Sunday, January 16, 2011

Samb. Ke-2 Rahsia Pengaruh Rasul Pada Tujuh Batu Besar

Sesungguhnya kata-kata “Tuhan” seperti dijelaskan oleh binatang itu adalah yang sentiasa ditaati oleh segala sesuatu. Ertinya, segala sesuatu tunduk kepada kehendak-Nya. Sementara itu, yang mengaku tuhan adalah yang menyerupai tuhan. Apakah jika ia mengaku tuhan lalu segala sesuatu akan tunduk dan taat kepadanya, entah sudah mengetahuinya atau belum, entah sudah mendengarnya atau belum? Atau, ada juga di antara mereka yang pernah mendegarnya tetapi belum pernah melihatnya. Tidak ada yang mengetahui kesudahannya, seperti yang dikatakan binatang besar itu. Meskipun pada mulanya ia dikutuk dan dilemparkan oleh Allah dari rahmat-Nya, mungkin juga akhirnya ia akan kembali kepada Allah.

Tetapi tuhan macam apakah yang diinginkannya itu? Bukankah kata-kata “Tuhan” apa lagi kata ”Allah” baru diketahui anak muda itu ketika diberitahu oleh binatang yang selalu mengunjunginya bahawa Dia-lah yang telah menciptakan dirinya, binatang temannya itu, dan menciptakan segala sesuatu?

Menurut binatang bertubuh besar itu, Dia-lah yang menyelamatkannya serta mengutus malaikat agung untuk mendidik dan membimbingnya?
Semua perkataan itu tidak sedikitpun berpengaruh pada dirinya, kecuali setelah ia mencuba menjadi tuhan. Lalu ia bertanya pada diri sendiri:

“Sesungguhnya, pengaruh rasul yang dituturkan binatang aneh itu hanya permainan saja. Ia memang mengetahui banyak hal, tetapi tunduk kepadaku. Oleh kerana itu, yang benar ialah bahawa aku adalah tuhannya juga. Namun, ia tidak takut kepadaku seperti binatang-binatang lain di hutan belantara itu. Kalau begitu, aku akan berusaha menyembunyikannya.”

Untuk menguji ketaatnya, ia mencuba menyalakan api. Ia berusaha mencari binatang aneh itu. Ketika sudah menemukannya, ia mengambil dahan kayu yang telah ternyala dan dikenakan ke belakang binatang tersebut. Melihat perilakunya, binatang itu lari dan menghilang bagaikan garam larut dalam air.

Ketika anak muda itu melihatnya lagi pada hari kedua, ia mencuba meyakinkan bahawa ia tidak akan menyakitinya dengan syarat mahu tunduk pada segala perentahnya. Tetapi, sekali lagi, sesuai dengan kekuasaan yang diberi Allah kepadanya, ia berkata:

“Aku hanya akan mengikuti perentah Allah dan tidak akan mentaati perentah siapa pun dan makhluk-Nya.”

Kemudian binatang itu pergi setelah memperingatkan temannya bahawa boleh jadi ia akan melalui suatu malam tanpa tidur. Setelah itu, ia akan mendapat laknat dari Allah, lalu keluar dari pulau tersebut untuk menuju bumi Allah yang lain untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya supaya ia; pada kesempitan terakhir, dapat bertemu dengan tiga orang nabi yang mempunyai banyak keistimewaan (ulul ‘azmi). Lalu binatang itu segera melarikan diri darinya bagaikan orang menjauhi wabak penyakit yang berkangkit.

Anak muda itu pergi menuju tujuh batu besar. Ia mengira bahawa pengaruh utusanTuhan yang dikatakan binatang itu hanyalah rahsia permainan. Pada hakikatnya, menurut hematnya tidak ada yang di sebut Tuhan. Semua perkara hanya berjalan begitu sahaja. Setiap benda, menurutnya, tercipta dari alam sekitarnya, baik langit, angin, tanah, bumi, air, api, lumpur, pepohon maupun bunga-bungaan. Begitu pula halnya dengan burung nasar yang melebur ke dalam tanah setelah kematiannya. Jadi, inilah benda yang melahirkan makhluk. Mungkin rahsia yang terdapat pada tanah berwarna dan selamanya basah itu terletak pada kaedah yang tidak diketahuinya. Lalu ia mengumpulkan bahan-bahan itu dalam satu tempat yang pernah dipakai Jibril untuk menyimpan makanan untuknya. Ia pergi kedalam gua dan menyimpan sesuatu pada malam hari itu.

Tetapi ketika ia tidur sebagaimana biasanya, ia tidak dapat tidur. Ia bagaikan seekor burung lepas dari sangkarnya tanpa tahu kembali. Ia berusaha melakukan apa saja yang dapat membuatnya segera tidur. Ternyata tidak berhasil. Ia teringat pada apa yang pernah dikatakan binatang yang sering mengunjungi dan megawasinya. Ia betul-betul terpengaruh oleh perkatan binatang itu.

Kemudian tibalah pagi hari dan matahari pun terbit, sementara ia tidak pernah dapat memejamkan matanya walau sekejap pun. Ia merencanakan untuk berusaha keluar dari pulau itu dengan cara yang digambarkan oleh binatang temannya, iaitu hendaklah menyalakan api di malam hari. Mudah-mudahan dengan cara demikian ia akan diperhatikan atau, paling tidak, dilihat oleh manusia seperti dirinya sebagaiamana dikisahkan oleh binatang unik itu, yang akan membawanya ke mana saja sesuai dengan kehendak Allah. Namun, ada satu syarat yang harus dipenuhi jika ia bermaksud kembali lagi, yakni ia harus menghafal jalan kepulau itu. Akan tetapi, mana mungkin pada hari itu ia dapat mengumpulkan sedemikian banyak kayu untuk dibakar sepanjang malam? Bukankah ia telah lelah dan sangat mengantuk kerana kurang tidur? Ia cuba berfikir dan mengunakan akalnya dengan kedua mata terbuka sehingga, tanpa disedari, iapun terserang mengantuk yang hebat dan luar biasa. Tanpa terasa ia telah tertidur dengan lelap. Akalnya cuba berfikir dan mengkhayal.

Tetapi kini ia bangun di malam gelap gelita tanpa penerangan. Ia sedar bahawa malam telah datang. Sementara itu, ia tertidur lelap lalu tanpa berfikir banyak, ia bangun dan dengan susah payah mencuba mengumpulkan kayu bakar untuk menyalakan api. Kemudian ia menambah lagi lagi dengan mengumpulkan dahan, ranting dan daun pepohon kering berjatuhan. Ia pergi kepinggir pantai pulau itu sambil menyalakan api dan terus menerus menyalakannya sepanjang malam. Ia melakukan hal itu selama tiga malam. Pada malam ketiga, ia melihat seakan-akan ada benda besar mendekati pulau itu. Nampaknya, benda itu sedang berhenti. Pada benda tersebut terdapat cahaya bersinar. Beberapa saat kemudian, ia melihat semacam benda kayu kecil yang berlabuh di pinggir pantai. Lalu keluarlah daripadanya lima orang lelaki berbadan besar dan kuat. Ia berdiri dengan penuh kebingungan di hadapan mereka. Inilah kali pertama ia melihat makhluk-makhluk seperti itu. Ia merasa senang ketika tiba-tiba mereka mengajak berbicara dengan bahasa Arab seperti bahasanya sendiri. Mereka adalah penduduk Yaman yang makmur itu. Negeri Yaman sendiri berjarak lebih kurang empat ribu kilometer dari pulau itu. Sungguh anak muda itu merasa senang.

No comments:

Post a Comment