Friday, February 3, 2012

Kenapa Kita Perlu Mengkaji Yakjuj dan Makjuj Melalui Inskripsi Yahudi?

Sejarah Islam melaporkan sebab turunnya ayat-ayat al-Quran tentang Yakjuj dan Makjuj adalah jawapan balas Allah kepada soalan orang Yahudi Madinah tentang Zulqarnain. Orang Yahudi melalui orang kafir Quraisy Makkah menguji bukti kenabian Muhammad dengan soalan tentang Zulqarnain.

Allah pun menjawab pertanyaan Yahudi tentang Zulqarnain sekaligus menceritakan cabaran Zulqarnain mengatasi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini boleh dirujuk dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 83-98.

Merujuk kepada pertanyaan pendeta-pendeta Yahudi itu, dapat diduga pengetahuan mereka tentang Zulqarnain cukup mendalam. Oleh sebab itu, jejak Yakjuj dan Makjuj perlu diterokai di dalam kitab-kitab Yahudi, adakah di dalamnya dicatatkan kisah Yakjuj dan Makjuj serta Zulqarnain.

Setelah dikaji secara mendalam, ada beberapa perbezaan antara huraian al-Quran menyatukan kisah Yakjuj dan Makjuj dengan episod pemgembaran Zulqarnain. Sementara sumber-sumber Bible hanya menceritakan tentang Yakjuj dan Makjuj atau Gog Magog sahaja tanpa mengaitkan dengan kisah pengembaraan Zulqarnain. Kedua, di dalam Bible tidak mengesahkan secara jelas tentang sifat dan peribadi Zulqarnain. Padahal turunnya al-Quran surah al-Kahfi kepada Nabi Muhammad, menjelaskan sifat perlakuan Zulqarnain. Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang Yahudi. Logiknya adalah semestinya para pendeta atau Rabi Yahudi cukup kenal tentang sifat peribadi Zulqarnain yang kisahnya terkubur sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Tentu infomasi ini bukan sekadar dari mulut ke mulut, bahkan di rekodkan secara teks di dalam kitab-kitab Bani Israel, sebagaiman disebut di atas. Di dalam Bible, sama ada di dalam Perjanjian Lama (Old Testament) ataupun Baru (New Tastament), tidak di jumpai sedikitpun tentang sifat Zulqarnain. Yang ada di dalm Bible hanya kisah Gog dan Magog.

Peristiwa ini menjadi satu tanda tanya yang besar yang memerlukan jawapan. Pada satu sudut Rabi Yahudi pada zaman Nabi Muhammad adalah orang Yahudi, melalui lidah orang kafir Quraisy, mereka menguji bukti kenabian Muhammad dengan persoalan tentang Zulqarnain, penjelajah dunia yang jarak masanya dengan Nabi Muhammad melangkau ribuan tahun.namun, pada sisi yang lain, sifat Zulqarnain ini tidak disebut secara jelas dalam Old Testament dan New Tastament. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah hanya kerana Zulqarnain bukan daripada keturunan Israel, maka ia terus direkodkan dan diabadikan dalam inskripsi-inskripsi Yahudi? Suatu hal pelik yang memerlukan jawapan yang tidak mudah.

Terdapat beberape tujuan dalam eksplorasi inskripsi Yahudi tentang Yakjuj Makjuj iaitu:

1. Mengetahui dan memahami teks-teks Yahudi tentang Yakjuj Makjuj.

2. Mengetahui kronologi sejarah bangsa Yakjuj dan Makjuj. (Siapakah mereka? Di Mana lokasi kediaman mereka? Bilakah mereka keluar menyerang?).

3. Mengetahui hubung kait sejarah antara bangsa Yahudi dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.

4. Menjawab tuduhan Orientalis dan Evangelis yang menuduh kisah Yakjuj Makjuj dalam al-Quran adalah plagiat daripada kitab-kitab Yahudi dan kitab sejarah.

5. Menjawab tuduhan Orientalis, Evangelis (misionaris) dan Zionis yang menuduh Gog dan Magog atau Yakjuj dan Makjuj adalah suatu bangsa dari negara-negara Islam.

No comments:

Post a Comment