orang yang mengatakan: “Sesungguhnya sains atau ilmu pengetahuan tanpa keimanan akan pincang dan keimanan tanpa ilmu pengetahuan juga kan buta.”]

Bersambong…



Wednesday, March 30, 2011

Samb: ke 3 Hakikat Kedua

Kemudian mereka menawarkan bantuan kepada penduduk bumi dalam mencapai kemajuan dan selama bertahun-tahun kemunculan mereka. Mengapa mereka tidak benar-benar melakukannya? Jika mereka memiliki kekuatan luar biasa, mengapa mereka tidak menguasai bumi, mengatur urusan, dan menetapkan bahasa dan dialek pemilik suara itu seratus peratus bahasa Inggeris, bukan India, Cina, atau bahkan Perancis. Ia dapat berbicara dengan bahasa Inggeris, walaupun baru menguasainya selama dua tahun, sebagaimana dikatakannya, melalui video dan kaset, maka ia tidak terbiasa sehingga mustahil ia boleh sefaseh itu. Dengan membiasakannya selama dua tahun dengan bangsa kami, ia adalah makhluk ruang angkasa yang banyak berbeza dari kita dalam banyak hal. Mengapa tidak ada seorang pun yang menyedarinya?

Komentar yang paling indah dan komprehesif mengenai piring terbang dikemukakan Dr. Jake Falieh, seorang astronomi dan professor dalam ilmu-ilmu matematik di Universiti Sorbone dalam buku terakhirnya, ‘Messengers of Deception’ (Utusan-utusan Penipuan). Tanpa ragu, ia menjelaskan bahawa, benda-benda terbang tidak dikenali siapa pun di belakangnya telah mempermainkan jiwa dan akal manusia dan meninggalkan kesan bahawa ia mengetahui sesuatu yang tidak nampak. Mereka pun mengambil manusia yang sesuai dengan niat jahat mereka.’

[CATITAN: Dr. Jake Falieh, ahli astronomi dan guru besar Ilmu Alam, juga menjawat sebagai pengarah salah sebuah lembaga pendidikan ilmiah penting dalam ilmu komputer elektronik di Santa Monica, Califonia. Ia juga bertindak sebagai perunding diBadan Ruang Angkasa Amerika syarikat (NASA) dalam projek pemantauan planet Mars.]

Dalam bukunya; ‘Visa untuk Pergi ke Magonia’, Dr. Jake menegaskan bahawa, dalam sekitar pembahasan benda-benda terbang tidak dikenali itu, tidak nampak sesuatu pun sebagaimana adanya. Tidak ada fakta yang dapat digambarkan secara mendalam sebagaimana adanya ehwal kemunculan benda-benda terbang tidak dikenali itu sehingga manusia yang tidak mempunyai daya dan kekuatan datang ke tempat pertujukan yang selalu berubah, penuh dengan cahaya indah, dan warna-warni. Pertunjukan itu berakhir dengan pertemuan dengan makhluk menyerupai manusia (Humanoid). Tetapi, dari semua itu, tidak ada yang benar. Kenyataanya,

“Terdapat pemikiran yang sangat genius, penipu, dan melampau. Saya kira itu merupakan kejahatan yang berdiri di belakang fenomena ini. ia menggerakkan benang-benang semua tipuan ini.”

Apakah ia dari luar bumi? Hal itu tidak penting, secara peribadi, banyak ilmuwan besar yang berterus terang kepada saya. Pada suatu hari, seorang ilmuwan terkemuka mengaku kepada saya bahawa banyak jumlah kesaksian atas benda-benda terbang tidak dikenali itu sangat banyak. Menurut pendapatnya, seperti pendapat saya juga, tidak dapat menganggap fenomena bahawa asalnya dari bumi lain “disebabkan begitu banyak kesaksian ".


Mengingat bahan pembuatan piring-piring terbang itu, seluruh kesaksian, bahkan kesesuaian, menegaskan bahawa pesawat itu dibuat dari bahan yang sangat tahan panas, entah berupa logam, campuran alumunium dan plastic, atau logam yang kuat.

Saya berkeyakinan, dengan kurnia Allah, bahawa benda itu terbuat dari magnesium murni. Magnesium murni ini sangat jarang, tetapi dapat dibuat dalam kondisi tertentu dengan menggabungkan sifat keras, cahaya, dan kehalusan. Selain itu, bahan tersebut memiliki keistimewaan lain yang nampaknya kita tertinggal dalam menemukan dan mengujinya.

[CATITAN: Ada satu macam cahaya yang disebarkan atau dipancarkan oleh piring terbang bagaikan sesuatu yang terbang menuju seorang manusia dan menembus seluruh darahnya. Umumnya, benda itu dibuat dari unsur yang sama yakni magnesium yang dapat mengakibatkan kelumpuhan pada manusia atau penyakit cacar dan gatal-gatal yang sangat hebat. Tetapi hal tersebut bukan sesuatu yang aneh, sebab telah terbukti secara ilmiah, bahawa jika pemusatan magnesium semakin bertambah pada plasma darah, maka puncak urat saraf-atau organ pilihan lainnya -akan kehilangan fungsinya. Yakni, bahawa magnesium berfungsi seperti ubat bius.]



Bersambong…


Tuesday, March 29, 2011

Samb: ke-2 Hakikat Kedua

Kemudian, suara itu melanjutkan penjelasan dan menyempurnakan penjelasannya, atau memberikan komentar atas ayat terakhir dari ucapan saya kerana ia tahu hal itu mengejutkan saya. “Kami menyiapkan setengah daya gravity bumi.” Diatas kota New York, pesawat itu merendah dan mengurangi ketinggian yang sebelumnya mencapai 32,000 meter.”
Jurutera Daniel Fry mencatat semua pengalamannya ketika melintasi New York sampai ia kembali. Di antara yang tertulis ialah:
“Sebidang tanah di kota itu terkena cahaya dan mengkristal setelah pesawat turun sampai ketinggian 32,000 meter menjadi jutaan butir cahaya yang mengilat bagai intan biru diatas kain tenun hitam. Semua itu sungguh menarik. Tetapi yang lebih menarik ialah berada di atas New York dalam waktu singkat. Kepulangan saya ke White Sands ditempuh dengan kecepatan luar biasa melebihi semua kecepatan dahsyat ketika berangkat.”
“Setelah pesawat mendarat, saya keluar dari pesawat itu, sementara kedua betis saya terasa berat sekali seakan-akan ada beberapa kampit simen melekat pada kedua betis saya. Sebelum saya melangkah keatas pasir dengan susah payah, pintu tempat saya keluar lansung masuk kebahgian pesawat tidak nampak sama sekali. Saya lihat cahaya ungu. Tiba-tiba pesawat terbang itu naik sepert terlempar pada garis tegak ke angkasa. Seakan-akan ada ruang hampa yang ditinggalkan pesawat itu ketika bertolak dengan kecepatan luar biasa dan berubah menjadi megnet kuat yang menarik saya dengan kuat dan keras sehingga saya hampir kehilangan keseimbangan dan jatuh ke bumi. Namun saya sedar dan terjatuh, tetapi tidak memalingkan pandangan saya pada pesawat yang naik. Tiba-tiba cahaya ungu berubah menjadi violet gelap sampai pesawat itu hilang sama sekali dari pandangan saya.”

Di akhir bukunya, Fry mengatakan:

“Untuk bukti, saya telah menjelaskan apa yang terjadi atas diri saya secara terperinci. Saya jelaskan semua yang saya saksikan dan yang saya lihat. Tetapi kerana ada ketentuan khusus untuk menjaga kerahsiaan segala sesuatu yang terjadi di White Sands sebagai wilayah ketenteraan, maka penjelasan itu tidak diterbitkan kecuali setelah berlalu dua belas tahun dari peristiwa itu.”

Padahal jika perasaan hairan dikesampingkan, khususnya ketika Jurutera Fry yang genius itu mengikuti keyakinan bahawa pesawat yang ditumpanginya itu datang melaui jutaan tahun cahaya dan tarikan pada kehebatan yang dilihatnya, maka ia mengira bahawa hal itu mengungguli, upamanya, pihak Rusia dalam mengembangkan senjata yang menakutkan. Apalagi, secara umum, di seluruh dunia terjadi persaingan, bahkan pertarungan kekuatan ketenteraan.

Saya katakan: “ Jika saya kesampingkan perasaan-perasaan ini, maka ia mesti mengajukan banyak pertanyaan pada dirinya. Di antaranya ialah pertanyaan tentang kecepatan. Sebelumnya, seorang pandir bertanya kepada dirinya sendiri, yang mereka nobat sebagai ilmuwan terkemuka Einstein, si Yahudi yang lemah ingatan, yang gagal dalam belajar dan mengajar, dan mencuri pemikiran orang lain. Pada suatu hari ia bertanya kepada dirinya, “Bagaimana mungkin saya melihat dunia, jika mengederai pancaran cahaya, dan bagaimana mungkin dunia melihatku? Barangkali ini mengisyaratkan bahawa saya adalah Tuhan.”

[CATITAN: Dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’, saya mengatakan “Ya memang benar Dajjal mampu menundukkan cahaya dan mengetahui rahsia penglihatan. Selain itu, iapun mengetahui rahsia megnet dan gerak gravity. Bahkan, ia juga dapat membuat pelbagai alat pengesan secara pecahan. Dan inilah alat terkecil dari atom. Itulah peralatan yang, lantaran kecilnya, hampir saja tidak dapat menaiki sinar cahaya, meskipun gambaran ini tampaknya bukan milik Einstien, si Yahudi yang pencuri pemikiran, teori, dan hakikat penemuan orang lain itu.”

Memang benar bahawa Dajjal telah mampu menggabungkan pelbagai energi. Selain itu, ia sanggup melahirkan gerak gravity buatan yang besar. Dengan gerak ini, ia boleh menggerakkan pelbagai peralatan yang dibuat dari barangan logam.

Ya, Dajjal pun sanggup membuat semacam cahaya buatan dan juga dapat menggunakan lautan cahaya (penerangan) yang berjatuhan ke bumi bagaikan air terjun. Dan jika secara ilmiah telah terbukti bahawa pertembungan (antara) pelbagai partikel (jasim) dengan kecepatan yang tinggi dapat melahirkan alam baru berupa potensi dan ruangan angkasa. Bererti, Dajjal, dalam hal tersebut termasuk penemu pertama, meski diperkuat oleh para ahli sains yang ditundukkannya setelah mereka disambar dari pesawat atau kapalnya atau dari alat selamnya.

Tetapi pesawat terbangnya yang terbuat dari alumunium atau barang logam mirip alumunium, sebagaimana disebutkan dalam beberapa penemuan, ternyata dilengkapi dengan kekuatan untuk menolak gangguan dari luar yang belum pernah ditemukan teknik pembuatannya oleh sains moden sampai sekarang” (terbitan Dar al-Mukhtar al- islami, hlm 8 dan 86).]


Bersambong…


Monday, March 28, 2011

Samb: Hakikat Kedua

Jurutera Fry mencuba menceritakan pengalamannya. Ia berkata:

“Saya fikir, suara itu adalah ucapan seorang pelaut Amerika. Saya pernah mendengar suara itu. Namun, sekan-akan ia dapat membaca fikiran saya dan berkata: ‘Bukan. Saya bukan orang Amerika seperti dirimu. Aku hanya diminta berbicara kepadamu dalam bahasamu sendiri. Jika benar apa yang engkau katakan bahawa aku seperti orang Amerika, maka ini bererti bahawa usahaku untuk mempelajari bahawa Amerika selama dua tahun dengan sungguh-sungguh sudah berhasil dengan baik. Sebetulnya, wahai fulan, aku belum pernah mengunjungi planetmu ini. sebelum dapat menyesuaikan diri dengan udara bumi dan kekuatan gravitinya, aku akan kembali lagi pada empat tahun kemudian. Tujuan perjalanan ini adalah mengkaji kemampuan manusia beradaptasi dengan lingkungan. Kami ingin mengkaji sejauh mana kemampuan manusia mempersiapkan kemampuan intelektualnya untuk memahami pemikiran-pemikiran yang berbeza dari pemikiran-pemikiran masa kini. Wahai fulan, para pendahulu kami telah melakukan banyak perjalanan ke bumi selama berabad-abad lalu. Tetapi mereka gagal mencapai tujuannya. Kini kami ingin melihat kesempatan baik. Orang-orang di sini lebih baik daripada sebelumnya. Kami ingin memberikan bantuan kepada penduduk bumi untuk menggapai kemajuan.”

Fry melanjutkan penuturannya:

“Saya perhatikan suara itu, dan saya kehairanan. Kedua kaki saya terpaku pada tanah lapang berpasir. Tiba-tiba suara itu datang lagi, ‘Kuakui bahawa engkau sukar mendengar suaraku dengan baik, dan engkau berdiri di atas pasir. Kukira, lebih baik engaku melakukan perjalanan bersama kami. Lihatlah piring terbang kami ini hanya berupa kapsul yang dikendalikan dari jauh! Benda ini dirancang sebagai pesawat angkut. Di dalamnya terdapat kamar dengan beberapa kerusi untuk para pelancong. Saya berada di ruang kemudi dan pesawat induk, seperti kapal induk kamu yang di bumi, pada ketinggian 1,450 kilometer.”

