Sunday, July 17, 2011

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Para Muslimah Al-Wardah dan Wanita Umno Wangsa Maju bersama membuat kunjungan ke Melaka, ini bukan jalan-jalan cari makan! Tapi.. jalan-jalan cuci mata, melihat kesan-kesan sejarah yang di tinggalkan oleh pejuang dan pemerintah zaman dulu.

Disinilah pertemuan diantara pedagang- pedagang dari China dan India yang telah bermastautin dan menetap di Melaka memperhambakan diri sebagai hamba rakyat Sultan Melaka pada masa itu.

Dan di bumi Melaka ini juga, mulanya agama Islam dan berkembang hingga keseluruh Persekutuan Tanah Melayu, agama Islam yang dibawa oleh pendakwah dan ulama-ulama dari Aceh dan Masai. Mereka menetap sebagai warga negara dengan kerakyatan Malaya.

Di sini, lahirnya Hang Tuah pahlawan terbilang negeri Melaka, di Melaka ini juga terhimpunnya sejarah kesultanan dan agama Islam. Di bumi Melaka ini lahirnya satu bangsa yang di gelar bangsa Malaysia. Cina, Melayu, India dan Portugis, bernaung di bawah satu bendera 1 Malaysia.

Arrr.. panjang celoteh nekwan! Ini dari pengetahuan nekwan yang tak seberape jeee.. selebihnya kena rujuk di Mazium Negara dan Arkib sejarah….

Nekwan amat bangga dan berterima kasih dengan kerajaan Negeri Melaka yang memelihara khazanah-khazanah peninggalan sejarah yang sangat berharga, untuk generasi akan datang
Nekwan lihat setiap inci bumi Melaka di selimuti dengan kesan-kesan sejarah.
Hanya sejarah ini yang akan mengenalkan bangsa kita dan kemartabatan Melayu pada generasi-generasi akan datang.




Inilah gambaran sungai Melaka di zaman dulu.



Gambaran Kapal Samudra kepunyaan Portugis sewaktu mereka datang untuk menjajah Tanah melayu, besar kapal ini bersaiz tiga kali ganda besarnya dari apa yang dilihat yang terdampar di tengah-tengah bandar Melaka ini.



Inilah bentuk senjata-senjata yang digunakan oleh Portugis menyerang Melaka


Thursday, July 14, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-16, Ke-17 dan Ke-18

SEMBAHYANG MALAM KE-16


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi sekali dan surah al-Ikhlas15 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya seperti yang diberikan-Nya kepadaku atas kenabianku dan membangunkan untuknya seribu istana di syurga.

SEMBAHYANG MALAM KE-17


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 71kali pada setiap rakaatnya, lalu setelah selesai solat ia beristighfar kepada Allah 70 kali, maka ia tidak akan bangun dari tempatnya melainkan Allah telah mengampuninya dan tidak akan menulis kesalahan-kesalahannya.

SEMBAHYANG MALAM KE-18


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang sepuluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan
mengabulkan apa pun yang dimintaya pada malam itu. Andainya ia dicipta sebagai orang yang malang, Allah akan mengubahnya menjadi bahagia, jika ia mati di saat itu, ia dianggap mati syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Solat malam ke-18 ni elok! untuk sesiap yg nak berubah! tak payah laaa nak pegi buat benda-benda yang di murkai Allah! arrr.. tengok tu! kalau yang malang tu Allah tukarkan jadi bahagia.. betapa besar menafaatnya... jangan buat perkara-perkara yang melibatkan dengan penipuan dan syirik!. Insyaalah! Allah itu Maha Pennyayang.


Wednesday, July 13, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-13, Ke-14 dan Ke-15

SEMBAHYANG MALAM KE-13


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah at-Tin pada rakaatnya, maka ia seperti telah membebaskan dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail, tersuci dari dosanya seperti saat ia baru lahir dari tahim ibunya, dan Allah s.w.t. akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan Ibrahim a.s.

