Friday, April 8, 2011

Samb: ke 2 Hakikat Keempat

Di dua pulau, Bermuda dan Puertorico, penerbangan piring terbang merupakan hal yang biasa. Sejak zaman dahulu, tersebar berita bahawa mereka mempunyai gudang sangat besar yang terdapat di samudera yang dijaga para malaikat, tentera tuhan. Saya dibertahu seorang pelancong dari Puertorico, ketika mengunjungi Gordoca, bahawa Bermuda adalah pulau syaitan, dan bahawa mereka, hingga di Puertorico, sering melihat peralatan pesawat terbang. Ketika saya katakan kepadanya: “Alat-alat ini milik raja Yahudi yang ditunggu-tunggu. “ Ia memandangi saya kehairanan. Lalu berkata: “Siapa yang memberitahumu hal ini? Ayahku, dukun Kristian, memberitahu kepadaku bahawa Dajjal akan datang lagi dari tempat persembunyiannya di ‘langit bawah air’, kerana singgahsana tuhan berada di atas air. Tetapi saya sendiri tidak mempercayainya kerana genjolak hati dan akal saya dalam masaalah penuhanan Dajjal.”

Terjadilah dialog panjang di antara kami. Sementara itu, yang saya tulis dalam buku ini adalah pengakuannya kepada saya bahawa ia mempunyai ayah yang menjadi dukun dan di belakangnya terdapat banyak rahsia yang tidak diperlihatkan kepada siapapun.

Pada suatu hari ia mengaku, bahawa ia adalah tentera tuhan yang pasti akan datang untuk mengembalikan pendamaian di bumi, dan bahawa ia akan mengenderai cahaya. Ia tidak akan mengatakan kepadanya kata “tidak”. Ia akan kembali lagi pada watak kemanusiaannya secara merendah, demokratik, dan berwibawa.

Salah satu matanya disembunyikan hingga kemuliaan tuhan kembali di seluruh bumi dan tersingkap bagi para pencintanya. Sementara itu, mata lainnya mengandung warna hitam tebal kerana lamanya kesedihan atas kemaksiatan pengikut gereja dan membimbing orang Yahudi yang akan kembali ke gereja tuhan. Kemudian ia menjadi tuhan bagi semuanya.

Saya katakan kepadanya: “Demi Allah, saya harap anda berterus terang, apakah ayahmu itu pernah memasuki Segitiga Kematian? ” Ia menjawab: “Saya tidak mengetahui hal itu. Yang jelas, ayahku bersembunyi setiap waktu. Ia pernah berkata kepada kami setelah mengatakan hal-hal tersebut: ‘Saya pernah bertemu kepada tuhan di dataran tinggi yang tidak dapat saya gambarkan sifat-sifatnya.”

Di antara yang berguna bagi saya dari pelancong itu ialah bahawa di Puertorico ada sebuah buku karya Charles Chuseah yang berjudul ‘Piring Terbang dalam Air Tak Dikenali’. Dalam buku itu disebutkan ada enam belas kes bagi enam belas penyelam di bawah air. Mereka melihat adanya ciri-ciri piring terbang yang melayag-layang di langit, berenang di atas air mengarah ke bawah, ke arah para penyelam tetapi sangat cepat. Pesawat itu memancaran cahaya seperti warna-warna spectrum. Di antara para penyelam ada seorang penyelam terkena sinar yang terpancar dari piring terbang. Hampir saja ia tenggelam disebabkan kelumpuhan keseluruhan pada kedua tangan dan kakinya. Namun ada penyelam lain yang mengetahui keadaan kritikal itu, lalu dibawanya naik.


No comments:

Post a Comment