“Setelah selesai memberi penjelasan menarik itu, bahgian bawah permukaan pesawat itu terbuka ke dalam. Dari celah itu, dengan suatu daya tarikan, saya menuju sebuah kamar yang panjangnya 2.70 meter dan lebarnya 2.10 meter. Di dalamnya terdapat beberapa kerusi dengan sandaran. Setelah itu, pemilik suara itu menawarkan saya untuk melakukan perjalanan ke New York pergi-balik selama setengah jam saja. Tentu saja, saya menerima tawaran menarik itu. Saya mengalami puncak kebingungan. Saya pegang tempat duduk saya yang dilekatkan pada lantai kamar, seperti kerusi di pesawat terbang. Tanpa saya sedari, kedua tangan saya melekat. Sesaat kemudian, bumi makin menjauh dengan kecepatan luar biasa yang tidak mungkin dibayangkan.

Yang lebih menghairankan, saya tidak merasakan pengaruh apapun dari kecepatan luar biasa yang menerbangkan pesawat itu. Bahkan, saya merasakan seolah-olah pesawat itu tidak bergerak, tetapi bumi dan pemandangan itulah yang bergerak dan menjauh. Yang berpengaruh pada diri saya, pada saat pesawat itu terbang, adalah muncul di hadapan saya gemerlapan cahaya kota Las Crose dari sudut bawah sebelah kiri pintu masuk pesawat yang berubah menjadi benda bening. Ketika saya tegaskan pengalaman saya bahawa kami mencapai ketinggian 3.300 meter dalam sekejap, dalam dua atau tiga detik saja, saya kira mustahil tidak merasakan kecepatan pesawat yang luar biasa ketika naik. Saya merasakan tidak dapat menguasai diri saya dan tidak sabar untuk menanyakan ehwal sebab-sebab tidak merasakan sesuatu apapun dari kecepatan luar biasa itu. Maka suara yang sama menjawab pertanyaku,

“Daya dorong yang menggerakkan pesawat dalam kecepatan tinggi kira-kira sama seperti medan gravity. Medan gravity itu tidak hanya mempengaruhi atom-atom dinding luar pesawat bahkan mempengaruhi atom dari benda-benda yang ada dalam pesawat itu, seperti tubuhku sebagai pilot pesawat dan para pelancong lain di dalamnya sepertimu. Tenaga ini tetap sesuai dengan masa, mengingat gravity bumi bekerja pada strutur pesawat dan apa yang ada di dalamnya tanpa berkurang. Tenaga permulaan di antara tempat duduk dan badan adalah tetap, tetapi memiliki satu pembatasan. Tenaga ini berkurang kerana berkurangnya medan garviti bumi. Ketika jarak yang memisahkan antara pesawat itu dan bola bumi bertambah, sehubungan dengan perjalanan di antara bintang-bintang, semakin jauh antara planet-planet dan pusat-pusat gravitinya, serta dihitung dengan perhitungan tahun cahaya, maka penting membuat medan gravity buatan.”


Bersambong…


Sunday, March 27, 2011

Hakikat Kedua

Piring-piring terbang itu hanyalah pesawat-pesawat yang direka bentuk untuk menjadikan roket, pesawat terbang, pesawat ruang angkasa dan sekaligus kapal selam dengan teknik yang luar biasa. Anton Philip, seorang pemuda Sepayol yang berusia tiga puluh tahun, mengaku hampir menjadi korban penculikan empat orang dalam sebuah piring terbang yang mendarat di Sepayol pada tahun 1987. Ia menceritakan: “Sebenarnya yang disebut piring terbang itu adalah pesawat terbang besar berbentuk siput. Tetapi pesawat itu dirancang jauh lebih maju daripada pesawat yang dikenal dunia.” Dalam dialog dengan Chuliu F, yang pernah diculik piring terbang pada pagi hari tanggal 15 Febuari 1978, dan ketika menjelaskan piring terbang atau pesawat ruang angkasa yang menculiknya, ia mengatakan: “Saya mulai mengamati bahgian-bahgian pesawat tempat saya dibawa. Pesawat itu menyerupai mangkuk terbalik. Nampaknya seluruh bahgian pesawat itu terbuat dari logam dan berwarna biru. Sayap atau penampangnya membentuk segitiga. Benar-benar sangat indah. Di antara kubah dan sayapnya terdapat lingkaran yang tingginya sekitar satu setengah meter. Dari lingkaran itu, seperti terbuat dari logam keras, disemburkan kilatan cahaya berwarna-warni: biru, hijau, merah, dan kuning. Setiap warna di susul dengan warna lain. Nampaknya lingkaran itu berputar dari kanan kekiri, dan berkebalikan dengan arah jarum jam. Tetapi itu hanya tipuan penglihatan dan mirip seperti kembang api. Kilatan yang dikeluarkan adalah kilatan cahaya lemah seperti kilatan logam hingga warna merah.” Sebuah buku yang baik, terbit pada tahun 1966 di Amerika dengan tajuk ‘The White Sands Accident’, karya Daniel Fry tentang kisah nyata yang dialaminya. Sebelunya, kisah itu dipendam dan dirahsiakan selama enam tahun mengingat situasi tidak memungkinkan kisah itu diterbitkan. Kisahnya, pada malam 4 Julai 1950, jurutera Daniel fry berjalan-jalan di bekas lapangan percubaan roket F-2 di White Sands, yang panjangnya 2.5 kilometer.

[CATITAN: Daniel W. Fry termasuk orang yang handal dan terpercaya. Ia bahkan mempunyai rekod yang baik dan terkenal di Amerika. Pada tahun 1950, Lembaga Umum Penerbangan Pesawat Jet menugaskan kepadanya untuk merangka dan membuat tata aturan latihan perang bagi senjata jarak jauh. Ia juga ditugaskan membuat pelbagai peralatan yang diperlukan untuk hal tersebut. Tugas ini dilakukannya di Pusat Latihan Roket di White Sands, yang terletak di wilayah New Mexico, di selatan Amerika Syarikat. Pada masa selanjutnya. Jurutera Fry pun sangat berperanan dalam tata aturan penggunaan roket. Selain itu, selama beberapa tahun, Fry juga menduduki jabatan sebagai konsultan sains di Lembaga Teknologi Caliornia.] Dalam perjalanannya ini, tiba-tiba ia melihat ke langit suatu benda yang tidak diketahui puncanya menutupi penglihatan pada bintang-bintang. Ketika mencuba lagi melihatnya dengan cermat, ia menyaksikan suatu benda berbentuk bulat panjang turun perlahan dan bergerak di permukaan bumi tanpa suara pada jarak 20 meter darinya. Anehnya, ketika benda itu turun perlahan dan mendekati, Fry tidak mendengar suara apapun selain suara seperti potongan ranting pohon. Justeru Fry mulai kehairanan, ia mengelilingi benda itu. Ia memperkirakan tinggi benda itu lapan meter dan panjangnya sembilan meter. Tidak terlihat adanya sambungan, bekas pateri, dan celah-celah. Satu hal yang mendorongnya untuk meramalkan inti permasaalah itu adalah keberadaan awak benda terbang ini. mereka keluar dari pesawat itu dan memasukinya, entah dari bawah atau dari atas. Maka iapun mendekati dan menyentuh permukaan dinding logam yang halus dan berwarna biru. Dari benda itu terpancar cahaya ungu yang hampir tidak terlihat dan sangat halus ketika di sentuh. Panasnya melebihi suhu udara normal. Fry memukul pelan-pelan permukaan halus itu.Tiba-tiba tangannya bergetar dan mendengar suara seakan-akan datang dari ruang hampa, yang berbunyi: “Dimohon untuk tidak menyentuh lapisan itu, Masih panas,” Fry terkejut dan ketakutan. Iapun melompat ke belakang dan terjatuh. Kemudian ia menceritakan kekagumannya ehwal kejelasan dan kefasihan bahasa Inggeris dari suara itu. Kerana itu, ia menyangka bahawa suara itu berasal dari seorang Amerika seperti dirinya. Tentu ia benar dalam perkiraannya tetapi permainan itu telalu besar tipuan mereka melebihi perkiraannya.


Bersambong…

Saturday, March 26, 2011

Samb: ke 4 Tujuh Hakikat

Apakah Anda perhatikan, siapa Tuhan yang di maksudkan Presiden Truman? Mata mana yang tidak lengah dari kepentingan bangsa Amerika? Presiden Truman adalah keturunan Yahudi. Ia termasuk tokoh freemasonry yang menganut pemikiran al-Masih subagai juru selamat. Yang benar-benar membingungkan, dan menimbulkan keraguan adalah bahawa ia mengeluarkan keputusan nombor 146/B tahun 1951 yang diperbaharui tahun 1953, dan diterbitkan dalam buletin milik Angkatan Laut dan Angkatan Udara Amerika yang bernama “Janap” bahawa semua karyawan di jabatan ini harus diam dan merahsiakan segala infomasi mengenai benda-benda terbang yang asing yang mereka terima atau yang mereka ketahui sendiri atau melalui orang lain.

Masaalah itu dikelilingi lingkaran kerahsiaan dan penetapan denda 10,000 US serta hukuman penjara selama 10 tahun bagi setiap karyawan dalam kepentingan ini demikian pula para pilot perusahaan komersial yang buka mulut mengenai piring-piring terbang dan mereka yang membocorkan setiap keputusan khususnya tentang UFO.

Di salah satu pengkalan Angkatan Udara Amerika dikeluarkan keputusan nombor 200/2 lalu diganti dengan nombor 80/17, yang menyatakan bahawa tidak diperbolehkan menyebarkan infomasi apapun mengenai UFO kecuali yang tidak dapat dipercayai. Sementara itu, laporan-laporan yang dapat dipercayai dan khusus berkenaan dengan peristiwa-peristiwa nyata dianggap rahsia dan tidak boleh diketahui kecuali kepentingan-kepentingan yang memiliki hubungan dengan pihak berkuasa sahaja.

Bukti-bukti nyata harus dikirim melalui udara ke pusat pengaturan infomasi Angkatan Udara di Dayton. Bukti-bukti material itu adalah bahagian dari benda-benda terbang yang tidak diketahui yang diperolehi dari sumber terpecaya, peneliti dan yang memperoleh gambar-gambar yang dapat dipercayai dari piring-piring terbang, gambar-gambar fotografi dari layar radar yang menunjukkan adanya gerakan-gerakan atau kecepatan luat biasa dari piring-piring terbang.

(CATITAB: Sebab diperbaharuinya perintah itu bertujuan untuk mencegah siapapun mengetahui dan menyebarkan infomasi mengenai piring terbang pada tahun 1953 disertai acaman keras dan seksaan, bahkan acaman penjara seumur hidup. Informasi itu mengenai terjadinya kes luar biasa atas diri Dane Kimball, Setiausaha Negara Kementeian Perairan. Tepatnya, peristiwa itu terjadi pada April 1952. Kimball beserta anggota Majlis Tinggi pada Kementerian Perairan Amerika terbang menuju kepulauan Hawai. Mereka bertemu dengan Laksamana laut Athur Ruthford ada pesawat kedua. Tiba-tiba ada dua benda terbang yang segera mendekati pesawat yang ditumpangi Kimball. Setelah keduanya mengiringi pesawat itu berkali-kali, kedua benda aneh itu segera menghilang dan menuju pesawat kedua yang didalamnya terdapat Laksamana Laut Athur Ruthford pada jarak 80 kilometer dari pesawat Kimball. Kedua benda terbang itu mengelilingi pesawat Ruthford dengan kecepatan yang tidak dapat dibayangkan, menurut istilah para nakhoda kapal. Mereka memperkirakan kecepatan berputar UFO itu tidak kurang dari 3,000 kilometer sejam. Lalu benda terbang itu meghilang tanpa meninggalkan bekas.

Ketika Kimball sampai di Hawai, ia segera mengirim berita kilat kepada Angkatan Udara. Sebab, Angkatan Udaralah yang dibebani tugas untuk mengkaji UFO. Pada saat ia kembali ke Washington, ia bertanya kepada Angkatan udara, “Apakah yang kamu dapatkan dari penelitian terhadap peristiwa itu?”

Sungguh aneh, Angkatan Udara dan CIA memberitahu kepada Kimball bahawa jika ia ingin menjaga markasnya, maka hendaklah ia melupakan apa yang terjadi dalam perjalanannya ke Hawai. Jawapan negative itu mendorong Kimball untuk menemui Mayor (Laut) Calvin Polister, ketua Biro Intelijen Laut. Ia lansung memerintahkan untuk melakukan pencarian intensif’ terhadap semua kesaksian dan kemunculan UFO yang dilakukan angkatan laut. Perintah Polister segera dilaksanakan. Hasilnya adalah bahawa kemunculan UFO merupakan peristiwa nyata, dan itu merupakan benda-benda terbang yang tidak diketahui identitinya yang dikehendaki oleh makhluk-makhluk berakal dan cerdas
.]

Perhatikan, mengapa penerbitan ini menakutkan? Masaalah itu demi Allah sangat berbahaya.