SEMBAHYANG MALAM KE-14

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menuliskan untuknya pahala orang-orang yang sembahyang dari Nabi Adam sampai Hari Kiamat, membangkitkannya dengan wajah yang lebih bercahaya daripada matahari dan bulan dan mengampuni dosa-dosanya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-15


Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah.s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat antara Magrib dan Isyak pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sepuluh kali, dalam riwayat lain sebelas kali pada setiap rakaatnya, lalu setelah selesai sembahyang ia membaca :

Ya rabbi ighfirli Ertinya; Ya Tuhan ,ampunilah kami (10 kali)

Ya Rabbi irhamna Ertinya: Ya Tuhan, rahmatilah kami (10 kali)

Ya Rabbi tub’alaina Ertinya: Ya Tuhan, terimalah taubat kami. (10 kali)

Dan membaca sutah al-Ikhas dua puluh satu kali, kemudian dilanjutkan dengan membaca:
Subhanallazi yuhyi mauta wayumiitu ahyaa wahuwa ‘ala qullisyai inkadir.

Ertinya: maha Suci Dia Yang menghidupkan yan mati dan mematikan yang hidup, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Allah s.w.t. akan mengabulkan dosanya, memenuhi keperluannya di dunia dan akhirat, memberikan kitabnya pada tangan kanannya dan ia akan selalu dalam penjagaan Allah hingga tahun depan.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

Monday, July 11, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-10, Ke-11 dan Ke-12

SEMBAHYANG MALAM KE-10

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan Ayat Kursi sekali dan surah al-Kauthar tiga kali pada setiap rakaatnya maka Allah s.w.t. akan memerintahkan para malaikat-Nya untuk menuliskan baginya seratus ribu kebajikan, mengangkatnya seratus ribu darjat, dan membukakan untuknya seratus ribu pintu syurga yang tidak akan ditutup selamanya, serta memberikan ampunan untuknya, dan untuk orang tuanya dan tetangganya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-11

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang lapan rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Kafirun sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka demi yang mengutuskan aku dengan hak sebagai Nabi, tidak ada yang mengamalkannya kecuali ia seorang mukmin yang sempurna imannya dan Allah akan memberinya taman di syurga sebanyak yang dikerjakannya .

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-12


Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah at-Takathur sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya selama empat puluh tahun, mengangkatnya empat puluh darjat seta 40 ribu malaikat memintakan ampunan untuknya dan baginya pahala orang yang mendapat Lailatul Qadr.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Tuesday, July 5, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-7, Ke-8 dan Ke-9

SEMBAHYANG MALAM KE-7

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas seratus kali pada rakaat yang pertama dan pada rakaat kedua, membaca al-Fatihah sekali dan di lanjutkan dengan Ayat Kursi sebanyak seratus kali, maka Allah s.w.t. akan mengabulkan doanya, memenuhi hajatnya, menuliskan baginya pahala syahid setiap hari dan ia tidak akan pernah melakukan kesalahan lagi.

SEMBAHYANG MALAM KE-8

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan ayat Amanar-Rasul sampai akhir surah al-Baqarah dan surah al-Ikhlas lima belas kali pada rakaat pertama, dan pada rakaat kedua bacalah al-Fatihah sekali dan ayat terakhir surah al-Kahfi sekali dan al-Ihlas lima belas kali pada seyiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. tidak akan mengeluarkannya dari dunia ini , kecuali ia suci, sekalipun dosanya lebih banyak daripada buih di lautan, dan seakan-akan ia telah membaca Taurat, Injil Zabur dan Furqan (al-Quran).

SEMBAHYANG MALAM KE-9

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Fath sebanyak sepuluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan mengharamkan jasadnya dari api neraka dan memberinya untuk setiap ayat yang dibacanya pahala dua belas syahid Badar dan pahala ulama.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.


