Bayam (asfanakh)
Bayam ini sejuk dan lembab. Menyebabkan radang (irritation) pada dada dan kerongkong. Ia melembutkan isi perut.
Cuka (khali)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa cuka adalah bumbu (seasoning) yang digunakan oleh para Nabi sebelum baginda. Cuka itu sejuk dan panas, hampir seimbang antara sejuk dan panas itu. Cuka dicampur dengan air ros baik untuk ubat gigi dan sakit kepala. Cuka melarutkan balgham.
Walnut (jawn)
Inilah biji yang paling panas. Sukar dihadam. Apabila dimakan dengan kismis menjadi ubat batuk musim sejuk. Ibnu Sina berkata bahawa ‘walnut’ itu penawar racun.
khasiat pemakan ini adalah baik untuk yang sudah berusia, menjaga kesihatan dari petua-petua yang di petik dari buku "Kitab Ilmu Perubatan Kesufian"
ReplyDeleteRezeki Allah yang halal baik untuk semua umat manusia, jika ia di makan berlebihan akan menjadi penyakit, timbang-timbangkan lah!