Thursday, March 24, 2011

Samb: ke 3 Tujuh Hakikat

Seorang pemilik hotel berbintang di kota Upssala menceritakan kepada saya tentang saudaranya yang bekerja sebagai pilot swasta. Pesawatnya berpapasan dengan sebuah piring terbang di siang hari selama tiga minit. Ia mengira piring terbang itu akan menculik atau menghancurkannya. Ia berbicara kepada pilot piring terbang, namun tidak ada jawapan selain dengan bahasa Inggeris yang jelas: “Majulah, dan jangan bertanya. Cukup anda ketahui, bahawa kami mengawasi kamu sejak dulu.” Piring terbang itu menghilang bagaikan mimpi. Peralatan pesawat kembali bekerja setelah lumpuh untuk sementara. Yang unik, saudara pemilik hotel itu meninggalkan penerbangan. Ia mulai mempelajari astronomi.

Kita kembali ke Amerika: misteri, penyelesaian, kebohongan, dan kenyataan. James Mac Donald, professor fizik di Universiti Arizon, menegaskan perbezaan pendapat sekitar piring-piring terbang, yakni bahawa itu merupakan kenyataan yang tidak boleh dibantah. Hal itu merupakan fenomena alam yang harus dikaji. Bahkan ia mengumumkan kepada lembaga-lembaga ilmiah Amerika bahawa terdapat hubungan kuat antara terputusnya aliran eletrik yang terjadi di new York pada tahun 1965 selama beberapa jam dengan kemunculan benda-benda terbang. Namun , ia tidak membantu akalnya untuk menyimpulkan keberadaannya lebih dari pesawat ruang angkasa pengintip yang datang dari planet lain. Dr. Mac Donald menyalahkan apa yang diumumkan para ilmuwan Universiti Colorado.

Pada 10 Januari 1965 tersebar berita bahawa Komiti Penyelidik Swasta tenteag Fenomena Udara yang beranggotakan 10,000 orang di 40 negara telah mengeluarkan kritik ilmiah, yang diumumkan Dr. Gordon Lord, wakil derektur komiti itu, atas keputusan yang diumumkan Universiti Colorado. Keputusan itu dibuat sangat terperinci, di antaranya, “Keputusan Ikatan Ilmuwan Colorado itu hanya mengambil 59 kes. Padahal, komiti itu telah mengirim ke organisasi itu sekitar 700 kes.” Mereka menunjuk pada kes yang terjadi pada 26 November 1968 yang di saksikan tiga orang pegawai menara pengawasan di Bismark sebelah utara Dakota. Mereka menyaksikan dua benda terbang, yang satu berada di atas yang lain. Mereka mengawasi perjalanannya pada layar radar selama tujuh minit. Mereka melihat benda terbang yang berada di bawah berbelok 180 darjah. Tiba-tiba naik untuk bergabung dengan benda terbang yang lain. Kemudian keduanya berhenti, mulai berputar-putar untuk beberapa saat, lalu terbang dengan kecepatan luar biasa, dan menghilang.

Demikian pula, wakil rakyat Amerika, William Ryan, mengkritik keputusan yang di keluarkan Universiti Colorado. Dengan sinis ia berkata: “Orang dungu dan tak berilmu yang mengesampingkan fenomena benda-benda terbang secara aneh ini dan mengundang pertanyaan dan kebingungan pada saat kita telah menjelajahi angkasa luar, bahkan hampir mendarat di bulan.” Ia adalah anggota komiti ilmu pengetahuan dan penjelajah ruang angkasa di bawah Senat Amerika. Selanjutya, ia mengatakan:

“Penyaksian benda-benda itu masih berterusan. Apakah hal itu ditolak secara ilmiah?”

Pada masa yang sama, Dr. David Sondouz, seorang ilmuwan Amerika terkemuka, menerbitkan buku yang isinya menegaskan hakikat piring-piring terbang. Tidak diragukan, itu merupakan kenyataan.

Pada permulaan tahun 1950 banyak terjadi kemunculan benda-benda terbang. Bangsa Amerika mulai mengajukan tuntutan lengkap kepada pemerintah. Penafsiran-penafsiran aneh dari Angkatan Udara Amerika dan berusaha menjadikan hal itu semata-mata “halusinasi kolektif” pencetus demostarsi di jalan-jalan di Amerika. Para pakar setempat melancarkan kritik atas pemerintahan Truman. Mereka menyeru dikeluarkannya mosi tidak percaya. Hal itu mendorong di selenggarakannya sidang akhbar pada 4April 1950. Dalam sidang itu, Truman mengumumkan bahawa benda-benda terbang bukan berasal dari Amerika Syarikat dan negara manapun di muka bumi ini, serta sama sekali tidak membahayakan keamanan nasional Amerika. Mata Tuhan tidak lengah untuk menjaga bangsa ini.


Bersambong…

Wednesday, March 23, 2011

Samb: ke 2 Tujuh Hakikat

Laporan itu menyimpulkan bentuk dan sifat benda-benda itu:

a) Tubuhnya diperbuat dari logam atau bahan khusus yang dapat memantulkan cahaya.

b) Tidak meninggalkan bekas kecuali dalam beberapa kes tertentu ketika melakukan tindakan tajam.

c) Bentuknya bulat atau bujur. Bahgian bawahnya datar dan ada kubah di atasnya.

d) Benda-benda ini muncul dalam susunan teratur antara tiga dan sembilan, atau dalam jumlah besar seperti deretan itik.

e) Tidak menghasilkan getaran, dan menurut beberapa pengakuan, benda itu menderum.

Di Sweden, tajuk ini memiliki rasa yang lain. Masyarakat Sweden berbeza sama sekali dengan masyarakat Amerika. Peratus buta huruf di sana adalah 0%. Tingkat kecerdasan mereka melebihi bangsa lain di dunia (kecuali orang Mesir yang tidak kaku atau mundur). Sejak tahun 1946 orang-orang Sweden melihat piring-piring terbang. Para ilmuwan Sweden menguatkan fakta-fakta lain yang dikemukakan dan lebih dari 630 kejadian dalam satu tahun.

Penyatan dari istana kerajaan sangat serius dalam menanggapi masaalah ini dengan penuh perhatian di dalam kajian, perhitungan, dan saling komunikasi. Semua pertanyaan para perwira Sweden tidak berlebihan: “Itu merupakan sesuatu yang berbahaya. Apa di sebalik fenomena membingungkan ini? Sweden tidak berpangku tangan, namun tidak akan megumumkan kecuali terjadi kepanikan terhadap bangsa Sweden.”

Seorang ketua keluarga Sweden memperlihatkan kepada saya buku yang ditulis tangan, belum dicetak, berjudul “Sangat rahsia”.

Dalam buku itu, selama dua puluh tahun, ia mengumpulkan lebih dari tiga ribu kes kemunculan piring terbang di negara-negara Skandinavia (Sweden, Denmark, Norway, Finland, dan Island).
Checked!!

Kesimpulan dalam analisis atas kesaksian-kesaksian adalah bahawa hal itu merupakan kenyataan, dan tidak ada yang mengingkarinya selain orang gila, pemabuk, pendebat, orang bodoh, atau penyokong orang-orang yang merancang senjata rahsia yang menakutkan ini. saya bertanya kepadanya, “Apakah anda telah bertemu dengan orang yang merancangnya?” ia menafikan dan berkata, “Semata-mata perkiraan. (Mereka adalah sisa-sisa bangsa yang mendiami benua Atlantik yang tengggelam. Mereka tidak mahu berhubungan dengan kita kecuali dalam lingkungan yang sangat sempit).” Subhanallah. Setelah buku saya, ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’ tersebar, dan didalamnya saya kemukakan hubungannya dengan piring-piring terbang, seorang tokoh masyarakat Arab berkata kepada saya, “Tidak ada yang mengingkari apa yang anda tulis kecuali dua orang saja: orang yang sangat bodoh atau orang yang sangat hina yang mengetahui dengan baik hakikat yang anda kemukakan tetapi bersikap sombong.”

Di Stockholm yang sangat indah itu, matahari hilang dari pertemuan kami di rumah seorang teman di Sweden pada pukul 21.17, kemudian muncul lagi pada pukul 03.00. perkumpulan khusus kami masih memperdebatan masaalah hakikat piring terbang, dan bahawa angkatan udara Kerajaan Sweden memiliki dokumen-dokumen dan bukti-bukti kuat bahawa pengakuan tidak sungguh-sungguh ehwal piring-piring terbang itu merupakan kebohongan yang dimaksudkan untuk menyesatkan pandangan masyarakat Amerika. Sebab, sebahgian besar kesaksian dan peristiwa-peristiwa kemunculan piring terbang terjadi pelbagai wilayah Amerika Syarikat. Selain itu, peratus kesaksian di Amerika melebihi seluruh kesaksian di dunia sekitar 90%.
Bersambong....

Tuesday, March 22, 2011

Samb: Tujuh Hakikat

Pada 20 Julai 1952 muncul formasi tujuh piring terbang di atas Rumah Putih di Washington. Sejumlah orang melihatnya dengan jelas. Dilakukan pengintipan dengan radar di beberapa pusat pengawasan. Sebuah pesawat tempur diterbangkan untuk menghadang kemunculan benda itu. Tetapi semua peralatan pesawat itu mengalami kelumpuhan setelah disorot cahaya tajam dari salah satu piring terbang. Kemudian deretan piring terbang itu menghilang dengan kecepatan luar biasa bagaikan mimpi.

Sejak tahun 1948 segala badan keselamatan milik Angkatan Udara Amerika segera meneliti masaalah piring terbang dan melakukan kajian objektif dan ilmiah secara rahsia dengan lebel “Projek Sains”. Setelah setahun, lebel itu diganti menjadi “Projek Kerja Chardach”, dan selanjutnya, sejak tahun 1951, diganti dengan nama “Kerja Buku Biru ".

Pekerjaan itu terus digarap dan sangat rahsia hingga Robert Simans, sekretaris Angkatan Udara Amerika, pada 1969, tiba-tiba mengumumkan secara resmi akhir “Kerja Buku Biru” berdasarkan keputusan akhir yang diberi nama “Ketetapan Condone” atas nama pemimpin panel ilmuwan yang berkerja di situ dari Universiti Colorado dengan biaya dari Angkatan Udara Amerika.

Tetapi anehnya, yang menyebabkan protes keras di jalan-jalan Amerika dan polimek ilmiah, adalah ringkasan keputusan dan sifat terakhirnya. Dengan sangat ringkas ia menegaskan bahawa masaalah piring terbang hanyalah “dugaan”, “tipuan penglihatan”, “mitos”, dan halusinasi yang tidak ada dasar kebenarannya.

Yang mendorong para pemikir, saksi mata, dan para ilmuwan adalah kenyataan yang dikeluarkan Pentagon secara rasmi. Ringkasnya: “Yang disepakati dengan penamaan benda terbang asing adalah salah satu dari tiga hal berikut, tidak ada yang lain:

a) Pantulan cahaya matahari disebabkan awan rendah yang menghalang.

b) Meteor-meteor kecil yang dengan kristalnya memantulkan cahaya matahari.

c) Bongkahan ais yang terbentuk akibat suhu yang sangat sejuk, menjadi rata akibat gerakannya, dan berwarna kuning emas berkilat akibat pantulan cahaya matahari.


Di antara komentar seorang peneliti, Ralf Blum, terhadap keputusan itu ialah:

“Saya bayangkan sejumlah perwira inteligen yang mengeluarkan kenyataan resmi mengambil gelas kopi setelah selesai merendahkan akal kita. Mereka akan saling bertanya, bagaimana jika anak-anak mereka sendiri mempercayai penafsiran bohong seperti ini. atau, barangkali mereka mabuk setelah meneguk arak dengan kesedaran mereka. Penjelasan itu jauh dari kenyataan yang jelas bagi orang berakal.

Menghadapi perlawanan pandangan masyarakat, pemerintah Amerika terpaksa mengeluarkan kenyataan resmi bahawa benda-benda terbang itu datang dari planet-planet lain. Pada saat yang sama, tersebar khabar angin bahawa Amerika Syarikat telah mengembangkan senjata rahsia baru yang sedang diuji oleh para ilmuwan. Menjaga kerahsiaannya merupakan tuntutan keamanan nasional Amerika.

Pada waktu yang sama, para intelijen Angkatan Udara Amerika mempersiapkan suatu laporan untuk diajukan kepada Panglima Angkatan bersenjata sekitar tajuk piring terbang. Mereka bersandar pada pendapat-pendapat para ilmuwan dan para ahli yang dapat dipercayai. Isi laporan itu adalah:

“Fenomena yang telah dikaji dipandang nyata dan fakta, tidak dapat dianggap sebagai dugaan dan khayalan. Sudah pasti, penampakan benda-benda terbang yang mendekati bumi dalam bentuk tablet dan kira-kira sebesar pesawat-pesawat kita sama sekali tidak mengesampingkan anggapan bahawa kesaksian-kesaksian yang disampaikan merupakan salah pengenalan atas fenomena-fenomena udara alam atau lintasan benda-benda langit seperti meteor.

Kesaksian itu dan yang berhubungan dengan pergerakan benda-benda ini yang dilakukannya menunjukkan bahawa benda-benda ini dikawal secara teliti, baik secara manual mahupun secara mekanik, atau dikendalikan dari jauh.”


Bersambong ….

