Saturday, April 2, 2011

Hakikat Ketiga

Para kelasi piring terbang adalah manusia biasa, bagaimanapun rapi penyamarannya. Maksud saya para kelasi piring terbang itu adalah manusia biasa yang diculik Dajjal sejak kecil atau yang dilahirkan di bentengnya. Mereka dibiasakan berbicara dengan dialek dan bahasa asing yang tidak kita kenali.

Dajjal semoga Allah mengutuknya mengetahui sejumlah bahasa kuno dan moden, yang masih hidup dan yang sudah punah. Ia bersama para ahli bahawa menyusun bahasa khusus untuk pengikutnya berdasar bahasa Sanskrit kuno. Selain itu, bahasa itu adalah bahasa isyarat, sehingga kalau ada dua orang bertemu, masing-masing tidak akan memahami bahasa yang lainnya dari pengikunya. Bahasa itu merupakan tanda perbezaan khusus, dan dengannya pintu-pintu terbuka.

Di dalam peristiwa jurutera Daniel Fry, ia menegaskan bahawa ia tidak melihat seorang kelasi pun dalam perjalanannya dengan piring terbang. Akan tetapi, suara yang diucapkan tidak lain dan tidak bukan, adalah suara manusia. Bahkan, dengan tegas ia berkata:

Saya sangat yakin dengan suara itu. Saya yakin bahawa ia adalah manusia biasa seperti saya, walaupun ia menyakinkan saya bahawa ia berasal dari planet lain. Saya tidak ragu sedikitpun bahawa saya ditemani seorang mausia, namun ia lebih genius dari saya.”

Berkenalan dengan pengalamannya yang peribadi, Oscar Linkeh, bekas Datuk Bandar Gleimershausen Bei Meiningen, Jerman, menjelaskan setelah diambil sumpah bahawa ia dan puterinya melihat sebuah piring terbang dekat batas pemisah dua Jerman, menetap di bumi di sekitar tanah kosong di hutan. Jelas bahawa piring terbang itu dicat aluminium yang mengkilap dan halus. Di depan pengadilan ia mengaku:

“Saya dan puteri saya bersembnyi di belakang bukit kecil. Maka kami melihat dua tubuh yang tinggi sekitar 1.20 meter. Keduanya memakai pakaian panjang yang berkilat bagaikan perak. Pada salah satunya terdapat sesuatu berbentuk kelonsong sebesar tumpukan tiga bungkus rokok. Dari benda itu terpancar cahaya terputus-putus berwarna biru di bahgian depannya. Salah satu dari keduanya berjalan kebelakang yang lain lalu melihat kami. Ia memukul topi temannya yang terbuat dari kaca. Lalu keduanya berhenti. Yang di depan melihat kami dengan tatapan yang tajam, meskipun saya tidak melihat wajahnya kerana tertutup dengan pakaian berkilat. Nampaknya kami telah mengganggu ketenteraman mereka. Lalu keduanya pergi dengan cepat menuju pesawatnya dan masuk ke dalamnya melalui jendela kecil yang nampaknya merupakan pintu bergerak. Kami perhatikan bahawa pesawat itu merupakan stesen dengan dua baris jendela kecil dikelilingnya. Ukurannya seperti jendela kapal laut. Selain itu, bahgian empat-persegi di atasnya menghilang ke dalam kubah.

Pesawat itu mulai bergerak ke atas. Setelah naik, nampak di bahgian bawahnya bentuk empat persegi biasa. Kadang-kadang itu merupakan system daya penggerak pesawat dan di dalamnya terdapat beberapa mesin. Pesawat itu naik hingga ketinggian kira-kira 30 meter dan masih terlihat. Kemudian barulah terbang ke angkasa.”

Ketika Oscar Linkeh ditanya:

“Apakah Anda yakin bahawa itu makhluk angkasa?” Ia menjawab: “Mengapa tidak, selama di langit ada planet-planet yang dihuni manusia seperti kita. Tinggi makhluk itu normal seperti manusia, kalau bukan pakaian yang membezakannya.”

Pada suatu peristiwa di Amerika Selatan, dua orang polis bertemu dengan seorang lelaki dan perempuan berpakaian aneh. Namun keduanya adalah manusia. Mereka berkata: “Kami datang ke bumi dari planet lain untuk menolong manusia.”

Bersambong…



No comments:

Post a Comment