Saturday, June 4, 2011

Solat Sunat Rejab malam ke – 3, 4 dan 5

SEMBAHYANG MALAM KE - 3


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala.

Ertinya: “Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah ta’ala”.


Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan diikuti dengan surah an-Nashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga. Lalu terdengar panggilan: "Berikanlah khabar gembira bagi wali Allah bahawasanya mereka dikurniai dengan kerahmatan”.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Sabda Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan sembahyang hari ke -3:


Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat di hari ketiga bulan Rejab dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan membaca surah, maka Allah akan memberinya ganjaran yang tidak dapat digambarkan oleh orang yang ingin mengambarkannya.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE-4


Lafaz niat seperti biasa.Rasulullah s.a.w. bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang seratus rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah al-Falaq pada rakaat pertama. Kemudian membaca surah al-Fatihah dan dilanjutkan dengan surah an-Nas pada rakaat kedua, dan begitulah seterusnya untuk setiap dua rakaat selanjutnya. Maka turunlah malaikat-malaikat dari setiap langit dan mencatit pahalanya sampai hari kiamat, ia akan dibangkitkan dengan wajah bagai bulan purnama, kitabnya akan diberikan ketangan kananya dan hisabnya dimudahkan.


Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.



SEMBAHYANG MALAM KE -5


Lafaz niat sebagaimana biasa.Rsulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa mengerjakan sembahyang enam rakaat pada malam ini dengan membawa surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan memberinya pahala empat puluh Nabi, empat puluh shidiq dan empat puluh syahid serta ia akan berjalan di shiratal mustaqim bagaikan kilat yang terang dengan mengenderai kuda dari cahaya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, dengan sekali salam.

1 comment:

  1. Solat malam kelima ni bagus dan patut buat!

    melabur saham akhirat.. untuk persediaan diri sendiri jugak! tak pakai modal punnn... cuma begi siket masa di tikar sejadah dan keikhlasan.

    ReplyDelete