Monday, March 21, 2011

BAB 5 –TUJUH HAKIKAT

Hakikat Pertama

Piring-piring terbang itu bukan khayalan dan bukan tipuan penglihatan serta tidak berkaitan dengan fenomena alam. Semata-mata itu merupakan kebenaran dan hakikat.

Semua jabatan intelijen antarabangsa, beruasaha bersungguh-sungguh, menyebarkan anggapan bahawa piring-piring terbang itu hanyalah “ halusinasi kolektif ”. Ketika terdapat desakan kuat daripada rakyat agar diam, muncullah slogan “ Saya tidak melihat, tidak mendengar dan tidak berbicara.”

Menurut bancian yang dilakukan Globe tahun 1973 terbukti bahawa lebih dari enam belas juta orang Amerika menyaksikan dengan mata kepala sendiri piring-piring terbang dengan jelas.

Berdasarkan bancian itu pula disimpulkan bahawa 40% penduduk berpendapat bahawa CIA’ adalah lemah atau tidak mengetahui rahsia yang tersembunyi pada bangsa Amerika.

[CATITAN: Iaitu kependekan dari Badan Pusat Inteligen Amerika (Central Intelligence Agency). Agensi ini berfungsi sebagai mata-mata dan bahkan ditugaskan untuk menyebarkan berita-berita bohong. Badan ini mempunyai misi melancarkan perang psikologi dan melakukan aktiviti yang menyerupai perang tentera. Badan itu juga ikut campur dalam pelbagai yayasan tertentu dan mempengaruhinya. Jika perlu, badan inteligen ini juga membuat pelbagai lembaga khusus yang disebut “ Barang Milik ”, jika ada kepentingan mendesak. Selain itu, mereka mempersenjatai beberapa anggotanya, dan menyuap jabatan-jabatan rasmi. Mereka melakukan perampasan untuk melaksanakan kepentingan mereka tanpa kenal belas kasihan. Agensi itu melakukan apa saja yang dituntut untuk mencapai tujuannya tanpa mengindahkan prinsip-prinsip moral.

Kerana agensi itu merupakan senjata rahsia yang paling ampuh bagi kepentingan politik luar negari Amerika, maka kekuatan persenjataannya diseludupkan secara diam-diam ke dalam unsur-unsur dalam negeri negara-negara yang ingin dikuasai pemerintah Amerika atau melalui ajen-ajennya.

Perkerjaan CIA adalah menyelengarakan pelbagai kegiatan mulia yang dibumbui Khurafat, dibungkus dengan gambaran-gambaran palsu, serta dilindungi tipuan dan kebohongan para birokrat. Gerakannya ditutupi dengan pelbagai misteri dan dalil yang berlandaskan aturan lama yang mencegah orang-orang awam, bahkan anggota kongres, untuk mengetahui apa yang dilakukan agen itu dan sebab-sebabnya.

Perilaku seperti itu dibenarkan oleh ejen rahsia Amerika yang dikuatkan dengan berbagai hal yang membangkitkan semagat. Pada dasarnya, agensi tersebut bertujuan “menjaga keamanan nasional Amerika, dan aktivitinya hanya merupakan jawapan atas pelbagai tuntutan membela umat “. Tidak ada keperluan bagi siappun, pada suatu masa ketika kerahsian itu merupakan factor utama dalam keamanan, untuk mengetahui lebih daripada itu CIA ingin menjalan kepentingan luar negeri Amerika tanpa campur tangan pemerintah, bahkan berharap pemerintah Amerika Syarikat tidak mengetauinya. Ejen tidak mengakui hak setiap pergerakan atau lembaga apapun untuk menanyakan ehwal kegiatanya, bahkan tidak pula pihak akhbar. Para anggotanya berkeyakinan bahawa hanya mereka sajalah yang menikmati kebebasan dan hak melaksanakan hal-hal yang penting untuk menyambut segala tuntutan nasioanal. (Marchity, Victor dan John, D. Marx, Inteligen Mengatur Perjalan Dunia).
]

No comments:

Post a Comment