Thursday, March 31, 2011

Samb: ke 4 Hakikat Kedua

Di samping itu, terdapat kemungkinan pembuatan piring terbang dari kepingan besi dengan daya magnet dalam tingkat tertentu, atau dari besi magnet sebagai mainan tetapi diberi sentuhan seni yang tinggi. Setelah itu, dibuat pesawat yang tidak seorang pun mendahului Dajjal dalam perbuatannya. Walaupun kekufuran dan kesesatannya, ia mengetahui dengan baik “rahsia besar” dalam firman Allah dalam surah al-Hadid: “Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu), dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya pada hal Allah tidak dilihatnya sesungguhnya Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa (Erti Surah al-Hadid: 25). Di antara keanehan zaman ialah bahawa musuh-musuh Islam telah maju dalam pengolahan besi dan penggunaannya dalam membantu kebatilan-kebatilan mereka. Tidak aneh pula jika musuh Islam lebih maju dalam penggunaannya untuk menipu dan menguasai manusia. Pada saat yang sama, jika kaum Muslim yang ikhlas menggunakan bahan seperti ini dengan seluruh kekuatan, keyakinan, keunggulan, dan penemuan-penemuan yang dicipta si laknat ini. Selain itu, Dajjal dan para ilmuwannya dapat menggunakan logam timah dan emas dalam beberapa pelapisan dan perlatan dalam piring terbang. Untuk menyakinkan orang-orang Barat bahawa piring-piring terbang dapat dibuat di bumi, kini sekelompok orang yang tertarik bekerja di Budolask dekat Moskow sejak beberapa tahun lalu hingga kini. Mereka mengkaji rekabentuk piring terbang atau, lebih tepat disebut, kenderaan udara yang memiliki sifat-sifat piring terbang.

Salah seorang perancang yang tidak menyebutkan identitinya menjelaskan kepada seorang wartawan, seorang Sweden “Tidak diragukan lagi bahawa tujuannya ialah mengalihkan pandangan dari kepastian fizik moden.” [CATITAN: Pernah saya katakan sebelum ini bahawa dunia fizik dan rahsianya merupakan ilmu hakiki yang sesuai dengan realiti dan berdasarkan penemuan pelbagai hukum atau aturan yang disebarkan dan diterapkan Allah pada makhluk-Nya. Ilmu ini dapat melahirkan pelbagai keajaiban dan keanehan yang diakui oleh orang awam sebagai sihir. Dajjal ternyata dapat menjadikan perhitungan dan langkah-langkah atau strategi yang dibolak-balikkannya ke atas segala arah. Tampaknya, ia mampu membandingkan pelbagai benda atau unsur yang tidak mempunyai kemiripan atau kedekatan sehingga ia menemukan pelbagai kunci benda-benda lain. Kerana itu, ia tertipu oleh ilmunya dan tergila-gila dengan kemampuan dirinya. Ia berani membuat manusia tiruan. Ia berusaha membuat makhluk yang menyerupai makhluk ciptaan Allah dan berusaha mengetahui hakikat hidup dan kehidupan. Tetapi, bagaimanapun, hal itu tidak akan dapat dilakukannya. Bukankah sains moden pun sampai sekarang belum pernah dan tidak akan pernah mampu membuat seekor lalat sekalipun? Sains juga tidak mampu menciptakan seekor semut atau kupu-kupu atau benda apapun yang lebih kecil darinya. Untuk mencipta makhluk sekecil apapun, ternyata akal manusia betapapun geniusnya tidak berdaya. Bagaimanapun, mustahil akal manusia dapat menciptakan makhluk yang sepertinya, dengan memberikan kemampuan hidup, bergerak, berkembang biak, atau mempunyai naluri, ilham, dan perasaan, serta peringkat hidup yang lain yang tidak terhitung, tetapi dapat diciptakan Allah dengan sangat mudah dan sangat menakjubkan. Dajjal tetap tidak mampu menciptakan makhluk seperti ciptaan Allah s.w.t. .Sebab, dalam segala penemuannya, ia bersandar kepada pelbagai undang-undang atau rumus-rumus Ilahiah yang tidak mampu diluruskannya dan tidak sanggup digantinya. Sebab, rumusan-rumusan atau tata aturan itu diciptakan Allah, dan seluruh ciptaan Allah tidak boleh diubah-ubah. Jadi, sesungguhnya peranan Dajjal tidak lebih dari sekadar peranan yang biasa dimainkan manusia yang mempunyai akal dan kemampuan untuk melakukan pelbagai penciptaan dan penemuan baru. Ia hanya sekadar menundukkan pelbagai rumusan atau tata aturan yang telah ada dan bukan menciptakannya, meski yang dilakukannya ini melebihi kejayaan manusia lain. Akan tetapi, pada akhirnya, ia sendiri tunduk dan mengikuti tata aturan dan hukum-hukum yang tidak mampu diciptakannya sendiri. Semuanya ini berupa hukum-hukum yang tidak sanggup dikuasai oleh manusia kecuali dengan kemampuan yang dianugerahkan Allah. Dan yang demikian itu hanya merupakan satu sudut terkecil dari makhluk Allah di dunia ini, yang tidak mempunyai makna apa pun dibandingkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah yang lebih luas dari semuanya itu. Benarlah orang yang mengatakan: “Sesungguhnya sains atau ilmu pengetahuan tanpa keimanan akan pincang dan keimanan tanpa ilmu pengetahuan juga kan buta.”]

Bersambong…



No comments:

Post a Comment