Sunday, April 10, 2011

Samb: Hakikat Kelima

Dalam buku saya ‘Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal’, saya sebutkan komentar atas riwayat itu: “Benar, Dajjal itu akan mendatangi setiap rumah. Ia akan sampai pada setiap tempat dengan cepat sekali. Ia akan menguasai orang-orang yang berkuasa, dan akan menghukumi orang-orang yang suka menghukumi orang lain.”

“Benar, bumi akan dilipatkan baginya seperti melipat baju wol. Loncatannya sangat jauh. Larinya kencang. Ia dapat menempuh hujung bumi ke hujung bumi yang lain dengan kecepatan luar biasa. Ia dapat melipat jarak perjalanan seperti melipat pakaian jubah dari wol.”

Saya juga mengatakan: “Satu lompatan Dajjal adalah lima kilometer dalam satu saat. Atau, 75 km dalam 15 saat. Yakni, rata-rata 5 kilometer dalam satu saat. Bererti, 18,000 kilometer dalam satu jam.”

Barangkali masalahnya berkembang melebihi ini. tetapi, bagaimanapun lompatan Dajjal itu merupakan lompatan yang tidak mencapai sasaran. Lompatan dan loncatannya akan gagal, insya’Allah. Lompatannya bagaikan lompatan biri-biri yang melarikan diri dari penyembelihan. Betapapun ia bersembunyi atau diberanikan, maka pedang tajam menantinya.

Segala sesuatu yang diperlukan kekuatan jahat untuk mengalahkan para pembela kebaikan tidak akan beraksi. Namun, aksi akan tegak di atas kaki tentera Allah yang bertaqwa. Tetapi siapakah yang mengetahui makar Allah?

Dalam percubaan mengerikan yang dilakukan oleh pengarah perusahaan penerbangan “Pan Americana” pada taun 1952, pilot Willia B. Nash dan pembantunya Wover Taniery, atas sejumlah besar piring terbang mengukur kecepatan tinggi benda-benda itu, mencatat waktu ketika mereka melihat benda-benda itu di atas pesawat mereka, dan waktu menghilang. Tercatat 75 kilometer dalam lima belas saat. Menurut perhitungan, hal ini menunjukkan bahawa kecepatan mencapai 18,000 kilometer sejam. Untuk menjaga ketidakpercayaan pada khabar ini, kedua pilot memberikan laporan kepada ejen inteligen bahawa kecepatannya lebih dari 1,500 kilometer sejam. Sebab, dalam teknologi bumi, kecepatan 18,000 kilometer sejam tidaklah logik.

Dalam pertemuan khusus yang diadakan di rumah salah seorang teman dari Jerman, dua pengawas radar menegaskan kepada saya bahawa satu radar di Bonn mengesan piring terbang yang meleset dengan kecepatan 24,000 kilometer sejam. Demikian pula, informasi seperti itu saya terima dari dua orang Amerika yang dapat dipercayai dalam kajian ruang angkasa. Bahkan , salah seorang di antara mereka bersumpah kepada saya atas nama Allah bahawa raja Yahudi yang ditunggu-tunggu itulah pemilik peralatan canggeh tersebut. Sebenarnya, ia selalu berusaha menggagalkan pemikiran para pakar yang menganalisis masalah piring terbang bahawa benda terbang itu berasal dari planet lain. Atau, piring terbang itu datang dari satu tempat di perut bumi tetapi untuk akhir zaman. Pemikiran seperti itu tidak jauh dari kebenaran.

Setelah saya perlihatkan kepadanya kajian saya yang lengkap dengan kesimpulannya, ia memegang tangan saya erta-erat, lalu berkata:

“Saya ini orang Kristian yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi yang sesungguhnya. Tetapi saya ini orang Kristian. Apa yang disabdakan Nabi kamu mengenai kecepatan raja Yahudi yang ditunggu-tunggu itu adalah satu-satunya penafsiran atas gerakannya. Tentu, ia memikirkan peralatan terbangnya dan pengembangannya meniru gerakan angin dan hujan, serta gerakan awan, dan kilatan petir.”

Perkataan orang Amerika ini membuat saya menduga-duga bahawa Dajjal, seperti juga Iblis, mengetahui secara mendalam bahawa Al-Qur’an adalah kalam Allah. Ia adalah kebenaran dalam kebenaran. Ia tidak didatangi kebatilan dari belakang atau dari depannya. Ia diturunkan dari Yang Maha Bijaksana dan Maha Terpuji. Tetapi Dajjal dikalahkan oleh nafsunya dan tunduk pada syahwatnya. Maka ia mengambil dari Al-Qur’an apa yang berguna baginya. Ia tinggalkan sama sekali kebenaran yang dikandung Al-Qur’an.



Bersambong…


No comments:

Post a Comment