Monday, April 4, 2011

Samb: ke 2 Hakikat Ketiga

Mereka membawanya masuk ke dalam pesawat itu. Tinggi badan mereka sekitar 1.5 meter. Kulitnya putih. Tetapi matanya tidak berkelopak. Mereka disertai tiga orang wanita yang berambut panjang. Mereka mengumpulkan sejumlah orang kerdil.

“Saya berusaha menolak mereka dan menjatuhkan empat orang dari mereka ke tanah. Lalu saya berusaha untuk lari. Tetapi mereka menyerbu saya. Tiba-tiba mereka meletakkan sobekan kain yang dibasahi entah dengan apa. Lalu diletakkan pada tulang belakang saya, sehingga saya pengsan. Setelah beberapa saat kembali sedar, dan ternyata telah berada di dalam sebuah kamar yang penuh dengan cahaya yang sangat terang. Di samping saya terdapat tiga orang wanita yang semuanya tidak berpakaian. Mereka itu mirip sekali perempuan manusia. Suasana antara saya dan mereka seperti layaknya suasana lelaki dan wanita. Lalu mereka memberi saya air minum berwarna kuning yang lansung mengembalikan kesegaran tubuh saya.”

Dalam buku ‘Benda-benda Terbang tidak Dikenali Berserta Awaknya’, karya seorang Argentina, Roberto Y. Panks, disebut kisah penceraian unik disebabkan percampuran dengan seorang wanita angkasa yang dilakukan Octavio Babalio dari Buenos Aires yang pernah diculik piring terbang pada tahun 1986. Tentu saja kejadian itu menimbulkan kecemburuan isterinya, lalu berpisah darinya. Hal itu terjadi ketika Octavio mengaku bahawa wanita angkasa itu lebih cantik daipada isterinya, dan bahawasanya ia adalah wanita sejati.

Dua penulis, Jim dan Corall Lorenzone, dalam bukunya ‘Flying Soucer Occupant’ (Kelasi Piring Terbang), menyebutkan pendapat seorang pakar berkenaan dengan masaalah percampuran dengan wanita angkasa. Ringkasnya:

“Jika apa yang terjadi itu benar, maka semua yang ada di dalam piring terbang itu pasti manusia bumi. Sebab, mustahil terjadi percampuran di antara makhluk hidup yang mempunyai gen dari penciptaan yang berbeza. Ini mustahil. Kecuali jika kereka berasal dari satu keturunan.”

Dalam buku ‘Pertemuan dengan Makhluk Seperti Manusia’, karya Antonio Ribera, disebutkan beberapa sifat para kelasi yang datang dari planet-planet lain, antara raksasa dan kerdil. Di antaranya ada yang seperti manusia robot. Ada yang mempunyai satu mata besar. Ada juga yang mempunyai tiga jari. Tetapi yang jelas ialah bahawa tangan yang sesungguhnya disembunyikan di dalam sarung tangan. Barangkali itu merupakan tipuan. Sekitar 99% kesaksian menegaskan bahawa kedua tangan mereka mempunyai lima jari yang normal.

Sementara dalam buku ‘Strangers from Space’ ( Orang-orang Asing dari Angkasa) karya seorang penulis wanita. Susy Smith, dan termasuk buku terlaris di Amerika, khususnya pada tahun 1977, menegaskan seluruh kesaksian bahawa mereka yang datang dengan piring terbang melakukan apa yang dilakukan manusia biasa.

Hanya mereka mengenakan pakai aneh. Selain itu, tindakan-tindakannya unik. Kebanyakan dari mereka benar-benar menghindari percakapan, dan mereka berbicara dengan bahasa-bahasa yang asing bagi manusia.

Kemudian, yang jelas sekali adalah beberapa gerakan menarik, tentu sebagai tipuan, seperti wanita yang ditiduri pemuda Spanyol ini. Setelah itu, ia menunjuk pada perutnya, lalu menunjuk kelangit. Ertinya, pemuda itu akan memiliki anak angkasa. Untuk bukti, daai puluhan buku dan catatan yang diterbitkan berkenaan masaalah ini, saya ajukan satu pertanyaan terakhir pada diri saya:

“Jika para kelasi piring terbang itu datang dari planet-planet lain, mengapa mereka tidak membawak orang-orang yang mereka culik dari bumi kita ke planet mereka. Lalu mereka lakukan pelbagai percubaan yang mereka kehendaki, dan mengembalikan mereka, selama mereka mempunyai saranan canggih untuk berpindah-pindah antara planet.”

Wahai kaumku, pesawat-pesawat ini luar biasa di bumi kira. Sistem kerja piring-piring terbang dan kemampuannya yang besar dianggap sebagai khayalan. Pandangan kita saat ini dipandang sangat mundur oleh Dajjal. Hal itu yang membukakan baginya dengan sangat mudah pintu-pintu untuk mempermainkan akal manusia dan mengendapkan idea-idea yang dikehendaki di dalam otak serta menyebarkan seluas-luasnya pemikiran bangsa tidak kembali lagi kepada mereka.



No comments:

Post a Comment