Monday, March 21, 2011

BAB 5 –TUJUH HAKIKAT

Hakikat Pertama

Piring-piring terbang itu bukan khayalan dan bukan tipuan penglihatan serta tidak berkaitan dengan fenomena alam. Semata-mata itu merupakan kebenaran dan hakikat.

Semua jabatan intelijen antarabangsa, beruasaha bersungguh-sungguh, menyebarkan anggapan bahawa piring-piring terbang itu hanyalah “ halusinasi kolektif ”. Ketika terdapat desakan kuat daripada rakyat agar diam, muncullah slogan “ Saya tidak melihat, tidak mendengar dan tidak berbicara.”

Menurut bancian yang dilakukan Globe tahun 1973 terbukti bahawa lebih dari enam belas juta orang Amerika menyaksikan dengan mata kepala sendiri piring-piring terbang dengan jelas.

Berdasarkan bancian itu pula disimpulkan bahawa 40% penduduk berpendapat bahawa CIA’ adalah lemah atau tidak mengetahui rahsia yang tersembunyi pada bangsa Amerika.

[CATITAN: Iaitu kependekan dari Badan Pusat Inteligen Amerika (Central Intelligence Agency). Agensi ini berfungsi sebagai mata-mata dan bahkan ditugaskan untuk menyebarkan berita-berita bohong. Badan ini mempunyai misi melancarkan perang psikologi dan melakukan aktiviti yang menyerupai perang tentera. Badan itu juga ikut campur dalam pelbagai yayasan tertentu dan mempengaruhinya. Jika perlu, badan inteligen ini juga membuat pelbagai lembaga khusus yang disebut “ Barang Milik ”, jika ada kepentingan mendesak. Selain itu, mereka mempersenjatai beberapa anggotanya, dan menyuap jabatan-jabatan rasmi. Mereka melakukan perampasan untuk melaksanakan kepentingan mereka tanpa kenal belas kasihan. Agensi itu melakukan apa saja yang dituntut untuk mencapai tujuannya tanpa mengindahkan prinsip-prinsip moral.

Kerana agensi itu merupakan senjata rahsia yang paling ampuh bagi kepentingan politik luar negari Amerika, maka kekuatan persenjataannya diseludupkan secara diam-diam ke dalam unsur-unsur dalam negeri negara-negara yang ingin dikuasai pemerintah Amerika atau melalui ajen-ajennya.

Perkerjaan CIA adalah menyelengarakan pelbagai kegiatan mulia yang dibumbui Khurafat, dibungkus dengan gambaran-gambaran palsu, serta dilindungi tipuan dan kebohongan para birokrat. Gerakannya ditutupi dengan pelbagai misteri dan dalil yang berlandaskan aturan lama yang mencegah orang-orang awam, bahkan anggota kongres, untuk mengetahui apa yang dilakukan agen itu dan sebab-sebabnya.

Perilaku seperti itu dibenarkan oleh ejen rahsia Amerika yang dikuatkan dengan berbagai hal yang membangkitkan semagat. Pada dasarnya, agensi tersebut bertujuan “menjaga keamanan nasional Amerika, dan aktivitinya hanya merupakan jawapan atas pelbagai tuntutan membela umat “. Tidak ada keperluan bagi siappun, pada suatu masa ketika kerahsian itu merupakan factor utama dalam keamanan, untuk mengetahui lebih daripada itu CIA ingin menjalan kepentingan luar negeri Amerika tanpa campur tangan pemerintah, bahkan berharap pemerintah Amerika Syarikat tidak mengetauinya. Ejen tidak mengakui hak setiap pergerakan atau lembaga apapun untuk menanyakan ehwal kegiatanya, bahkan tidak pula pihak akhbar. Para anggotanya berkeyakinan bahawa hanya mereka sajalah yang menikmati kebebasan dan hak melaksanakan hal-hal yang penting untuk menyambut segala tuntutan nasioanal. (Marchity, Victor dan John, D. Marx, Inteligen Mengatur Perjalan Dunia).
]

Sunday, March 20, 2011

Inilah Kenyatan Menurut Pandangan Seorang Muslim.

Hakikat yang saya kemukakan kepada seluruh manusia adalah adanya hubungan kuat antara piring-piring terbang dan Segitiga Bermuda. Selain itu, para peneliti Amerika menemukan daerah Florida sebagai tempat yang baik atau tempat yang terbaik bagi peluncuran pesawat-pesawat ruang angkasa. Demikian pula, orang yang dapat dipercayai menemukan piring-piring terbang dan para pailotnya di daerah Segitiga Bermuda, yang merupakan tempat terbaik untuk peluncuran piring-piring terbang. Seakan-akan daerah ini merupakan pengkalan bagi pesawat-pesawat ini, yang teknologinya mendahului zaman.

Mereka yang berpendapat, sekadar kemungkinan, bahawa piring-piring terbang datang dari planet lain pun ditolak para ahli astronomi yang mengatakan:

"Galaksi terdekat ke bumi dan yang dianggap berpenghuni adalah galaksi Epcylon Aridane dan berada pada jarak sekitar sepuluh dan sebelas tahun cahaya dari bumi. Itu bererti bahawa jarak di antara kita dan galaksi Epcylon Aridane adalah 104 + 10” kilometer, jarak ini di bandingkan dengan teknologi kita di atas bumi tidak di anggap sebagai astronomi semata, bahkan merupakan jarak yang tidak dapat dilalui. Apakah kita akan dianggap sebagai pengigau jika kita mempersiapkan diri untuk mencapainya dengan perantaraan pesawat-pesawat ruang angkasa kita seperti Apollo. Hal ini merupakan penyimpangan terhadap hukum alam. Adalah kedunguan belaka kalau kita berharap agar siput alami (yang memiliki tempurung) mengelilingi bola bumi ratusan kali dengan kemampuan yang dimilikinya. "

Anehnya, secara umum kita beranggapan bahawa peradaban apapun di luar bumi harus lebih maju dibanding peradaban kita di atas bumi. Ini jika peradaban-peradaban itu memang ada. Tetapi hendaknya kita berusaha membalikkan kenyataan itu, meski hanya sekali. Harus diterima kesimpulan dalam fizik yang mengatakan bahawa kalau peradaban-peradaban itu sedikit lebih maju daripada peradaban kita, nescaya peradaban- peradaban itu memiliki peralatan-peralatan penyiaran berupa radio pengirim dan penerima.

Selain itu, dapat dikatakan bahawa para pemilik peradaban itu, sekiranya lebih maju daripada kita, tidak akan memiliki minat atau motivasi untuk berhubungan dengan kita. Mereka menerima radio dan stesen penyiaran televesyen kita. Dengan demikian, mereka akan mengetahui, secara memadai, tingkat kemajuan kita.

Oleh kerana itu, dapat dikatakan bahawa bentuk hubungan apapun dengan biasanya membenarkan bahawa tingkat kemajuan di antara peradaban-peradaban itu relatif sama. Dalam hal inipun pasti terdapat rintangan yang menyekat hubungan untuk menyamakan teknologi. Bertolak dari sisi ini, maka tidak mungkin adanya hubungan waktu di antara planet-planet itu kecuali dengan criteria alam. Itulah pendapat Johanes Von Potlar dan pendapat seorang ahli astronomi Amerika, Frank Drick.

Atas dasar itu, anggapan bahawa yang menguasai masaalah-masaalah ini adalah makhluk-makhluk dari planet lain merupakan anggapan yang tidak benar. Jika tidak, mengapa mereka tidak menguasai bumi, padahal mereka memiliki teknologi yang mendahului kita puluhan tahun dan bahkan ratusan tahun?

Kemudian, mengapa mereka menyeksa diri dengan menempuh jutaan tahun cahaya untuk sampai kepada kita. Lalu mereka mencuri sebahgian hasil bumi, ayam, atau melakukan percubaan rahsia dengan contoh manusia? Mengapa mereka tidak mengungkapkan penemuan dan kebenaran untuk bertukar pengetahuan setelah mereka mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang bijak juga? Sebahgian besarnya lemah dan teraniaya. Sementara sebahgian kecilnya zalim, tetapi kezalimannya terbatas. Bahkan penguasaan ilmu mereka sangat ketinggalan dibanding kemajuan teknologi piring-piring terbang yang diterbangkan di Segitiga Bermuda melalui gelombang elektro magnetic.

Namun, saya menguatkan pendapat Dr. Allen J. Haneck, bahawa apa yang terjadi di Segitiga Bermuda dan kes piring terbang merupakan perbuatan makhluk yang sangat genius dan sangat cerdas, dan mengetahui apa yang diperbuat, meskipun tidak menampakkan identitinya yang tidak diragukan berasal dari bumi kita juga. Demikian pula Dr. Moris Gasup, seorang pakar fizikal yang terbunuh dalam peristiwa misteri setelah menegaskan pendapat ini. Seperti itu pula ilmuwan terkemuka, James I. Mac Donald.

Setelah melakukan kajian mendalam, perjalanan panjang, pelbagai penemuan dengan orang-orang yang berkelayakan dan ahli, serta pelbagai petualang, saya dapat mengatakan kepada seluruh manusia, Segitiga Bermuda merupakan pangkalan utama untuk peluncuran dan pendaratan piring-piring terbang. Di pangkalan besar ini sejumlah pekerja melakukan hal itu di pimpin seorang komandan, seorang pengarah, dan para intelektual genius dalam kejahatan. Mereka diawasi seorang raja kejahatan, saudara Iblis semoga Allah melaknat mereka.

Mereka bukanlah Ya’juj dan Ma’juj. Mereka bukan orang-orang Jepun yang melarikan diri atau orang-orang miskin dan lemah. Mereka adalah manusia. Mereka mempunyai cita-cita dan impian untuk benar-benar menguasai dunia secara teknologi dan ilmu pengetahuan.

Saturday, March 19, 2011

Kebingungan Masih Meliputi Akal.

Banyak orang masih mengingkari kewujudan piring terbang. Mereka menganggap hal itu semata-mata halusinasi (tipuan) penglihatan atau akal. Sementara itu, sebahgian lainnya menegaskan ke beradaannya, dan menyatakan piring terbang datang dari planet lain. Akal masih diliputi kebinggungan.

Dalam masaalah Segitiga Bermuda, penafsiranan analisis masih jauh dari harapan. Misalnya, ada yang mengatakan bahawa itu adalah gelombang besar akibat gempa bumi di dasar lautan. Yang membakar pesawat-pesawat yang melintasi Segitiga Bermuda. Sebahgian mereka terpengaruh khayalan, lalu mengatakan tentang kewujudan “lingkaran rangkaian masa” yang mengiring jauh ke masa lain.

Pendapat paling kuat masih merupakan pendapat yang menghubungkan semua masaalah itu dengan adanya benda-benda terbang yang tidak diketahui indentitinya atau benda-benda selam yang tidak diketahui. Hal ini menghubungkan Segitiga Bermuda dengan pesawat-pesawat ruang angkasa yang tidak jelas. Semuanya menegaskan bahawa; pesawat pesawat itu menculik para kelasi kapal dari dunia-dunia lain. Mereka mnculik manusia untuk memperoleh contoh penghuni bumi dan sebagainya berupa teknologi bumi moden.

Terdapat pendapat ganjil dari seorang ahli psikologi Eropah, yang meninggal pada 1944 dan dijuluki “ nabi kesiangan ”. Ia meyakini bahawa benua Atlantik telah tenggelam di laut Pemini. Itu merupakan tempat banyak terjadi kehilangan, dan sumber-sumber tenaga yang digunakan penduduk Atlantik masih mempengaruhi kompas dan peralatan moden yang lain.


Bagaimana Kenyataan: Siapa di Belakang Piring Terbang dan Segitiga Bermuda?

Telah dilakukan penerbangan atas daerah Segitiga Bermuda dan sekitarnya dengan satelit dan dengan pelbagai peralatan moden yang rumit dan sangat tepat. Anehnya, gambar-gambar yang dikirim satelit tidak muncul di layar, kecuali satu gambar walaupun getarannya sangat kuat; sesuatu yang menyerupai dataran. Namun, peralatan perakam di kapal yang berlabuh dalam ekspedisi ilmiah yang mendekati Segitiga Bermuda menegaskan bahawa adanya dataran di daerah ini suatu hal yang mustahil.

Pendapat adanya kecenderungan masa, dalam erti adanya “rongga-rongga” yang berisi aturan-aturan proses alami, merupakan pendapat yang sama sekali tidak ilmiah, tidak berdasarkan fakta dan hujah. Buktinya penemu terkenal, Christopher Columbus, melalui daerah Segitiga Bermuda pada tahun 1492 dengan selamat, meskipun ia melihat pemandangan-pemandangan cahaya yang mungkin ada hubungannya dengan jin. Selain itu, Segitiga Bermuda sejak Columbus dan sebelumnya hingga masa akan datang menyaksikan para penemu pertama, tentera, penjajah, penjelajah dan lanun melalui daerah itu.

