Bahkan boleh jadi dikatakan (oleh Dajjal?) kepadanya, “Jika engkau ingin tetap hidup dalam kebaikan. Bukan sekadar menjadi penentu hukum (penguasa) selama menjadi Presiden, maka palingkanlah matamu dari memperhatikan masalah objek (benda-benda terbang yang tidak diketahui tujuannya itu). Jika tidak….”
Kata-kata setelah kata: “Jika tidak” itu diketahui oleh Dr. Joseph John Kennedy, dan lain-lainnya. Tetapi sebelum keduanya mengatakan apa yang mereka ketahui, mereka terus dihancurkan oleh “tangan samar”.
Dr. Maurice J., seorang profesor dalam ilmu fizik, telah mengikuti secara cermat kesaksian banyak orang tentang piring terbang dengan pelbagai cara, melalui pita rakaman dan alat-alat lain, dengan penuh ketelitian (bahkan) sesudah ia menyaksikan piring terbang itu dengan jelas sekali.
Sejak mula, pakar ini tiba pada kesimpulan yang cukup memuaskan bahawa seringnya benda-benda yang tidak dikenali ini terlihat oleh orang ramai dan dalam keadaan dan bentuk berbeza-beza tidaklah benar jika dianggap sebagai akibat dari kekacauan penglihatan, atau suatu kekeliruan, atau tipuan mata belaka. Bahkan Dr. Maurice pun berpendapat, dengan penuh keyakinan, bahawa piring terbang itu bekerja sesuai dengan hukum atau undang-undang yang maju (moden) yang belum dicapai oleh hukum atau undang-undang yang dibuat oleh penduduk bumi. Di samping itu, iapun yakin bahawa piring terbang atau pesawat angkasa mengikut cara atau metodologi yang sesuai dengan tuntutan dan kelayakan yang mesti dilakukan dibumi dalam pelbagai musim dan keadaan cuaca udara.
Setelah mengadakan uji-cuba penuh risiko, yang disebut eksperimen Philadelpia, dengan menggunakan kapal perosak Amerika bernama Elbarg, nampaknya eksperimen itu dikehendaki untuk disembunyikan dan disesuaikan dengan medan elektro magnetic. Eksperimen itu gagal, meski berhasil untuk tidak diketahui orang ramai. Ramai penumpang yang gila, dan yang terkena radang paru-paru. Banyak juga yang melompat kelaut. Bahkan pesawat itu diakui tidak sesuai lagi untuk pelayaran setelah eksperimen tersebut. Dr. Maurice mencuba meyelidik kesalahan-kesalahan yang terjadi pada kapal perosak itu. Maka, pusat pemberitaan pun berusaha menjauhkan Dr. Maurice dari jabatannya serta diusahakan untuk tidak melanjutkan penyelidikannya.
Pada pertengahan April 1959 Dr. Maurice menghubungi Dr. Manson Fountain, seorang sarjana oseanografi, geografi laut, dan pakar benda purbakala. Ia berterus terang kepada Dr. Manson Fountain bahawa ia ingin sekali berbicara kepadanya tentang pelbagai penemuannya berkenaan dengan eksperimen Philadelpia. Namun, Dr. Maurice tidak hadir pada saat yang telah ditentukan kerana ditemui telah meninggal setelah menghirup gas penggerak mobil (petrol) yang dimasukkan melalui suatu alat. Penjelasan rasmi tentang kejadian itu adalah bahawa ia melakukan bunuh diri.
Nampaknya, Dr. Maurice telah menemukan infomasi yang berguna dan mulai menemukan jawapan-jawapan yang benar, tetapi ia sekarang berada di alam lain.
Tetapi Profesor James V. MacDonald terus melanjutkan kajiannya setelah kematian sahabatnya berdasarkan pemikiran serupa yang juga memuaskan dan meyakinkan. Tiba-tiba, ia- seorang sarjana fizik terkenal pada Ahad, 13 Jun 1971, didapati terbunuh dengan peluru menembusi kepalanya mayatnya ditemukan terletak dekat dengan sepucuk senjata emas di padang sahara Arizona. Tetapi, pengumuman dan penjelasan rasmi mengenai kejadian itu tepat seperti yang ditetapkan atas Dr. Maurice bahawa ia bunuh diri.
]
Bersambong….
No comments:
Post a Comment