Monday, July 4, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-4, Ke-5 dan Ke-6

SEMBAHYANG MALAM KE-4


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat puluh rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menuliskan untuknya setiap rakaat yang di lakukan pahala beribu-ribu tahun, membangunkan untuknya setiap surah yang di bacanya beribu-ribu kota dan memberinya pahala beribu-ribu syahid.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat setiap dua rakaat dengan sekali salam.


SEMBAHYANG MALAM KE-5


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima ratus kali pada setiap rakaatnya, setelah salam ia membaca selawat tujuh puluh kali, maka Allah s.w.t. akan memberinya kota di syurga sebanyak jumlah bintang di langit.



SEMBAHYANG MALAM KE-6


Lafaz niat seperti biasa


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh kali pada setiap rakaatnya, maka Allah s.w.t. akan menempatkan rohnya dalam kebahgian dan meluaskannya dalam kubur, serta ia keluar dari kuburnya dengan wajah bagaikan bulan purnama seraya berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.

No comments:

Post a Comment