Dengan demikian, yang terjadi di Segitiga Bermuda merupakan sesuatu yang relative baru. Hal itu tidak terjadi sebelumnya lebih kurang kurang dua abad yang lalu. Masaalah adanya arwah berkeliaran di Segitiga Bermuda tidak ada salahnya untuk diterima berdasarkan keberadaan sejumlah jin yang menghuni laut dan samudera. Adapun gangguannya terhadap pesawat terbang dan kapal laut dengan penculikan besar-besaran merupakan sesuatu yang mustail secara logik dan objektif. Jika tidak, mengapa jampi pendeta Oumand tidak mampan?

Friday, March 18, 2011

Arwah Orang-orang Negro yang Teraniaya

Ada teori moden untuk menjelaskan dan menafsirkan apa yang terjadi di Segitiga Bermuda. Teori itu menyatakan sebab semua itu adalah ruh-ruh yang diseksa di alam arwah, khususnya arwah orang-orang Negro yang teraniaya. Ada dua orang pengusir arwah yang menjelaskan bahawa terdapat jutaan ruh berkeliaran di daerah itu, iaitu sepuluh juta ruh orang Negro yang dilemparkan hidup-hidup ke laut, lalu dimakan ikan yu. Hal itu terjadi pada permulaan masa penghambaan di Amerika dan ketika mereka diangkut dengan kapal dari Afrika menuju Amerika.

Pencetus teori ini ialah seorang pakar psikologi Inggeris, Kennets Machol, mengatakan, “Kami menyebut kes ini dalam psikologi ‘lunacy syndrome’ yang biasanya menimpa orang-orang yang menderita ganguan mental (gila). Machol yakin bahawa arwah itu tidak suka menyakiti atau menakut-nakuti manusia. Tetapi, mereka berusaha menampakkan dirinya untuk memberitahu manusia bahawa mereka adalah arwah yang belum mati secara biasa. Lalu mereka menyentuh orang yang ruhnya sesuai dengan arwah mereka yang berkeliaran itu. Hal itu dibuktikan dengan anak kecil yang hilang dan berjalan-jalan tanpa dapat berbicara. Ketika itu, anak tersebut berusaha menarik perhatian orang-orang dewasa dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang nampak aneh bagi orang-orang dewasa. Sebab munculnya idea itu dalam fikiran Machol adalah adanya peristiwa aneh yang menimpanya dalam perjalanannya di Amerika untuk menyampaikan kuliah. Ketika kapal yang ditumpanginya beserta isteri dan pelancong yang lain berhenti dekat pantai akibat kerusakan pada ketel wap yang berhubungan dengan tongkat-tongkat pengerak, yang saat itu diperbaiki, ia mendengar suara nyanyian orang-orang Negro. Ia mengira bahawa sebahgian awak kapal yang terdiri atas orang-orang kulit hitam sedang menyanyi. Tetapi setelah diteliti, ia tidak mendapatkan bukti bahawa awak para kapal, sebahgian atau seluruhnya, sedang menyanyi, dan tidak terbukti ada alat perakam. Isterinya pun menyaksikan apa yang terjadi. Itulah sebab lahirnya teori itu, terutama ketika terbukti dalam sejarah bahawa para nakhoda kapal melempar beberapa orang Negro ke laut agar mati dan dimakan ikan yu tanpa alasan. Satu-satunya alasan adalah perusahaan insurans kadang-kadang membayar wang pengganti yang tinggi atas orang-orang Negro yang hilang, lebih tinggi dari harga jual orang-orang lemah itu. Di samping itu, para nakhoda melemparkan orang-orang yang sakit dan wanita hamil.

Selain itu, orang-orang Negro itu melompat sendiri ke laut kerana yakin bahawa kematian dalam kemerdekaan lebih utama daripada hidup dalam penghambaan yang hina. Para ahli sejarah yang terpercaya menegaskan bahawa jumlah keseluruhan orang-orang Negro yang dilemparkan hidup-hidup untuk dimakan ikan mencapai sepuluh juta orang. Jumlah itu mendekati jumlah mereka yang dikubur hidup-hidup di daratan kerana penginiayaan dan kesewenang-wenangan.

Yang menarik dalam hal ini ialah bahawa Machol, bekas pendeta dan doctor, menulis do’a khusus untuk menerangkan arwah itu, bukan untuk mengusirnya. Sebab, ia yakin bahawa arwah itu memerlukan belas kasihan dan ketenangan, dan tidak perlu ditakuti. Machol , 67 tahun, yakin bahawa pembacaan do’anya akan memperbaiki keadaan, terutama setelah ia mencuba do’a atau jampinya pada 600 kes di seluruh dunia.

Jadi, pada Segitiga Bermuda harus dibacakan do’a Machol. Tetapi Machol menolak untuk pergi ke sana dengan alasan pelbagai kesulitan yang dihadapinya. Kerana penyakit-penyakit yang di deritainya. Akan tetapi, pendeta Oumand, pencetus teori yang sejalan dengan Machol, telah memutuskan untuk pergi ke daerah terjauh di Segitiga Bermuda di mana ia tidak akan tertimpa bahaya atau hilang. Oumand adalah pendeta yang telah pencen. Ia berpengalaman dalam peristiwa-peristiwa aneh . konon, ia adalah ahli bedah rohani. Ia pernah mengusir arwah dari tubuh beberapa orang, haiwan, dan bangunan-banguan. Baru-baru ini, Oumand pernah menjampi Segitiga Bermuda. Hasilnya nihil. Bahkan setelah itu, terjadi kehilangan yang lebih besar.

Wednesday, March 16, 2011

Orang-orang Genius dan Usaha Pemecahan Dua Misteri

Banyak ilmuwan dan para-para pemikir mengadakan penelitian dalam usaha mencari penyelesaian dan mengetahui alasan-alasan logik ehwal apa yang terjadi. Muncullah puluhan buku yang menegaskan adanya benda-benda yang tidak diketahui identitinya. Dan, banyak kes hilangnya pesawat-pesawat terbang dan kapal-kapal laut terjadi di Segitiga yang menakutkan itu.

Di antara yang paling terkenal adalah buku El Triangulo de les Bermudas, karangan Charlie Berlitz. Selain itu, iapun menulis buku mengenai peristiwa jatuhnya salah sebuah piring terbang.

Johanes Poltar, seorang penulis dan peneliti, memiliki empat buku yang semuanya merupakan usaha pemecahan dua misteri itu. Buku-buku itu adalah: “ Lebih Cepat dari Lif”, “Perjalanan Tanpa Akhir”, “Mimpi Kemanusian” dan “Lompatan Masa.”

University Colorado juga pernah mengadakan sejumlah seminar yang membahas berbagai kajian ilmiah mengenai “Benda-Benda yang tidak dikenali identitinya”. Demikian pula, seorang penulis wanita, Suzy Smith, mencatat pelbagai peristiwa pertemuan para astronot dari para komandan pesawat terbang yang tidak dikenali. Bukunya yang terkenal adalah “Makhluk-makhluk Asing dari Angkasa” dengan nombor edisinya.

Kami dapat meringkas terjemahan-terjemahan para genius itu dalam kumpulan pendapat, pemecahan, atau penafsiran dengan kesepakatan berkaitan gejala-gejalanya. Sebahgian dari mereka mentafsirkan kehilangan-kehilangan di laut ini sebagai akibat kekacauan dalam ruang graviti. Atau, dengan pengertian lain, adanya kekuatan melawan graviti yang menyebabkan hukum-hukum graviti bumi tidak berfungsi sebagaimana biasanya.

Para ilmuwan lain menolak penafsiran-penafsiran ini bahawa yang demikian itu hanya mempunyai satu pengertian, yakni kita hanya mengenal sedikit sekali fenomena graviti. Bagaimana hukum graviti dapat terpengaruh oleh keadaan setempat. Mereka menyimpulkan bahawa semua yang dapat dikatakan di dalam pendapat-pendapat ini adalah bahawa kalau kekuatan yang melawan graviti ini benar-benar ada, maka Segitiga Bermuda memberikan kapada kita bukti yang jelas.

Tetapi seorang peneliti, Even Sunderson dari Amerika, menyimpulkan bahawa kes-kes kehilangan di Segitiga Bermuda disebabkan adanya pusaran air atau, dalam istilah lain, “titik-titik bahaya”, kerana daerah Segitiga Bermuda merupakan pertemuan antara arus panas dengan arus sejuk. Pelbagai aliran air yang berlawanan itu mengarah kearah atas dan bawah. Sunderson yakin bahawa gerakan kuat aliran-aliran itu berlawanan dan terpengaruh oleh perbezaan darjah panas yang mengakibatkan terjadinya pusaran magnetic yang merupakan penyebab seluruh tragedi ini.

Namun teori Sunderson ditolak kerana tidak dilandasi hujah sehingga tidak ada yang menegaskan aliran-aliran air yang berlawanan di lautan berpengaruh terhadap magnet bumi. Selain itu, teori Sunderson tidak menafsirkan bagaimana peranan tempat-tempat serupa yang disebut “kuburan syaitan” pada dataran. Tempat-tempat itu ada di kutub utara, kutub selatan, di sebelah utara padang pasir luas, dan di sebelah barat laut India.

Kemudian, teori ini pun gagal dalam mentafsirkan ehwal mengapa ditemukan banyak kapal di daerah-daerah yang ditinggalkan tanpa ada seorang penghunipun, dan kita tidak tahu kemana awak/kru kapal sehingga mereka segera meninggalkan kapal itu kearah yang tidak seorangpun tahu ke mana mereka pergi?

Sunday, March 13, 2011

Kronologi Kehilangan yang Mengerikan.

Segitiga Bermuda muncul sebagai misteri yang sukar diungkap hingga kini. Kerana itu, banyak orang menyebutnya Segitiga Syaitan, Segitiga Kematian, dan Kuburan Atlantik. Peristiwa hilangnya pesawat dan kapal pun tetap berterusan. Saya akan mencuba mengemukakan sebahgiannya sebagai berikut ini:

Pada 1947 pesawat C-45 hilang dalam jarak 150 kilometer dari Segitiga Bermuda.

Pada 1948 pesawat Theodore -4 yang memilik empat enjin pendorong hilang beserta 31 orang penumpangnya.

Pada tahun yang sama pesawat DC-3 hilang beserta penumpangnya yang berjumlah 32 orang tanpa meninggalkan bekas.

Pada 1949 pesawat Theodore-4 kedua juga hilang tanpa bekas.

Pada 1950 pesawat besar Amerika “Globe Master” milik Angkatan Udara hilang tanpa meninggalkan bekas.

Pada tahun yang sama, kapal barang Amerika 55-Sandra yang memiliki panjang lebih dari seratus meter hilang tanpa meninggalkan bekas.

Pada 1952, pesawat pengangkut milik Inggeris ‘York’ beserta 33 penumpangnya hilang tanpa bekas.

Pada 1954, pesawat amfibia Amerika jenis Lockheed hilang bersama 42 penumpangnya tanpa bekas.

Pada 1956 pesawat amfibia Amerika jenis Marteen P5M hilang bersama seluruh penumpangnya.

Pada1962, pesawat pengisi bahan bakar jenis KB-50 milik Angkasa Udara Amerika hilang tanpa jejak.

Pada 1963, pesawat kapal pengangkut milik Amerika “Marine Silver Queen” yang panjangnya mencapai 130 meter hilang bersama semua muatannya tanpa memberikan tanda bahaya terlebih dahulu.

Pada tahun yang sama, dua pesawat latihan dan pembekal milik Amerika jenis Stratoo serta pesawat angkut jenis C-132 hilang tanpa bekas.

Pada 1968, pesawat militer jenis YC-122 yang diubahsuai menjadi pesawat angkut hilang tanpa bekas.

Pada 1970, pesawat angkut milik Perancis “Milton Patreads” hilang beserta semua orang dan barang yang ada di dalamnya.

Pada 1973, pesawat angkut milik Jerman “Anita” yang bermuat 20,000 tan hilang bersama 32 orang penumpangnya.

Pada 1974, kapal perang hilang pada jarak 900 batu dari barat daya pulau Azores, Amerika.

Peristiwa-peristiwa hilangnya pesawat dan kapal terus berlaku setiap saat, walaupun pada masa-masa terakhir semakin berkurangan dan jarang disebabkan tidak ada lagi yang melintasi dan mendekati Segitiga itu sebagai langkah berhati-hati dalam lintas penerbangan dan pelayaran.

Tinggallah kini saya sebutkan kepada pembaca tercinta bahawa Segitiga Bermuda merupakan bahgian barat Samudera Atlantik. Diduga, bentuknya seperti segitiga, terletak dekat pantai tenggara Amerika. Daerah membentang dari Bermuda di utara sampai selatan Florida. Arah timurnya dekat Bahama melalui Puertorico hingga lintang barat 40 darjah, kemudian kembali ke Bermuda.

Saturday, March 12, 2011

Raw Video: Tsunami Slams Northeast Japan

Gabungan Dua Misteri: Piring Terbang dan Segitiga Bermuda

Sejak tahun 1978, secara pasti, terjadi penyatuan dua misteri. Keduanya, tanpa berlebihan, merupakan misteri paling misterius di dunia. Nampaknya terdapat semacam kaitan di antara keduanya, terutamanya setelah pengamat layar radar, selama dua jam, melihat sebuah piring terbang besar bergerak di atas daerah yang tidak jelas di permukaan bumi yang disebut Segitiga Bermuda. Daerah itu sejak dahulu dianggap sebagai kuburan bagi sejumlah besar kapal laut dan pesawat terbang yang menghilang tanpa bekas, atau tanpa puing-puing dan sebagainya yang biasanya tersisa setelah terjadi suatu peristiwa.

