Saturday, October 2, 2010




Salam,



Sibuk! Letih! Sana sini umah tebuka, makan tak berenti… tak makan nanti… tuan umah kecik ati! kalau dijamah sikit… ramai lak yang kiri kanan suh tambah! Last!last.. perut aku gak yang meragam! Hmmm.. dah tua-tua ni bukan leh makan tak menentu! Arr .. silap-silap kang… tido hospital jawabnyeee… he he he … biasa laa orang yang umo sebaya cam nekwan ni memang banyak masaalah! Sakit lutut…dah duduk tak leh bangun! sakit urat! Kencing manis! Arrr… ni yang paling bahaya, makanan yang sedap-sedap dan manis tak leh makan! Teliur lah nampaknye… kalau nak dikira rezeki Allah semuanye boleh makan! Yang penting halal, tapi… manusia selalu makan ikut nafsu, selagi tak termengah-mengah tak berenti! Hilang amalan sunat Nabi! Berenti makan sebelum kenyang dan makan sewaktu lapa… cam mane tak bepenyakit! Pas tu salahkan rezeki… pasal makan ni aku jadi gini… gini laa orang kita temasuk lah nekwan sekali.

Lepas raya ni… nampaknyee klinik-klinik kerajaan dan klinik swasta pasti full house! Cam nak check In hotel! Keputusan dokto pun bagus! Sume naik! Gula dalam darah naik! Tahap kolestrol dalam darah naik! Darah tinggi naik! ha ha ha haaa…

Nekwan pun bimbang gak nak mengadap kilinik ni nanti! Tapi… nekwan mengseimbangkan makanan nekwan… kalau hari ni nekwan ambik banyak makanan yang memngandungi gula!~ nekwan buat minuman air peria ngan apple hijau! bland dan ambik jusnyee minum pagi petang.. kalau time raya ni… memang tak leh control… maklum laa gi beraya umah sahabat handai.. hidangan nye bolek dikatakan sama jee, rendang, kuah kacang, kueh lode, nasi impet, cam macam biscout, air… sume nye megandungi gula…

Nekwan amalkan makan buah tunjuk langit. Tiap malam sebelum tidur nekwan makan sebiji, kalau makanan yang nekwan makan siang tadi mengandugi gula yang lebih dari 10 sudu… nekwan makan dua biji kapsul buah tunjuk langit, nekwan hanya berusaha ntuk menstabilkan tahap gula dalam darah, yang lain nyee terserahlah pada Yang Maha Esa, hanya Allah saja yang menetukannya… Kita ni hamba yang lemah! Lemah dalam segala hal… oleh kerana kurang iman. Lemah megawal nafsu.. lemah melawan godaan syaitan yang sentiasa berbisik ntuk melalaikan dan memesongkan kita dari jalan yang benar.

Ini lah kapsul Buah Tunjuk Langit

Satu tube ni 40biji, bagi nekwan kapsul ni amat berkesan.

No comments:

Post a Comment