Wednesday, July 13, 2011

Solat Sunat Syaaban Malam Ke-13, Ke-14 dan Ke-15

SEMBAHYANG MALAM KE-13


Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah at-Tin pada rakaatnya, maka ia seperti telah membebaskan dua ratus hamba keturunan Nabi Ismail, tersuci dari dosanya seperti saat ia baru lahir dari tahim ibunya, dan Allah s.w.t. akan membebaskannya dari api neraka serta mengakrabkannya dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan Ibrahim a.s.

SEMBAHYANG MALAM KE-14

Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ashr sebanyak lima kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan menuliskan untuknya pahala orang-orang yang sembahyang dari Nabi Adam sampai Hari Kiamat, membangkitkannya dengan wajah yang lebih bercahaya daripada matahari dan bulan dan mengampuni dosa-dosanya.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

SEMBAHYANG MALAM KE-15


Lafaz niat seperti biasa

Rasulullah.s.a.w. bersabda:
Sesiapa mengerjakan sembahyang empat rakaat antara Magrib dan Isyak pada malam ini dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan dilanjutkan dengan surah al-Ikhlas sepuluh kali, dalam riwayat lain sebelas kali pada setiap rakaatnya, lalu setelah selesai sembahyang ia membaca :

Ya rabbi ighfirli Ertinya; Ya Tuhan ,ampunilah kami (10 kali)

Ya Rabbi irhamna Ertinya: Ya Tuhan, rahmatilah kami (10 kali)

Ya Rabbi tub’alaina Ertinya: Ya Tuhan, terimalah taubat kami. (10 kali)

Dan membaca sutah al-Ikhas dua puluh satu kali, kemudian dilanjutkan dengan membaca:
Subhanallazi yuhyi mauta wayumiitu ahyaa wahuwa ‘ala qullisyai inkadir.

Ertinya: maha Suci Dia Yang menghidupkan yan mati dan mematikan yang hidup, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Allah s.w.t. akan mengabulkan dosanya, memenuhi keperluannya di dunia dan akhirat, memberikan kitabnya pada tangan kanannya dan ia akan selalu dalam penjagaan Allah hingga tahun depan.

Sembahyang ini dilakukan dengan dua-dua rakaat, setiap dua rakaat sekali salam.

No comments:

Post a Comment