Salam,
Untuk kali ini, nekwan ingin nak kongsi cerita berkenaan kisah Dajjal dan asal usul serta keturunannya. Kisah Dajjal ini, nekwan baca dari buku “ DAJJAL Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segi Tiga Bemuda.
Tujuan nekwan membentangkan kisah ini, semata-mata untuk pengetahuan anak cucu nekwan. Yang mana kebanyakkan anak cucu nekwan kurang suka membaca buku dan rajin pula membaca melalui internet sehingga lewat malam. Melalui membaca, yang kurang bijak menjadi pandai dan berilmu. Malah Rasulullah s.a.w. sendiri pun menyuruh umatnya membaca. “Iqrok” dan bacalah!
Bismilah hirahman nirrahim
Bermula dari penulis yang menulis dan yang menterjemahkan buku ini. Penulis menyedari bahawa tajuk di atas ini terlalu panjang dan tidak sesuai dengan kebiasaan para penulis dan wartawan, kecuali menurut hemat mereka jika terpaksa. Tetapi…. Memang begitulah yang diinginkan sebagai tajuknya. Nampaknya, tajuk tersebut memaksa penulis ini menulis seperti itu. Mungkin itulah yang sesuai dengan peri kehidupan Dajjal yang sangat panjang dan berliku-liku, yang membentangkan dari satu abad kesatu abad yang lain.
Perjuangan memerangi Dajjal sudah tiba waktunya. Bukankah kita merindukan dan mengharapkan berakhirnya fitnah besar dan berakhirnya kehidupan Dajjal yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mencelakakan umat Islam serta menggerakkan boneka dengan penuh kecerdikkan dibelakang layar?
Penulis sedar bahawa apa yang penulis tulis ini berkat kurnia Allah s.w.t. belum pernah di tulis oleh orang lain. Namun hal itu tidak bererti bahawa penulis adalah saorang pemikir handal atau penulis genius. Penulis hanya menulis buah kajian, renungan dan hasil bacaan pelbagai literatur disamping hasil olahan batin. Yang penulis tulisan ini hanya sekadar usaha penyebaran maklumat yang tidak boleh penulis pastikan kebenarannya.
Sekarang kita berada disuatu negeri bernama Samirah dalam perjalanan kilas balik untuk sementara. Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan jadi sebuah negara besar pada masa Daud dan sesudahnya, bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani Israel warisan Nabi Sulaiman. Hal ini berdasarkan segi masa kelahiran Nabi Musa yang kira-kira satu abad sebelumnya.
Dari saorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza setelah tiga puluh satu tahun perkahwinan, lahirlah saorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagimana digambarkan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. “ kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga” (Dalam Musnad Imam Ahmad, terdapat Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinannya selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka saorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling berbahaya dan paling sedikit menafaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga” )
Sambong...
No comments:
Post a Comment