Wednesday, February 29, 2012

Samb: Yakjuj dan Makjuj dalam Sumber Islam

Teks inskripsi hadis tentang pertanyaan orang Yahudi direkodkan seperti berikut:

Dikemukakan oleh Ibnu Jarir melalui Ibnu Ishak daripada seorang Syeikh dari Mesir daripada Ikrimah yang bersumberkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, “Orang Quraisy mengutuskan an-Nadlr bin al-Harith dan Uqbah bin Mu’ith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah. Mereka berkata, “Tanyakan kepada mereka (para pendeta Yahudi) tentang Muhammad, cerita kepada mereka tentang sifat-sifatnya dan bertahu kepada mereka segala sesuatu yang dikatakan olehnya. Mereka adalah ahli kitab yang memahami kitab yang diturunkan lebih dahulu dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian yang kita sendiri tidak mengetahui!”

Kedua orang itu pun berangkat. Sesampai di Madinah, mereka bertanya kepada pendeta Yahudi tentang Rasulullah, dan menceritakan sifat-sifat yang ada pada beliau dan sebahgian apa yang dikatakan oleh beliau. Maka berkatalah pendeta-pendeta Yahudi itu kepada utusan Quraisy, “Tanyakan kepadanya tentang tiga perkara. Jika dia dapat menceritakan kepada kalian akan tiga perkara itu, maka dialah seorang nabi yang diutus, tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia adalah orang yang mengaku-ngaku diri sebagi seorang nabi.

Lalu kedua utusan itu kembali. Sesampai di tempat orang Quraisy kedua-duanya berkata, “Sesungguhnya kami pulang dengan membawa sesuatu yang dapat membezakan antara kalian dengan Muhammad”. Lalu mereka pun berangkat menuju Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) lalu bertanya kepada beliau tentang tiga perkara itu. Rasulullah menjawab, “Aku akan beritahu kamu tentang apa yang kamu tanyakan itu esok (beliau tanpa menyebut Insyaallah)’. Lalu mereka semua pulang.

Rasulullah menunggu datangnya wahyu hingga 15 malam, tetapi malaikat Jibril masih tidak kunjung datang, sehingga mengoyahkan penduduk Makkah. Rasulullah berasa sedih kerananya. beliau tidak tahu apa yang akan dikatakan bagi menjawab pertanyaan orang Quraisy tadi. Kemudian datanglah Malaikat Jibril daripada Allah dengan membawa surah al-Kahfi, yang isinya menegur Rasulullah atas kesedihannya kerana perbuatan orang Quraisy itu, dan menerangkan tentang pemuda-pemuda yang berpergian yang di tanyakan kepadanya tadi, iaitu ayat sebagai berikut:

Lebih lengkap tentang hadis itu, Imam Fakhrurrazi, di dalam tafsir Al-Kabir, XXI/82, menyebut sebagai berikut:

Nadhr bin Harith, salah saeorang pembesar Quraisy menyakiti Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) dan memusuhinya. Dia pergi ke Hirah dan disana dia belajar perkataan-perkataan Rustum dan Asfandiyar. Ketika Rasulullah duduk di suatu majlis yang di dalamnya tersebut nama Allah dan berbicara kepada kaumnya tentang apa yang menimpa kaum-kaum terdahulu. Tiba-tiba Nadhr mengantikan majlisnya lalu berdiri seraya berkata, “Demi Allah wahai orang Quraisy, perkataan saya lebih baik daripada perkataanya. Kemarilah, saya ceritakan kepada kamu cerita yang lebih baik daripada ceritanya. Kemudian mereka bercerita kepada mereka tentang raja-raja Parsi.

Selepas itu orang Quraisy mengirimnya bersama Uqbah bin Abu Mu’id kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah dan mereka berkata kepada kedua-duanya , “Tanyakan kepada pendeta-pendeta itu tentang Muhammad dan sifatnya. Beritahu kepada mereka, menurut Muhammad mereka adalah Ahlul Kitab pertama dan mereka memiliki pengetahuan tentang para nabi yang tidak kita miliki.” Kemudian, kedua-duanya keluar hingga sampai di Madinah, lalu mereka bertanya kepada para pendeta Yahudi itu tentang keadaan Muhammad. Para pendeta Yahudi itu berkata, “Tanyakan kepadanya tentang sekelompok pemuda yang pergi pada masa pertama yang mereka tidak ketahui perkaranya, kerana peristiwa mereka itu menakjubkan. tanyakan kepadanya tentang seorang yang mengembara hingga mencapai timur dan barat bumi, yang ia tidak tahu beritanya dan tanyakan kepadanya tentang roh, apa itu roh? Jika dia mampu menjawabnya, maka dia adalah nabi. Jika tidak, terserah kepada kamu apa yang kamu katakan.

Ketika Nadhr dan temannya sampai ke Makkah, mereka berdua berkata, “Kami datang kepada kamu membawa pemisah antara kami dan Muhammad. Mereka menyampaikan maklumat tentang apa yang dikatakan oleh orang Yahudi itu. Mereka pun bertemu Rasulullah dan bertanya kepadanya. Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) menjawab, :Saya akan menjawab soalan kamu esok tanpa terkecuali. Kemudian mereka meninggalkannya dan Rasululah (selawat dan salam keatasnya) belum memberikan jawapan hingga, menurut penjelasan mereka, lima belas malam, hingga orang Makkah mengejek. Mereka berkata “Muhammad berjanji kepada kita esok dan sekarang sudah 15 hari!” masalah ini menjadi beban berat baginya, kemudian datanglah Jibril dari sisi Allah dengan surah al-Kahfi yang di dalamnya ada teguran Allah kepadanya atas kesedihannya kerana mereka, yang dalamnya ada berita tentang pemuda-pemuda itu dan berita seorang lelaki pengembara itu.”

No comments:

Post a Comment