Monday, January 3, 2011

Petua dan amalan mengikut Kitab Perubatan Kesufian

Salam,
Petua dan amalan yang nekwan kongsikan disini di petik dari Kitab Ilmu Perubatan Kesufian.
Jintan Manis



Antara yang banyak khasiatnya ialah biji Jintan Manis. Ia melegakan sakit dalam badan, menambahkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan air mani, membuang gas dalam usus. Boleh juga digunakan dalam bentuk tea sapu kemata untuk menguatkanpandangan mata. Adalah diberitakan bahawa ular akan keuar dari tempat kediaman pada musim sejuknya, pergi mencari pokok jintan manis dengan meyapukan matanya itu, kerana penglihatannya lemah pada musim sejuk.




Biji Ketumbar

Adalah dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda: ‘jadilah seperti Biji Ketumbar kerana biji ini ubat semua penyakit, kecuali bengkak (canser) dan penyakit ini membawa maut” Adalah diaporkan juga bahawa Alah S.W. T menunjukkan bahawa “ia” itu ialah ketumbar. Ketumbar menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat “leukoderma” dan ia membuka saluran urat yang halus. Lembab yang melampau dalam badan dapat dikeringkan oleh ketumbar dan ia juga menambah keluaran susu, kecing dan mani. Berguna sekali menghilangkan penyakit selsema. Minyak ketumbar digunakan untuk merawat keguguran rambut dan penyakit kulit kepala. Ia juga dan penyakit kulit kepala. Ia jugaguna untuk mengelakkan pertumbuhan uban. Asap daripada bijinya yang dibakar boleh dijadikan penghalau serangga.


Kulit limau tebal warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)


Nabi Muhammad s.a.w. dilaporkan pernah bersabda: “ Limau ini adalah seperti mukmin: bagus di rasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan hati dan membuang kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melammbatkan aliran hempedu. Isteri Nabi s.a.w. biasanya merawat orang-orang buta dengan limau ini, yang dicelupkan ke dalam madu. Limau (utrujj) baik dimakan lebih kurang 10 minit selepas makan.

Limau Bali atau Limau Abung, adalah buah yang sama.

No comments:

Post a Comment