Ada teori moden untuk menjelaskan dan menafsirkan apa yang terjadi di Segitiga Bermuda. Teori itu menyatakan sebab semua itu adalah ruh-ruh yang diseksa di alam arwah, khususnya arwah orang-orang Negro yang teraniaya. Ada dua orang pengusir arwah yang menjelaskan bahawa terdapat jutaan ruh berkeliaran di daerah itu, iaitu sepuluh juta ruh orang Negro yang dilemparkan hidup-hidup ke laut, lalu dimakan ikan yu. Hal itu terjadi pada permulaan masa penghambaan di Amerika dan ketika mereka diangkut dengan kapal dari Afrika menuju Amerika.
Pencetus teori ini ialah seorang pakar psikologi Inggeris, Kennets Machol, mengatakan, “Kami menyebut kes ini dalam psikologi ‘lunacy syndrome’ yang biasanya menimpa orang-orang yang menderita ganguan mental (gila). Machol yakin bahawa arwah itu tidak suka menyakiti atau menakut-nakuti manusia. Tetapi, mereka berusaha menampakkan dirinya untuk memberitahu manusia bahawa mereka adalah arwah yang belum mati secara biasa. Lalu mereka menyentuh orang yang ruhnya sesuai dengan arwah mereka yang berkeliaran itu. Hal itu dibuktikan dengan anak kecil yang hilang dan berjalan-jalan tanpa dapat berbicara. Ketika itu, anak tersebut berusaha menarik perhatian orang-orang dewasa dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang nampak aneh bagi orang-orang dewasa. Sebab munculnya idea itu dalam fikiran Machol adalah adanya peristiwa aneh yang menimpanya dalam perjalanannya di Amerika untuk menyampaikan kuliah. Ketika kapal yang ditumpanginya beserta isteri dan pelancong yang lain berhenti dekat pantai akibat kerusakan pada ketel wap yang berhubungan dengan tongkat-tongkat pengerak, yang saat itu diperbaiki, ia mendengar suara nyanyian orang-orang Negro. Ia mengira bahawa sebahgian awak kapal yang terdiri atas orang-orang kulit hitam sedang menyanyi. Tetapi setelah diteliti, ia tidak mendapatkan bukti bahawa awak para kapal, sebahgian atau seluruhnya, sedang menyanyi, dan tidak terbukti ada alat perakam. Isterinya pun menyaksikan apa yang terjadi. Itulah sebab lahirnya teori itu, terutama ketika terbukti dalam sejarah bahawa para nakhoda kapal melempar beberapa orang Negro ke laut agar mati dan dimakan ikan yu tanpa alasan. Satu-satunya alasan adalah perusahaan insurans kadang-kadang membayar wang pengganti yang tinggi atas orang-orang Negro yang hilang, lebih tinggi dari harga jual orang-orang lemah itu. Di samping itu, para nakhoda melemparkan orang-orang yang sakit dan wanita hamil.
Selain itu, orang-orang Negro itu melompat sendiri ke laut kerana yakin bahawa kematian dalam kemerdekaan lebih utama daripada hidup dalam penghambaan yang hina. Para ahli sejarah yang terpercaya menegaskan bahawa jumlah keseluruhan orang-orang Negro yang dilemparkan hidup-hidup untuk dimakan ikan mencapai sepuluh juta orang. Jumlah itu mendekati jumlah mereka yang dikubur hidup-hidup di daratan kerana penginiayaan dan kesewenang-wenangan.
Yang menarik dalam hal ini ialah bahawa Machol, bekas pendeta dan doctor, menulis do’a khusus untuk menerangkan arwah itu, bukan untuk mengusirnya. Sebab, ia yakin bahawa arwah itu memerlukan belas kasihan dan ketenangan, dan tidak perlu ditakuti. Machol , 67 tahun, yakin bahawa pembacaan do’anya akan memperbaiki keadaan, terutama setelah ia mencuba do’a atau jampinya pada 600 kes di seluruh dunia.
Jadi, pada Segitiga Bermuda harus dibacakan do’a Machol. Tetapi Machol menolak untuk pergi ke sana dengan alasan pelbagai kesulitan yang dihadapinya. Kerana penyakit-penyakit yang di deritainya. Akan tetapi, pendeta Oumand, pencetus teori yang sejalan dengan Machol, telah memutuskan untuk pergi ke daerah terjauh di Segitiga Bermuda di mana ia tidak akan tertimpa bahaya atau hilang. Oumand adalah pendeta yang telah pencen. Ia berpengalaman dalam peristiwa-peristiwa aneh . konon, ia adalah ahli bedah rohani. Ia pernah mengusir arwah dari tubuh beberapa orang, haiwan, dan bangunan-banguan. Baru-baru ini, Oumand pernah menjampi Segitiga Bermuda. Hasilnya nihil. Bahkan setelah itu, terjadi kehilangan yang lebih besar.

No comments:
Post a Comment