Perhatikanlah, dengarkanlah baik-baik, fikirkanlah, dan renungkanlah! Sesungguhnya dialog antara Nabi Musa dengan Allah s.w.t. tidak berhenti pada kalimat “Dan mereka telah disesatkan oleh Samiri”, tetapi masih ada dialog penyempurnaan setelah itu dalam masaalah dan kesempatan yang sama. Ini disebabkan gaya bahasa Al-Qur’an menggunakan kata iltifat (berpalingnya rujukan dari orang kedua ke orang ketiga atau sebaliknya dalam dialog- penterjemahan) untuk mengajak bicara kepada kita mengenai pelbagai peristiwa tertentu kemudian diakhiri dengan sesuatu yang merupakan sisa dialog. Musa pun berkewajipan menyampaikan pesan Tuhan itu tanpa penambahan atau pengurangan, juga tanpa pengaruh apapun dari dirinya sendiri. Sebab, keadaannya tidak seperti keadaan Bani Israel yang tidak bertaubat, melainkan saling berbunuhan.
Kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan membawa kemarahan besar, penyesalan, dan perasaan dongkol. Ia harus bergabung dengan tujuh puluh orang pilihan untuk memenuhi panggilan Tuhan. Mereka meminta alasan kepada Nabi Musa, sekembalinya dari memenuhi panggilan Tuhannya, bahawa mereka terpaksa tinggal bersama Harun yang menggantikannya yang ditinggalkan Musa untuk menemani Bani Israel. Mereka mengatakan:
“Ia memperingatkan kaum kami sebelum kami memperingatkan mereka untuk tidak kufur dan menyekutukan Allah s.w.t. Harun berkata kepada mereka: “Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cubaan dengan anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) Yang Maha Pemurah, maka ikutilah aku dan taatilah perentahku. Dan Musa adalah nabi dan rasul Allah yang diutuskan kepadamu yang memperingatkanmu dari segi ancaman fitnah, bahkan fitnah Dajjal. Boleh jadi, ia adalah Samiri ini. Musa memperingatkanmu bahawa Dajjal adalah pembuat fitnah yang ulung.
CATITAN: Para ulama tafsir Al-Qur’an berpendapat bahawa al Maw’id (perjanjian) yang di kecam Musa atas kaumnya ialah al-‘ahd, bukan perjanjian kedatangannya dari gunung Tursina. Tetapi, tidak ada salahnya jika dikenakan pada kedua makna tersebut. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui kebenarannya.
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa anak patung lembu itu tidak dapat memberi jawapan kepada mereka, dan tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka, serta tidak pula dapat memberi kemanafaatan?”
Mereka menjelaskan kepada Musa apa yang telah terjadi. Mereka berkata:

“Kami telah mengetahui bahawa kebanyakkan kaum itu mencuri rumah orang-orang Mesir dan membawa perhiasan emasnya sebagai curian atau pinjaman yang menjadi amanat. Ketika itu Musa Samirah berkata kepada mereka: “Akulah rasul utusan Tuhan yang sesungguhnya kepada kamu semua dan kepada Musa yang lupa pada Tuhannya ketika ia ada dihadapan-Nya, jika ia berfikir. Sesungguhnya, anak lembu inilah yang disembah oleh nenek moyang kita di Samirah. Ia dicuri oleh orang-orang Mesir dari kita, dan mereka menamai ‘anak lembu Ubays’. Sementara itu, orang-orang Mesir tidak tahu bahawa para dukun telah menipu mereka”.
Si laknat itu memberitahu mereka bahawa ia mampu memperlihatkan Allah jika mereka mempersembahkan emas dan segala apa yang mereka curi sebagai korban yang di masukkan ke dalam lubang atau diletakkan diatas batu.
Samiri mencuba mengumpulkan arkitek-arkitek ulung dan bersama mereka ia mencairkan emas dalam bejana dan mendinginkannya dengan air laut. Dari emas itu ia membuat patung anak lembu yang dipahat dan batu besar lalu dilemparkan kedalam emas yang telah cair. Lalu keduanya dipisahkan setelah didinginkan dengan air laut. Lalu masing-masing melemparkan perhiasannya.
Mereka memberitahu Musa Samirah bahawa sudah tidak ada lagi orang yang melemparkan perhiasan emasnya kerana telah habis. Lalu berdirilah Samiri. Dan demikian pula Samiri melemparkannya (Al-Qur’an). Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa yang digenggam Samiri adalah tinta basah dari Jibril. Dan bejana itu selalu disimpan dan dibawanya. Ia mengeluarkannya hanya pada waktu yang tepat.
(CATITAN: Dalam suatu riwayat dari kitab Tafsir karya Ibnu Jarir at-Tabari, ada suatu makna yang mendekati kebenaran maklumat yang penulis sebutkan dari pelbagai manuskrip yang sangat jarang ditemukan, yakni Jibril memang betul-betul telah mengurus dan mendidik Samiri. Dalam riwayat tersebut antara lain disebutkan:
“Samiri mengetahui Jibril kerana ibunya, ketika takut anak lelakinya akan disembelih, dan
meninggalkannya disuatu gua dan lalu menutup gua itu. Jibril suka mendatangi anak itu dan memberinya makanan dengan jemarinya. Anak itu mendapat air susu pada sebahgian jemari Jibril dan mendapat madu serta lemak pada jemari lainnya. Begitulah ia mengurusnya sampai tumbuh dewasa. Ketika ia bertemu dengan Jibril di laut tempat Fir’aun tenggelam, ia mengenalinya. Lalu ia menggenggam jejak kudanya.”
Dengan demikian, riwayat itu mengisytiharkan kepada kita bahawa sebenarnya ada banyak riwayat yang mengatakan bahawa Jibril memang pernah mengurus dan mendidik Samiri di masa kecilnya. Hanya saja, ehwal bahawa ia melihat Jibril dan kudanya nampaknya perlu dikaji ulang. Kerana ia bukan nabi, maka hal itu tidak benar. Wallahu a’lam.)
Tiba-tiba seekor lembu yang sempurna bentuknya berada di depan mereka. Tubuhnya besar bagaikan Dinosaurus dan semua anggota tubuhnya nampak berdenyut. Bahkan ia dapat bersuara seakan-akan memanggil mereka untuk tunduk kepadanya, dan mengisytiharkan bahawa Samiri adalah rasulnya yang diutus kepada mereka. Lalu mengisyaratkan kepada mereka supaya segera rukuk pada patung lembu itu. Mereka pun mulai rukuk, kecuali Harun dan Yusya’ bin Nun, yang masih kecil itu, serta orang-orang yang mengikhlaskan hatinya kepada Allah.

Bersambong….
No comments:
Post a Comment