Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Kepada anak cucu nekwan diucapkan selamat menjalani ibadah puasa tahun ini semoga di permudahkan Allah segala urusan dan amalan yang kita lakukan demi kerana-Nya.

AMALAN UMUM BULAN RAMADHAN

Di sunatkan dalam bulan Ramadhan membaca surah al-Qadr pada saat berbuka puasa dan saat sahur. Diriwayatkan dari Imam Shadiq a.s bahawa orang yang mengamalkkannya diberi gajaran sebagaimana orang yang telah menyumbang darahnya di jalan Allah.

Adalah sunat yang ditekankan bagi seorang untuk mandi di malam pertama bulan Ramdhan. Diriwayatkan bahawa waktu mandi yang paling utama dari seluruh malam bulan Ramadhan adalah malam pertama dan diriwayatkan pula bahawa waktu terbaiknya adalah antara Magrib dan Isyak.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua insan yang telah menjalankan ibadah puasa pada siang harinya dan setelah berbuka puasa, beramai-ramai berjemaah menunaikan solat terawih di surau-surau maupun di masjid-misjid. Selain dari solat terawih ada juga solat-solat sunat pilihan yang boleh menambah ibadah dan pahala pada bulan yang penuh berkah dan keampunan ini.

Seperti yang terhimpun di dalam buku-buku solat-solat sunat yang terjual di kedai, disini nekwan kongsikan bersama anak cucu nekwan yang ingin mencari kekayaan di akhirat.

Setiap solat sunat bulan Ramadhan ini disertai dengan doa-doa tertentu yang mana tak dapat nekwan catitkan disini, dikhuatiri, tidak menepati ejaan yang betul. Sila dapatkan bukunya di kedai buku-buku agama.


SEMBAHYANG MALAM PERTAMA

Lafaz niat: Usalli rak’ataini sunnatal lillahi ta’ala.
Ertinya: Sengaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Ta’ala.

Sesiapa yang sembahyang empat rakaat pada malam pertama bulan Ramadhan dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali pada setiap rakaatnya, maka Allah akan beri pahala para shiddiqin dan para syahid. Ia juga akan diampuni dan di masukkan ke dalam kelompok orang-orang yang menang di hari kiamat.

Juga disunatkan pada malam pertama bulan Ramadhan untuk sembahyang dua rakaat dengan membaca surah al-An’am, serta meminta kepada Allah untuk mencukupinya atas hal-hal yang ditakutinya.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam


SEMBAHYANG MALAM KEDUA

Lafaz niat sebagaimana biasa.

Nabi s. a. w. bersabda:
Sesiap yang pada malam ini sembahyang empat rakaat dengan membaca surah al-Fatihah seklai dan surah al-Qadr dua puluh kali, maka Allah akan mengampuninya, meluaskan rezekinya serta memenuhi segal urusannya, dalam satu tahun.

Sembahyang ini dilakukan dua-dua rakaat, setiap rakaat dengan sekali salam.

1 comment:

  1. Assalammualaikum kak,

    Moga Allah melimpahkan rahmatNya buat kita semua sempena bulan yg mulia ini... Wslm.

    ReplyDelete