Seakan-akan Mereka Musnah di Udara.

Pada pukul dua petang tanggal 15 Disember 1945, lima pesawat pengebom milik Angkatan Laut Amerika meninggalkan landasan Leeward Island untuk mengadakan latihan. Udara cerah. Sesaat kemudian, para pilot melaporkan bahawa peralatan mereka tidak berfungsi secara normal tanpa diketahui sebabnya. Selain itu, yang terpenting, kompas yang sangat berperanan dalam mengemudikan pesawat terbang bergerak tidak teratur. Setelah dua jam berlepas dari landasan, terputus semua hubungan dengan pesawat-pesawat itu. Setelah itu, sebuah pesawat jenis “Marteen” terus dilancarkan untuk mencari pesawat-pesawat yang hilang. Setelah berlalu sepuluh minit, terputus pula hubungan dengan pesawat itu.

Tidak ditemukan bekas apapun dari enam pesawat itu berikut dua puluh tujuh orang yang menumpangnya. Seakan-akan enam pesawat dan para penumpangnya itu musnah di udara tanpa bekas.

Menghilangnya Cyclove

Setelah terjadi banyak tragedi hilangnya beberapa pesawat, kamus bahasa Inggeris mulai mengenal istilah yang menakutkan, yakni Segitiga Bermuda.

Pernah pula diusulkan pertama kalinya teori tenaga magnetik yang tidak diketahui mengingatkan instumen dan kompas tidak berfungsi dan terpengaruh benda-benda asing yang tidak dikenali. Sebenarnya, hilangnya pesawat-pesawat itu belum merupakan bencana terbesar sebab, pernah pula hilang, tanpa permulaan atau sebab, pesawat pengangkutan yang besar milik Angkatan Laut Amerika dan bermuatan sekitar 20,000 ton. Kapal pengangkut itu dikenali dengan nama “Cyclove”.

Cyclove belayar di antara Barbados dan Norfolk di Virginia. Kapal itu tiba-tiba menghilang beserta sejumlah penumpangnya yang berjumlah 309 orang. Peristiwa itu terjadi tanpa isyarat dharurat (S.O.S) apa pun. Selain itu, tidak ditemukan serpihan apapun seakan-akan terbang di udara dan menembus batas-batas gravity menuju planet yang tidak diketahui.

Friday, March 11, 2011

Samb: Gelombang Piring terbang

Pada 14 November 1969, menara pengawas bumi mengamati dua benda angkasa yang bersinar sedang mengikuti pesawat ruang angkasa Apollo-12 dekat bulan. Kemudian terlihat piring terbang besar yang mengeluarkan cahaya merah ketika Apollo mendekati bumi.

Perlu dicatat, pasti diakui bahawa para astronot dan yang mengikuti mereka adalah individu-individu yang memiliki kemahiran luar biasa. Mereka yang menyaksikan mendapat kenikmatan luar biasa. Mereka terpercaya dan terhormat, terutama dalam masaalah visi dan halusinasi.

Pada 1972. Seorang peninju terkenal, Muhammad Ali, menjelaskan bahawa suatu kali ketika berlatih di Central Park, New York, menjelang magrib, ia melihat cahaya yang terbang mengitarinya seakan-aakan mengawasinya. Muhammad Ali menjelaskan bahawa bentuk cahaya itu seperti mentol lampu besar yang tergantung di langit.

Pada 1973, John Gilligan mengkhabarkan bahawa ia pernah melihat sebuah piring terbang dekat Ann Arbor, Micigan. Ia menggambarkan bahawa piring terbang itu nampak seperti sumbu tengak bercahaya yang memancarkan cahaya kekuningan-kuningan.

Pada tahun yang sama Jimmy Carter, gabenor Georgia yang kemudian menjadi presiden Amereka Syarikat beserta sepuluh orang tamunya, ketika duduk menyantap makan tengah hari di tingkat atas rumahnya; melihat sebuah benda sebesar bulan yang bergerak dan berubah-ubah warnanya dari merah kehijau.

Pada tahun yang sama, tiga astronot, Jack Louzma, Owen Garret, dan Allen Bane memfoto sebuah piring terbang berwarna merah yang mengawasi mereka selama sepuluh saat ketika berada pada ketinggian 400 kilometer di atas permukaan bumi. Mereka berputar-putar di angkasa dan pada peredaran Skylab II (laboratorium ruang angkasa).

Pada tahun yang sama, dua pekerja disalah satu perlabuhan, Charlie Haxon dan Galvin Parker, di luar shif kerjanya, berburu dekat Pascagola di Mississippi. Tiba-tiba mereka menyaksikan pesawat angkasa yang terbang tinggi di atas mereka. Panjang pesawat angkasa itu sekitar 30 meter dan berwarna biru. Tiba-tiba pesawat itu turun dan hujungnya terbuka. Tiga makhluk asing keluar memakai pakaian berwarna abu-abu. Kulit mereka berkerut dan tangan mereka berkuku panjang. Masing-masing mempunyai satu mata yang terbelah. Tiba-tiba, kedua pekerja itu merasakan adanya kekuatan misteri yang membawa mereka menyeberangi sungai untuk menemani makhluk asing itu dan masuk bersama mereka ke dalam pesawat.

Di dalam pesawat , kedua orang itu diletakkan pada meja pengujian. Kemera mulai diturunkan untuk memereksa keduanya. Dua puluh minit makhluk-makhluk asing melakukan pemereksaan. Kedua orang itu kembali untuk menyampaikan kisah tersebut. Mereka meminyaki keduanya dengan cairan aneh. Setelah itu, keduanya dibius secara magnetic. Kepada kedua orang itu telah dilakukan uji-kebohongan, tetapi hasilnya kosong. Kisah itu sendiri telah tersebar luas.

Pada tahun 1975, seorang polis hutan, Travis Walton, ketika sedang berada di dalam kereta beserta lima temannya, dekat Snow Flake, di Arizon, menyaksikan cahaya mengitari mereka dan di atas pohon-pohon yang tinggi. Walton segera meloncat dari kereta menuju arah cahaya. Tetapi ada kilatan cahaya mengenainya dan melemparkannya ke bumi. Kereta itu terhenti. Segera teman-teman Walton mencuba menyelamatkannya. Tetapi mereka terkejut ketika Walton sudah menghilang tanpa bekas-bekas seakan-akan menjadi abu dan naik kelangit. Setelah berlalu lima hari,Walton menampakkan diri mereka bahawa dirinya selama lima hari itu berada dalam sebuah piring terbang beserta beberapa makhluk aneh yang bentuknya mirip janin manusia. Perkataan Walton tidak berubah sedikitpun setelah mereka melakukan uji-kebohongan kepadanya.

Pada tahun 1977 ketika dua pesawat sedang berolah raga setelah menyelesaikan pekerjaannya di State Island, New York, tiba-tiba mereka menyaksikan benda besar berbentuk rokok yang turun perlahan-lahan di hutan sekitar daerah itu. Mereka pun menghentikan kereta peronda polis, lalu memberitahukan kepada polis itu, dalam ketakutan, ehwal kejadian yang mereka saksikan. Polis segera menuju ke piring terbang berukuran besar itu yang melesap dengan cepat ke angkasa. Polis mempercepatkan laju keretanya dan mengikuti benda aneh itu, tetapi piring terbang itupun menambah kecepatannya dan segera menghilang.

Hingga penulisan buku ini, pada tahun 1991, belum sampai sebulan berlalu, disebutkan pelbagai kejadian semacam itu di New Zealand, Australia, Scotland, Palestin, Aljazair, Itali Utara, Damaskus, bahkan di Libya. Terakhir, di sebuah ladang di Libya terlihat beberapa makhluk aneh dekat piring terbang. Seakan-akan mereka sedang memperbaiki kerusakan dinding luar piring ter bang. Ketika seorang petani Libya berusaha mendekati mereka, mereka memberi isyarat untuk tidak mendekat. Petani itupun mematuhi mereka. Ia mengawasi mereka selama mereka menyelesaikan pekerjaan mereka. Barangkali mereka telah memperbaikinya. Tidak lama kemudian mereka naik dan segera mmeninggalkan tempat itu. Mereka meninggalkan orang-orang yang menyaksikan peristiwa yang membingungkan.

Thursday, March 10, 2011

Gelombang Piring terbang

Pada 27 Jun 1948, seorang juru-terbang Amerika mengumumkan bahawa ia melihat sembilan piring terbang yang melaju dengan kecepatan luar biasa di angkasa Amerika.

Pada 1952, seorang pemuzik, William Skwerz, dalam perjalanan show-nya, pada sekitar pukul 05.40 pagi, berkenderaan melalui hutan Froninac di Kansas. Tiba-tiba perhatiannya tertuju pada benda aneh di hujung jalan yang dilaluinya. Ia berhenti untuk melihat benda itu dari dekat. Setelah itu, ia menggambarkan bahawa benda itu berbentuk dua siput yang saling menempal dengan panjang 18 meter dan tinggi 4,5 meter. Benda itu terbang melayang 3 meter di atas permukaan bumi. Pada benda itu terdapat deretan jendela yang bersinar. Ia dapat menyaksikan dari jendela itu pelbagai benda yang bergerak di dalam benda terbang itu. Pada salah satu hujungnya, ia menyaksikan adanya satu jendela yang dari celah-celahnya nampak kepala dan kedua bahu suatu makhluk. Terdapat bekas-bekas pada rumput kering yang menunjukkan bahawa benda itu pernah berhenti di situ.

Pada Julai 1952, Kementerian Pertahanan Amerika di kejutkan dengan benda-benda terbang di atas pejabat kementerian itu. Radar merakamkan bahawa benda-benda terbang itu mempunyai pelbagai macam bentuk dan kecepatan yang menakjubkan.

Pada akhir 1952, dilakukan pengamatan terakhir terhadap jumlah benda terbang yang disaksikan di berbagai penjuru dunia. Pengamatan itu menegaskan bahawa jumlah piring terbang yang pernah disaksikan telah mencapai jumlah 11,501 unit. Sementara orang-orang yang menyaksikannya telah mencapai jumlah lebih dari seperempat juta. Kebanyak benda terbang itu nampak di langit utara Eropah dan di atas Lautan Atlantik.

Pada 24 Febuari 1959, seorang pilot, Peter Killien, mengemudikan pesawatnya yang mempunyai empat mesin pendorong Douglas-6 beserta beberapa penumpang. Tiba-tiba, di samping pesawatnya, nampak benda terbang lain. Ketika ia mendekati benda itu, semua peralatan radio dalam pesawatnya itu terbang dengan kecepatan luar biasa. Yang penting dalam kejadian ini ialah bahawa semua penumpang menyaksikannya pada waktu yang sama.

Pada awal tahun 1960, berita-berita dan kisah-kisah berkenaan dengan UFO mulai tersebar di England dan tidak dapat diterjemahkan. Dua tempat yang pernah didatangi UFO menjadi terkenal, iaitu Warmenster di Wiltshire dan Wales yang kemudian di sebut Segitiga Broadhaven. Di Alfen, timur laut Scotlandia, dua pemudi mengambarkan sebuah piring terbang berwarna biru di langit dan memancarkan sinar merah.

Pada 16 Mei 1963, pesawat ruang angkasa Mercury dan pilotnya, Covermart, di atas hawa, menangkap suara pada gelombang tertentu yang tidak difahami bahasanya. Kemudian, dalam perjalannya. Di atas Perth, Australia, pesawat ruang angkasa itu mengidentifikasikan sebuah piring terbang dari kejauhan. Pada saat yang sama, sebuah stesen bumi pun menyaksikannya.

Pada 31 Jun 1964, pesawat ruang angkasa Gemini 4 hampir berlanggar, di ruang udara Hawai, dengan benda angkasa berbentuk selinder. Pesawat itu dapat mengambil fotonya.

Pada 4 Disember 1965, pesawat ruang angkasa Gemin i-7 menangkap gambar sebuah piring terbang besar dengan mesin jet yang dilengkapi kapsul.

Pada tahun yang sama, polis peronda, Lony Zamura, yang menyaksikan sebuah piring terbang turun dekat kota Sokoro di New Maxico. Lony segera pergi ketempat itu dan menemukan dua makhluk aneh. Ia menggambarkan bahawa tinggi masing-masing mencapai 4 kaki atau 120 sentimeter. Keduanya berdiri dekat dengan pesawat angkasa berbentuk bujur telur dan berwarna biru mengilat. Ketika keduanya melihat polis peronda itu, mereka masuk kedalam pesawat lalu terbang dengan kecepatan luar biasa. Setelah polis itu menyampaikan berita kepada pemerintah setempat, pemeritah pun melakukan penyelidikan dengan saksama. Benar-benar terbukti adanya bekas-bekas pendaratan pesawat ruang angkasa yang tidak dikenali ke bumi.

