Thursday, January 20, 2011

Bersanta Di Hujung Minggu Ke Mid Valley


Melihat kesibukkan orang ramai membeli belah dan bersiar layar di kawasan Mid Valley.
Hmmm… macam-macam kerenah dan cara berpakaian yang nekwan lihat disini, hampir tiga jam Nekwan duduk di pinggir air pancutan di perkarangan kawasan Mid Valley. Sambil perhatikan cucu nekwan yang berlari kesana kesini dengan penuh kegembiraan.

Budak-budak sekarang yang remaja-remaja ni tidak lansung segan silu mengenakan pakaian yang menjolok mata, mendedahkan dada hingga tersembul…. Dan ada pulak yang berskirt pendek sampai boleh nampak pakaian dalam! Eiiiiii… dimanakah letaknya nilai diri wanita wahai anak cucu sekelian?

Aduuhhh… memanglah korang ni nak mintak di rogol! Kalau kena jenayah yang begitu! Salahkan perogol! Tapi… kita yang beri laluan dan buka peluang untuk mereka? Hmmmm.. ni mesti orang yang tak lurus… wanita peraga kot!?! sebab pasangan yang mereka kepit itu orang asing!
Ada jugak yang bertudung litup! Tapi seluar jean mereka…Na’uzbillah! Sendat! padat! Semua nye nampak! Sama jugak macam tak pakai seluar, Cuma warna asal jeer tak nampak! Saiz besar dan alur dalamnya… ishk! Ishk! Ishk! Astaghfirullah ‘al ‘azimmm….

Nampaknya ramai remaja-remaja yang memakai tudung, bukan kerana tuntutan Islam itu sendiri!? Tetapi, ianya adalah fasyen semata-mata, sayang! Bagi yang menyalah gunakannya…Ingatlah! Kita yang memakai, orang lain yang melihat, dosanya… dua-dua dapat! yang memakai dah tentu-tentu laa dosanya, yang melihat pula? terperangkap dalam dosa zina mata.

Dalam sifat manusia, tak ada orang yang akan menghindari dan melarikan pandangan mereka dari perkara-perkara yang terlarang. Malah seronok! untuk melihat terus, Kerana disitulah nikmat yang dijanjikan oleh syaitan dan mendorong kita kejalan maksiat.

Ada beberapa keping gambar yang nekwan snap! Tapi agak kabor.. maklumlah candid camera… he he he atau lebih jelas lagi, gamba curiiiiii… gambar-gambar yang keterlaluan dah kena cencor… tak boleh siarkan wajah mereka, nanti jatuh pada kategori pengaiban… nekwan tegur ni bukan nak mengaibkan sesiapa tapi menyedarkan yang terlupa. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment