Sunday, April 17, 2011

Samb: ke 7 Hakikat Kelima

Imam Mahdi dan para pengikutnya yang akan memakmurkan bumi dengan landasan ilmiah moden pasti akan melebihi apa yang dicapai oleh Dajjal dalam pelbagai disiplin ilmu. Dan itulah, antara lain, yang membuat murka Dajjal, bahkan membangkitkan amarah dan kedengkiannya terhadap Islam dan umatnya.

Berdasarkan kenyataan di atas, Dajjal sebenarnya sangat ingin meniru kemampuan yang sangat luar biasa itu. Namun, ia tidak dapat menirunya. Yang jelas, setiap mujahit atau orang yang sungguh-sungguh berusaha pasti mendapatkan sebahgian dari hasilnya. Dibandingkan dengan manusia sekarang, Dajjal boleh diakui telah mencapai kemajuan yang cukup bersejarah. Bahkan, ia sanggup menerbangkan pesawatnya dengan kecepatan luar biasa, yakni 6,66km sesaat.

Ketika hampir sahaja sebahgian orang dapat memahami permainan ilmiah (yang dilakukan oleh Dajjal), mereka akhirnya terbunuh dalam pelbagai peristiwa misteri. Sementara itu, pihak polis dan sumber-sumber berita menutup-nutupi hakikat kejadian yang sebenarnya. Bahkan, lahir pelbagai sikap (beberapa birokrat) yang menimbulkan cemuhan dari orang-orang yang mengerti. Apalagi, ketika ada pengumuman rasmi bahawa kejadian terbunuhnya beberapa orang dalam penyambaran piring terbang itu merupakan kejadian bunuh diri. Atau, kadang-kadang terjadi pembunuhan, bahkan pembunuhan dengan tiba-tiba dan dengan terang-terangan, sedangkan pelakunya tidak ditemukan.

Dalam buku ‘Ihdzaru al-Masikh ad-dajjal’, saya mengatakan sebagai pengulangan untuk difikirkan dan direnungkan kembali beserta para pembaca budimana, yakni seorang presiden Amerika, Jimmy Carter, pernah melihat benda-benda terbang yang tidak dikenali tujuannya. Peristiwa itu disaksikan oleh dua puluh orang bersamanya. Dan menurut Jave Carter, sang anak presiden, dikatakan:

“Ayah betul-betul mengetahui bahawa benda terbang tersebut tidak mungkin berupa pesawat apapun seperti pesawat kita yang biasa. Dan jangan dilupakan bahawa ayahku juga seorang sarjana fizik, khususnya fizik nuclear di samping sebagai pelayan (yang berdedikasi aktif) di kalangan Angkatan Laut.”

Sejenak setelah peristiwa yang disaksikan oleh Jimmy Carter dan diperkuatkan dengan kesaksian dua puluh orang bersamanya, ia dengan tegas mengatakan:

“Jika saya telah sampai ke Rumah Putih, menjadi presiden Amerika, saya akan melakukan pelbagai tindakan yang lazim untuk menetapkan pelbagai ketetapan dan penjelasan berkenaan dengan pelbagai kesaksian tentang benda-benda terbang yang tidak dikenali tujuannya di bawah pengawasan para ahli dan sarjana.”

Setelah dua tahun ia menjadi presiden, dan masyarakat umum Amerika, bahkan pendapat dunia pun menunggunya untuk memenuhi janjinya, ternyata ia tidak sepatah katapun terlontar dari bibirnya mengenai apa yang pernah dijanjikannya itu.

Mengapa sampai demikian? Adakah orang yang lebih tinggi (kekuasaannya), ketika itu dan di Amerika, dari Jimmy Carter?

Adakah orang yang lebih berwibawa daripadanya ketika itu? Tidak usah perlu diragukan bahawa hal itu memang betul-betul terjadi. Mungkin masalah itu disembunyikan. Mungkin tuan besar, bahkan yang paling besar dalam pandangan mereka setelah Jimmy Carter, mengucapkan kata-kata penuh risiko itu untuk memaksanya tidak berkata apa-apa. Diusahakannya supaya ia sampai pada kerusi Presiden. Kemudian ia letakkan sepatunya pada mulutnya (yang menguncinya untuk tidak mengatakan apa-apa mengenai peristiwa yang disaksikannya).


Bersambong…


No comments:

Post a Comment