Pada 1965, seorang astronot, James Mat Davis ketika sedang mengitari bumi pada ketinggian 160 kilometer di atas permukaan bumi melihat benda-benda bulat yang mempunyai antena. James dan temannya, astronot Add White, berusaha memfoto benda-benda itu. Tetapi keduanya sibuk ketika benda-benda itu mendekat, terutama ketika mereka melihat benda-benda itu akan merempuh mereka. Mereka mulai bersiap-siap melakukan tindakan-tindakan serius menghindari rempuhan. Tiba-tiba benda-benda itu menghilang.


Pada tahun yang sama, William Hawl bersama keluarganya berada di daerah Fuji Hill, Texas. Ketika berada dalam kenderaan, tiba-tiba mereka menyaksikan pancaran sinar berwarna biru di langit. Cahaya itu selalu bergerak seakan-akan menemani mereka. Setiap kali Hawl mempercepatkan laju kenderaannya, benda itu pun menambah kecepatannya. Tiba-tiba benda itu menjauh dengan cepat sekali, dan akhirnya menghilang.

Pada tahun yang sama, sebahgian pekerja di sebuah ladang di daerah Kelly, Kentucky, mengatakan bahawa mereka melepaskan tembakan pada benda-benda asing, tetapi tidak menyakiti mereka. Ketika peluru itu mengenai mereka, mereka terbang keudara tanpa suara.

Pada 3 Jun 1966, pilot pesawat ruang angkasa Gemini-9 menemukan beberapa makhluk angkasa dalam beberapa piring terbang mengintip kasul ruang angkasa sejak pelancarannya. Para para pekerja di stesen bumipun meyaksikan makhluk-makhluk itu di samping kru kapsul.

Pada 18 Julai tahun yang sama. Dua piring terbang mengikuti pesawat ruang angkasa Gemini-10 dan kemudian menghilang dengan cepat. Pilotnya, Jung meminta pengawasan dari bumi.

Kemudian terlihat suatu benda besar di langit pada 18-26Mei 1969, pesawat ruang angkasa Apolo 10 melihat ada dua benda ruang angkasa terbang mengintipnya ketika pesawat itu sedang mengelilingi bulan, dan ketika menuju ke bumi.


Bersambong….

Tuesday, March 8, 2011

Samb: Peristiwa Dasyat menceruskan Pandangan Awam: Logikkah Seseorang Menolak Bintang Lucifer?

Di menara pengawas mulai nampak suasana penantian dan tegang. Para pengawas melihat layar radar mereka tanpa berpaling sedikit pun darinya. Sebab, benda terbang yang tidak di ketahui identitinya muncul jelas sekali pada layar radar.

Pukul 15.12, pilot yang berada pada formasi sayap kanan mengumumkan “Sekarang saya lihat benda terbang itu dan memfotonya, Kapten Mantill mengikut dari dekat. Kini saya lihat benda itu lebih tinggi dariku sekitar 150 meter. Saya sedang berusaha mendekatinya.”

Pilot yang berada pada formasi sayap kiri mengatakan: “Pukul 15.14. Kaptan Mantill menjauh dari ku 900 meter. Ia menambah kecepatannya. Saya akan mengikutinya sehingga sampai kepadanya. Nampaknya piring itu terbuat dari logam berkilat, diselimuti lingkaran cahaya warna kuning, dan warnanya selalu berubah-ubah dari kuning menjai merah, lalu jingga tua.”

Pukul 15.15: “Jarak hanya 350 meter. Benda terbang itu bertambah kecepatannya. Nampaknya ia berusaha melarikan diri. Ia naik hingga sudut 45 darjah.”

Pukul 15.16. pilot dari sayap kanan mengumumkan. “Kapten Mantill hampir terbang, dan kecepatannya bertambah. Nampaknya, kerana sangat takjub dan tegang, ia tidak dapat menjaga jarak dengan benda terbang itu, bahkan, sekarang jarak keduanya hanya dua meter. Tablet terbang itu sekarang semakin tinggi. Kapten Mantill masuk ke dalam awan. Kami tidak melihatnya dan tidak tahu apa yang terjadi.”

Yang ada di bumi menerima signal terakhir dari Kapten Mantill sebelum menghilang: “ Pukul 15.18. Kepten Mantill: Benda ini besar sekali, terbang dengan kecepatan yang tidak dapat dipercayai dan sekarang…” Setelah kata “ sekarang…”, ia tidak menyelesaikan kata-katanya. Tidak seorangpun tahu apa yang terjadi.

Dua pilot, Hamound dan Kleaments meminta izin kepada komandannya untuk diperkenankan turun, mengingat Kapten Mantill hilang dari penglihatan mereka. Sementara pilot ketiga, Hendricks telah kembali ke pengkalan udara. Lalu diterbangkan formasi lain untuk mencari Kapten Mantill setelah mereka tidak mendengar lagi suaranya. Pada pukul 16.00 ditemukan serpihan pesawatnya berselerakan dalam radius 1,5 kilometer. Jam tangan yang sudah mati di tangan jenazah Kapten Mantill menunjukkan pukul 15.18.

Maka meledaklah suara rakyat Amerika, sebagaimana telah dinanti-nantikan. Surat khabar menempatkan peristiwa duka ini sebagai tajuk yang sangat menarik. Hal itu disebabkan adanya perbezaan besar antara peristiwa terlihatnya cahaya aneh yang melintas di malam hari dan peristiwa lain yang menelan korban seorang pilot pertama, paling mahir tanpa berlebih-lebihan berani dan berpengalaman. Hal ini terjadi dalam keadaan dramatic, dan dengan gangguan piring terbang di siang hari dalam peristiwan duka. Setelah peristiwa itu. Masyarakat sangat menyesal, sehingga orang-orang yang memandang masaalah benda-benda terbang tidak dikenal identitinya bersikap kepada masaalah besar ini dengan sindiran dan olok-olok. Mereka mulai memperhatikan masaalah ini dengan sungguh-sungguh dan kecemasan. Perkataan bahawa peristiwa insiden dan misterius mulai tidak bererti. Bahkan, masaalah itu muncul sekan-akan memiliki kekuatan perlawanan.

Perhatikan, apakah Kapten Thomas Mantill mengikuti pesawat dari luar bumi yang dikemudikan makhluk-makhluk yang menginginkan musuh yang datang? Atau, apakah terdapat senjata rahsia baru milik Uhi Soviet yang telah menjadi kenyataan?

Namun masaalah itu mulai mencemaskan bangsa Amerika ketika munculnya menafsiran pemerintah yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi, dengan segala kerendahan hati, bahawa Kepten Mantill mengikuti planet Lucifer. Ia merempuhnya ketika berusaha mendekatinya.

Para ahli astronomi dan lainnya membantah pendapat ini. Mereka mengatakan bahawa pada hari itu langit tertutup awan dan planet Lucifer tidak dapat dilihat, apalagi pada siang hari. Sementara pesawat Thomas Mantill tidak dapat melampaui lapisan atmosfir.

Muncul penafsiran lain untuk membentuk tabir baru atas pendapat yang rasional. Intinya ialah bahawa Kapten Mantill mengikuti belon yang direkabentuk untuk menguji lapisan-lapisan udara tertinggi. Tetapi berdasarkan berbagai penelitian yang dilakukan pusat pengujian udara, jelaslah bahawa didaerah tempat terjadinya peristiwa itu tidak ada belon yang disebutkan itu.

Monday, March 7, 2011

Peristiwa Dasyat menceruskan Pandangan Awam: Logikkah Seseorang Menolak Bintang Lucifer?

Pengawasan atas pelancong asing mulai diintensifkan sejak tahun 1946 ketika negara-negara Skandinavia, terutama Sweden, sering mendapat serangan roket-roket misteri. Pada mulanya, diduga bahawa roket-roket itu adalah senjata rahsia yang dibuat di Uni Soviet oleh para ilmuwan Jerman yang ditahan di Pyanmiyond. Tetapi, segera nampak jelas bahawa ada benda aneh yang bergantung pada benda-benda berbentuk seperti roket yang melintasi langit utara Eropah. Walaupun lebih dari dua ribu laporan mengenai benda-benda itu masuk ke Kementerian Petahanan Sweden, tidak dilaporkan bahawa salah satu benda aneh itu mendarat atau hancur. Nampaknya, asal kedatangannya adalah seluruh daerah yang memungkinkan di bumi, bukan arah timur saja.


Masaalah itu berubah menjadi ngeri ketika pada tahun berikutnya Amrika diserbu gelombang piring terbang. Jeneral Craigee dari Amerika telah menerima laporan rahsia dari Twaining yang mengeluarkan perintah untuk membentuk pasukan yang melakukan penyelidikan atas peristiwa kemunculan piring terbang yang tidak diketahui identitinya.

Perkara itu ditugaskan kepada pengkalan udara di Rayt Parsen dengan tingkat kerahsiaan A-2. Kumpulan itu bertugas mengawasi pentakbiran umum bahgian intelijen yang dihubungkan dengan markas seksi udara untuk pengkajian dan penelitian.

Projek itu sebagai “projek piring” sebagaimana nama ini diberikan pada sekitaran yang berkaitan dengan pangkalan udara mulai melaksanakan tugas itu pada 2 Januari 1948.

Untuk pertama kalinya kumpulan itu mengumpulkan seluruh infomasi mengenai UFO sejak kemunculannya, dan juga pelbagai peristiwa yang terlihat di udara, untuk kepentingan keamanan bangsa Amerika. Dilakukan penelitian dan kesahihan laporan-laporan itu serta evolusinya. Akhirnya, isinya diserahkan kepada beberapa pemerintahan yang mempunyai hubungan dengan hal itu. Tujuan utama projek itu ialah meneliti apakah UFO menimbulkan ancaman atau bahaya terhadap keamanan bangsa Amerika.

Beberapa orang melihat benda berwarna biru dan berbentuk bujur di angkasa Lousevill Di Kentucky. Benda itu memancarkan cahaya merah berdiameter sekitar 80-100 meter, terbang ke arah selatan. Jabatan polis setempat segera memberitahu kepada pangkalan udara Fourt Knox. Lalu terjadi perhubungan dengan Bandar udara Gooman Field. Belum lewat 15 detik, tiba-tiba komponen menara pengawas melihat benda terbang yang tidak diketahui identitinya.

Ketika saksi-saksi itu menegaskan, tanpa keraguan, apa yang mereka lihat dan sama sekali bukan pesawat atau belon, mereka segera menginfomasikan kepada kepolisan setempat. Akhirnya, mereka menghubungi komandan pangkalan udara Kolonel C.F Haighs. Lalu ia memerintahkan Kapten Mantil bersama anggotanya untuk terus menerbangkan pesawat tempur F-15.

Kapten Thomas Mantill adalah salah seorang pilot berpengalaman. Ia termasuk orang pertama yang menyelesaikan tugas-tugas paling sulit dan berbahaya di tengah-tengah bombardemen udara yang terus-menerus pada pangkalan udara Jerman di Chiburg di pantai Perancis dekat samudera Atlantik. Itulah awal pendahuluan serangan Anglo-Amerika di Denmark. Ia termasuk di antara orang-orang yang mendapatkan penghargaan tertinggi setelah perang dunia yang ke II.

Kapten Thomas Mantill bersama-sama para penerbang yang lain, Hendricks, Kleaments, dan Hamound, meninggalkan landasan untuk menyelidik secara lansung, benda terbang yang tidak diketahui identitinya. Peralatan radar mencari isyarat-isyarat pencarian pesawat jet itu. Pada pukul 15.00, suatu hari di bulan Januari 948, Kapten Mantill menghubungi pengkalan melalui radio. Ia mengatakan, “Sampai saat ini saya belum melihat apa-apa. Saya akan berbelok ke arah Ohio.” Ia mulai mengadakan kontek kedua dengan pangkalan itu.

Pukul 15.02 Kapten Mantill, melaporkan; “Penglihatan baik. Sampai saat ini saya belum melihat sesuatu apapun. Ketinggian terbang 9,400 meter, masih terus bertambah.”

Pukul 15.09: “Ketinggian 10,400 meter. Hingga kini tidak ada sesuatu apapun.”

Pukul 15.11. (Dengan suara gagap ketakutan): “Sekarang… ini dia. Berbentuk tablet. Ukurannya besar, sulit diperkirakan, kira-kira 70 meter. Di bahgian atasnya kami lihat ada lingkaran dan kubah. Nampaknya ia berputar dengan kecepatan sangat tinggi pada porosnya secara vertical. Ketinggian mencapai 10,500 meter. Ganti!

Bersambong....

Sunday, March 6, 2011

Dari Gajah sampai Piring Terbang

Selama lebih dari empat puluh tahun, teka-teki piring terbang tetap menjadi bahan perbincangan dan perbincangan. Akan tetapi, kebanyakan mereka yang mengkaji masaalah ini tidak bertanya kepada diri mereka sendiri ehwal apakah mereka telah mengikuti langkah yang tepat. Terdapat perbezaan besar antara pengamatan atau ungkapan penyaksian dan kajian eksperimen.

Sebelum diperhitungkan pentingnya penelitian mendalam. Para ahli psikologi Barat pada abad pertengahan telah mendefinikasikan “gajah” jika memang benar secara entimologi. Hal itu diketahui dari kajian mereka berkenaan dengan klasifikasi mamalia. Tetapi, mereka sama sekali belum melihat seekor binatang itupun. Besarnya binatang ini memunculkan pertanyaan sekitar cara perkembang biakannya dan hubungan-hubungan naluriya.

