Friday, July 1, 2011

Solat-solat Sunat Syaaban Malam Pertama, Ke-2 dan ke-3A

SEMBAHYANG MALAM PERTAMA

Lafaz niat: Ussalli rak’ataini sunnatan lilliahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebelas kali. Dalam riwayat lain, lima belas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala 12 ribu syahid, menuliskan untuknya ibadah 12 tahun, membersihkannya dari dosa-dosanya sebagaimana ia baru lahir dari rahim ibunya.

Sabdanya lagi:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam pertama di Syaaban dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebanyak tiga puluh kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam ia berdoa:

Allahumma haazihi ‘ahdii ‘indaka iila yaumil qiamah.
Ertinya: Ya Allah, ini adalah janjiku sampai hari kiamat.

Maka ia akan dipeliharakan dari iblis dan parajuritnya, dan Allah akan memberinya pahala para shiddiqin.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
Disunatkan berpuasa pada hari pertama bulan Syaaban maka ia berhak mendapat syurga.

Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, beribadah di malamnya dan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menghalau darinya kejahatan penghuni langit dan bumi, kejahatan iblis dan pasukannya dan kejahatan penguasa yang zalim. Demi Yang mnegutusku sebagai Nabi dengan kebenaran, Allah mengampunkan 70 ribu dosa besarnya antara dia dan Allah, dan Allah menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Subhanallah! Maha Suci Tuhan yang mencipta sekelian alam dan demi kebesaran-Nya , Allah menjadikan dan mencipta segala sesuatu untuk hambaNya menebus segala kekhilafan dan dosa yang dilakukan dari kealfaan dan kejahilan makhluk insan yang bernama manusia di dunia ini.

Buat! Jangan tak buat peluang hanya datang setahun sekali… itu pun jika kita dipertemukan pada tahun- tahun yang akan datang.

SEMBAHYANG MALAM KE-2 DAN KE-3

Lafaz niat dan solat sunat sama seperti malam pertama. Berpuasa tiga hari pada awal Syaaban dan sembahyang dua rakaat pada malamnya, dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah akan menghalau darinya kejahatan makhluk di langit dan dibumi, kejahatan ilbis dan tenteranya, kejahatan seluruh penguasa yang zalim. Serta menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sabda Nabi s.a.w berkenaan dengan malam ketiga:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, maka Allah akan membuka baginya di hari kiamat lapan pintu syurga dan menutup untuknya tujuh pintu neraka serta memakaikannya seribu mahkota.

Aarrr… apakata kita lakukan solat-solat sunat, 3 malam pada awal Syaaban ni? Kalau didunia kita miskin, biarlah di akhirat kita kaya.. tapi nak dapat kekayaan tu kena usaha siket lah! Hmmm .. tak pakai modal puuun, hanya perlu sedikit masa dan tenaga.
Nekwan cadangkan, kita buat secara beramai-ramai, kalau buat seorang diri … mungkin tak bersemagat kot! Jom! Kita meriahkan bersama. Lagipun bukan sepanjang bulan ni kita nak kena buat kan? Boleh buat pilihan yang mana kita mampu.

No comments:

Post a Comment