Arrr… solat sunat malam ke 9 ni boleh buat, 4 rakaat jeer…

Monday, July 4, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-4, Ke-5 dan Ke-6

SEMBAHYANG MALAM KE-4


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menuliskan untuknya setiap rakaat yang di lakukan pahala beribu-ribu tahun, membangunkan untuknya setiap surah yang di bacanya beribu-ribu kota dan memberinya pahala beribu-ribu syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-5


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima ratus kali pada setiap rakaatnya, setelah salam ia membaca selawat tujuh puluh kali, maka Allah s.w.t. akan memberinya kota di syurga sebanyak jumlah bintang di langit.



SEMBAHYANG MALAM KE-6


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menempatkan rohnya dalam kebahgian dan meluaskannya dalam kubur, serta ia keluar dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama seraya berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Friday, July 1, 2011

Solat-solat Sunat Syaaban Malam Pertama, Ke-2 dan ke-3A

SEMBAHYANG MALAM PERTAMA

Lafaz niat: Ussalli rak’ataini sunnatan lilliahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesiapa mengerjakan sembahyang dua belas rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebelas kali. Dalam riwayat lain, lima belas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah s.w.t. akan memberinya pahala 12 ribu syahid, menuliskan untuknya ibadah 12 tahun, membersihkannya dari dosa-dosanya sebagaimana ia baru lahir dari rahim ibunya.

Sabdanya lagi:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam pertama di Syaaban dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sebanyak tiga puluh kali pada setiap rakaatnya. Setelah salam ia berdoa:

Allahumma haazihi ‘ahdii ‘indaka iila yaumil qiamah.
Ertinya: Ya Allah, ini adalah janjiku sampai hari kiamat.

Maka ia akan dipeliharakan dari iblis dan parajuritnya, dan Allah akan memberinya pahala para shiddiqin.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
Disunatkan berpuasa pada hari pertama bulan Syaaban maka ia berhak mendapat syurga.

Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, beribadah di malamnya dan sembahyang dua rakaat dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menghalau darinya kejahatan penghuni langit dan bumi, kejahatan iblis dan pasukannya dan kejahatan penguasa yang zalim. Demi Yang mnegutusku sebagai Nabi dengan kebenaran, Allah mengampunkan 70 ribu dosa besarnya antara dia dan Allah, dan Allah menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

Subhanallah! Maha Suci Tuhan yang mencipta sekelian alam dan demi kebesaran-Nya , Allah menjadikan dan mencipta segala sesuatu untuk hambaNya menebus segala kekhilafan dan dosa yang dilakukan dari kealfaan dan kejahilan makhluk insan yang bernama manusia di dunia ini.

Buat! Jangan tak buat peluang hanya datang setahun sekali… itu pun jika kita dipertemukan pada tahun- tahun yang akan datang.

SEMBAHYANG MALAM KE-2 DAN KE-3

Lafaz niat dan solat sunat sama seperti malam pertama. Berpuasa tiga hari pada awal Syaaban dan sembahyang dua rakaat pada malamnya, dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sebelas kali pada setiap rakaatnya. Maka Allah akan menghalau darinya kejahatan makhluk di langit dan dibumi, kejahatan ilbis dan tenteranya, kejahatan seluruh penguasa yang zalim. Serta menghalau darinya azab dan seksa kubur.

Sabda Nabi s.a.w berkenaan dengan malam ketiga:

Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, maka Allah akan membuka baginya di hari kiamat lapan pintu syurga dan menutup untuknya tujuh pintu neraka serta memakaikannya seribu mahkota.

Aarrr… apakata kita lakukan solat-solat sunat, 3 malam pada awal Syaaban ni? Kalau didunia kita miskin, biarlah di akhirat kita kaya.. tapi nak dapat kekayaan tu kena usaha siket lah! Hmmm .. tak pakai modal puuun, hanya perlu sedikit masa dan tenaga.
Nekwan cadangkan, kita buat secara beramai-ramai, kalau buat seorang diri … mungkin tak bersemagat kot! Jom! Kita meriahkan bersama. Lagipun bukan sepanjang bulan ni kita nak kena buat kan? Boleh buat pilihan yang mana kita mampu.