Para penulis fiksyen menentang pelbagai deskripsi aneh. Bahkan, salah seorang dari mereka berkata:

“Mungkin salah satunya naik ke belakang yang lain. Atau, mungkin hal itu dilakukan di dalam air, dan air membantu mengurangi berat tubuhnya.” Yang paling keterlaluan dari mereka mengatakan:

“Yang jantan membuat lubang pada tubuh yang betina.”

Tetapi Strabou, ahli geografi, menulis bahawa gajah jantan melakukan pensenyawaan atas gajah betina dalam keadaan seperti waktu munculnya kembali penyakit seorang gila. Hal itu dilakukan dengan mengeringkan zat semacam minyak pada saluran pernafasan gajah betina. Tidak seorang peneliti dan penulispun di Eropah dulu yang meluangkan waktu untuk mengamati dan meneliti perilaku gajah dalam kebiasaan hingga ke nalurinya.

Biasa berkhayal memang merupakan sesuatu yang indah, dan mungkin juga ketenangan jiwa. Tetapi hal itu tidak sampai pada tahap “pengamatan ilmiah” dan “kajian mendalam”. Seperti itulah yang terjadi pada masaalah piring terbang. Kebanyakan pendapat mereka mengatakan itu semata-mata halusinasi. Dalam hal ini, khayalan memainkan peranan penting atau memang murni halusinasi. Yang lain mengatakan bahawa banyak penyaksian adanya piring terbang disebabkan adanya tekanan jiwa atau goncangan kehidupan yang berat. Tidak ada bukti bagi hal-hal semacam ini. Sementara itu, sebahgian lainnya berpendapat bahawa yang demikian itu merupakan sebahagian fenomena alam seperti pantulan cahaya atau terbakarnya roket yang dilihat sebahgian orang dalam bentuk sikuit berputar.

Dengan gambaran umum, para ilmuwan menyakini bahawa tersebarnya fenomena piring terbang mengembalikan kita pada separuh kedua abad ke-20. Industri telah tumbuh atau berkembang. Peringkat teknologi telah maju, dan alat-alat kenderaan moden telah tersebar yang menyebarkan banyak gas dan pencemaran udara. Tetapi masaalahnya berubah menjadi manifestasi ilmiah ketika peristiwa kesaksian itu bertambah banyak dari orang-orang yang boleh dipercayai sehingga Kementerian Pertahanan Amerika (Pentagon) membentuk lembaga khusus yang bersama ”Projek Buku Biru”. Lembaga ini berkepentingan dalam perkembangan piring-piring terbang atau benda-benda angkasa yang tidak dikenali, serta benar-benar menegaskan bahawa terdapat semacam peperangan atau pertempuran-pertempuran udara yang terjadi di antara pesawat-pesawat terbang Amerika dan piring-piring terbang. Kemenangan selalu dicapai makhluk angkasa. Tidak seorangpun mengetahui apa yang akan terjadi selanjutnya.

Di sisi lain, dua peristiwa peperangan diungkapkan seorang peneliti yang tergila-gila pada dunia ruang angkasa, Tom Camella, ia memberikan infomasi tentang dua peristiwa itu kepada Garda I Angkatan Udara Amerika, O.D. Hill, yang memberikan jawapan kepada Camella atas pertanyaan tentang kebenaran hilangnya sebuah pesawat tempur: “Harus saya akui bahawa peristiwa itu benar.

Pesawat kami selalu diculik sejak dahulu sampai sekarang. Para penculik itu datang dari langit.” Peristiwa pertama menimpa pesawat F-86, jet fighter, yang terbang di belakang sebuah piring terbang untuk melakukan pengintaian melalui layar radar di pengkalan udara. Pesawat F-86 berputar diatas ladang luas dan mencari pesawat ruang angkasa. Tiba-tiba pemantau layar radar melihat sepintas piring terbang yang mengarah pada pesawat Amerika itu. Terus sahaja, pemantau mengalihkan radar pada pilot pesawat dan memerintahkannya untuk menyerang piring terbang itu. Tetapi kecepatan makhluk ruang angkasa itu menentukan pertempuran. Segera, keduanya saling melakuan serangan mematikan. Kemudian, yang nampak pada layar hanyalah piring terbang. Para operator radar Amerika berusaha menghubungi piring terbang yang telah melarikan diri dengan kecepatan sangat tinggi tanpa seorangpun memberikan jawapan.

Bersama dengan menghilangnya piring terbang, hilang pula pesawat terbang itu. Nampaknya pesawat itu masuk ke dalam piring terbang. Kekuatan angkatan bersenjata dan para pilot Amerika dikerahkan untuk mencari bahagian, sekecil apapun, dari puing pesawat F-86. Tetapi tidak ada bekas sama sekali. Seakan-akan hal itu adalah khayalan dan fatamorgana.

Dengan rasa malas, komandan Angkatan Udara Amerika menegaskan bahawa peristiwa itu adalah “hilang pesawat dalam keadaan tidak jelas.”

Peristiwa kedua mengorbankan 26 orang, penumpang pesawat angkut tentera. Peristiwa itu pun terlihat pada layar radar. Sebuah piring terbang melaju dengan kecepatan yang tinggi ketika nampak pada layar radar bagaikan bola meloncat ke pangkuan seorang yang sedang masygul. Kemudian, tiba-tiba piring terbang itu mengarah ke pesawat angkut tentera. Sebelum operator radar sempat mengingatkan pilot pesawat, tiba-tiba ada dua benda menyatu dan menjadi satu benda kecepatan berlipat ganda. Lalu, dalam sekejap, benda itu keluar dari medan radar dan lansung menyapu daerah dan air di sekitarnya. Tidak ada bekas-bekas apa pun. Pesawat itu benar-benar telah hilang. Selainnya, mereka menemukan beg jeneral, yang disimpan di dalam pesawat, terapung dipermukaan air.

Banyak organisasi bertujuan mencari benda-benda terbang yang tidak jelas. Pelbagai organisasi dibentuk untuk meneliti benda-benda terbang misteri. Salah satu organisasi itu adalah Nikap yang dipimpim oleh perwira tinggi Angkatan Udara Amerika.

Masaalah ini menjadi bahan penelitian dan pengkajian. Bidang ilmu ini, dalam bahasa Anglo Saxon, disebut UFO atau, dalam bahasa Latin, disebut OVNI kependekan dari “benda-benda terbang yang tidak diketahui identitinya.”


Saturday, March 5, 2011

Di Sebalik Misteri Segitiga Bermuda dan Piring Terbang.

LANUN TERBESAR: DI SEBALIK MISTERI SEGITIGA BERMUDA DAN PIRING TERBANG.

Kita kaum Muslim, tidak mengasingkan diri dari dunia ini. sejak puluhan tahun, dunia Barat dan Amerika membincangkan kemunculan piring-piring terbang. Kita sendiri menyebarkan pemikiran yang tidak benar, yakni bahawa mereka berasal dari planet-planet lain. Kita melihat piring-piring terbang di Damaskus, Aljazair, Libya, dan Jeddah. Di Mesir, sebuah piring terbang jatuh dan menyambar seorang pemuda bernama Abdul Karim. Banyak orang menyumbang pelbagai eksperimen setelah ia hilang akal. Ia bangun, lalu mendapati dirinya sedang tidur di padang pasir, tanpa pakaian. Setelah itu, ia menemukan pada dirinya dua keistimewaan yang sebelumnya tidak ia miliki. Pertama, jika ia dekat pada terowong atau radio, alat itu terganggu. Kedua, kemampuannya melahap kaca tanpa menyebabkan luka atau sakit apapun.

Lalu, apa tujuan kisah itu?

Mari kita tampakkan hal-hal yang samar setelah difikirkan.
*****

Piring-piring Terbang dalam Perjalanan dari Jeddah ke Mesir.

Seorang mengalukan syair berikut ini:
Wahai kehidupan yang memenuhi kegelapan,
Dengannya kami kehilangan pagi yang cerah,
Yang menggantikan tenang jadi ketakutan,
Dan mengubah khabar gembira dan peringatan
Ketakutan merusak jiwa, tak mendengar senandung dan tak merasakan bahagia.
Tidak kau lihat kami dijemput kematian?
Kita tau, namun seringkali kita tak tahu.

Ia adalah asy-Syaikh Husain Arab, Menteri Urusan Haji dan Wakaf pertama Kerajaan Saudi Arabia. Selain itu, ia adalah sasterawan besar dan penyair “raksasa”, dengan segala makna “raksasa”.

Di rumahnya yang tenang di dataran tinggi kota Makkah al-Mukarrammah, saya biasa berbicang-bincang dengannya untuk memenuhi undangannya.. Kami memperbincangkan masaaalh media-massa dan suka dukanya. Sebab, saat itu saya menjadi pemimpin umum surat khabar ‘An-Nadwah’ untuk pemikiran dan peradaban Islam di bahgian editorial. Kami juga memperbincangkan masaalah sastera dengan pelbagai cabangnya. Sesekali kami membicarakan fiqah.

Kadang-kadang kami terlibat dengan pembicaraan masaalah polotik dunia. Tetapi kali ini situasinya lain. Rupanya, ia telah lama menunggu saya untuk membicarakan masaalah pelik dan amat penting. Raut wajah dan pembicaraannya memperlihatkan bahawa ia sedang menghadapi masaalah rumit dan menyedihkan. Ia nampaknya tahu apa yang biasa menjadi bahasan dan kajian saya, khususnya berkenaan dengan masaalah penting itu. Ia memulai pembincaraannya dengan mengatakan:

“Kelmarin saya melakukan perjalanan menuju Jeddah. Pemandu saya memandu kereta dengan cukup laju. Tiba-tiba kedua mata saya menatap kearah langit. Ketika itu, nampak ada pemandangan yang betul-betul menakutkan saya. Ada sejumlah piring terbang dengan pelbagai warna. Rombongan piring terbang itu melaju cepat sekali di belakang komandannya. Mereka terbang dengan susunan indah bagaikan barisan pesawat terbang dengan kecepatan luar biasa.”

Saya bertanya: “Lalu, ke mana arah piring terbang itu?” Ia menjawab: "Saya melihat piring terbang itu datang dari arah Khulaish dan meyeberangi padang sahara dekat Makkah al-Mukarrammah menuju Jeddah.” [Khulaish adalah sebuah lembah subur yang terletak di sebelah utara Makkah al-Mukarrammah dengan jarak 100 kilometer. Di daerah itu terdapat sekitar tiga puluh kampung yang dihuni sekitar 30.000 penduduk. Di Khulaish itupun terdapat sekitar 500 selokan yang bersumber dari mata air besar untuk mengairi kebun. Di situ juga terdapat mata air Khulaish yang mengalirkan air berlimpah yang dapat mengalir sampai ke Jeddah.]

Saya katakan: “Menurut dugaan saya, piring terbang itu berasal dari Jeddah menuju Mesir.”

Lalu ia menegaskan: "Saya katakan kepada pemandu saya, “lihatlah ke langit sambil tetap berhati-hati mengendalikan kecepatan kereta.’ Setelah ia melihat apa yang saya lihat, nampak fikirannya kacau sekali.”

[CATITAN: Sejumlah pembaca telah membertahu saya bahawa mereka juga perna meyaksikan hal seperti itu. Bahkan, ada salah seorang di antara mereka yang mengkhabarkan kepada saya bahawa ia pernah melihat dengan jelas sebuah piring terbang pada tahun 1960-an bersama sejumlah mahasiswa Universiti Kairo. Tetapi, pemerintahan Jamal Abdul Nair tidak pernah memberi penjelasan lengkap dan memuaskan mengenai hal itu.]

Sebenarnya Syaikh Husian Arab adalah orang yang kuat pendirian, tulus, jujur, dan dapat dipercayai. Kerana kemuliaannya dipercayai oleh Raja Faisal untuk mewakilinya menyelesaikan pelbagai urusan. Namun, ia tidak mengetahui penafsiran apa yang dilihatnya, meskipun saya yakin bahawa ia menyakini apa yang di lihatnya. Yang dilihatnya itu adalah sesuatu yang luar biasa, dan bukan gejala alam sifat dan gerakannya tidak seperti biasa kita lihat dari sifat dan gerakan pesawat terbang, bahkan roket sekalipun, dimikian pula kapal laut.

Pembicaraan kami pada hari itu terpusat pada masaalah sekitar fenomena piring terbang yang menggemparkan dunia. Ketika itu saya belum memberitahukan kepadanya ehwal kajian saya tentang masaalah itu. Saya baru memberitahukannya di Kairo pada pertengahan bulan November 1990. Tepat pukul 04.30 pagi hari, piring terbang datang dari arah al-Ma’adi menuju daerah tempat berdirinya piramid.

Kebetulan ketika itu saya sedang membawa teleskop. Di samping kajian saya yang panjang mengenai misteri itu, saya melihat ketakutan ada pada orang yang mengingkari, lalu melihatnya di hadapannya. Piring terbang itu melaju dengan kecepatan luar biasa sambil mengeluarkan lampu isyarat terputus-putus berwarna hijau indah. Tidak ada suara. Piring terbang itu bagaikan bintang yang terlempar dari meriam kedap suara.