Wednesday, February 15, 2012

Samb: Nabi Isa Menyebut Nabi Muhammad Sebagai ‘Terang yang Besar’

Kepedehan hati Nabi Isa selepas Nabi Yahya di tangkap terubat dengan dua perkara: Adanya berita gembira daripada Allah tentang munculnya “Terang yang Besar” dari arah semenanjung Arab, iaitu bangsa yang mendiami dalam kegelapam (Jahiliah). Kerajaan syurga sudah dekat; kedua, perentah bagi memulakan dakwah menyebarkan khabar gembira. Ini adalah detik awal Isa al-Maseh segera memulakan dakwahnya. Dengan aktiviti dakwah, beliau mengajak setiap keturunan Israel supaya kembali kepada Allah. Dengan itu semua kepedihan menjadi sirna, bahkan berganti dengan rasa gembira. Apabila Nabi Isa semakin sibuk menyebarkan khabar gembira, hati beliau semakin terisi dengan kebesaran Allah. Apabila kebesaran Allah masuk ke dalam hati, dengan sendirinya rasa gelisah dan pedih menjadi sirna.

Keghairahan yang meluap-luap mengenai janji tentang munculnya “Terang yang Besar” daripada keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim di Tanah Arab kuasa-kuasa besar dunia akan jatuh, Empayer Rom akan menghilang, waktunya terlalu dekat dengan zaman Nabi Isa lebih mengembirakannya berbanding kepedihan terbunuhnya Nabi Yahya. Sejak saat itu, Nabi Isa dengan yakin memberitahu kerajaan syurga sudah dekat. Di dalamnya terkandung maksud, apabila munculnya kerajaan syurga ini, kuasa-kuasa Empayer Rom akan jatuh, Nabi Isa paham akan hal ini. Namun, beliau tidak memberitahu nasib Empayer Pagan Rom secara terang-terangan di khalayak ramai. Ini kerana risikonya besar sebagaimana yang dialami Nabi Yahya. Beliau berpendapat, dengan menghebahkan dekatnya kerajaan syurga tanpa perlu menghebohkan kehancuran Rom adalah lebih selamat baginya dan para pengikutnya. Ia adalah janji Tuhan yang tercatat di dalam kitab-kitab Samawi.

Di dalam teks Injil diatas, penulis injil Matius menyelitkan kata-kata Nabi Isailah, “Tanah Zebulon dan tanah Naftali, jalan ke laut, daerah seberang sungai Jordan, Galilie, wilayah bangsa-bangsa lain.”

Kemudian di lanjutkan dengan ayat:

Bangsa yang berjalan dalam kegelapan itu melihat ‘terang yang besar’; mereka yang mendiami negeri kelam, di atasnya terang dan bersinar.

Engkau menimbulkan banyak sorak-sorai pada waktu menuai, seperti orang bersorak-sorai pada waktu membahagi-bahagikan harta pampasan.

Sebab beban yang menekannya dan gandar yang di atas bahunya serta tongkat si penindas telah kau pecahkan seperti pada hari kekalahan Midian.

Sebab setiap sepatu tentera yang berderap-derap dan setiap jubah yang berlumuran darah akan menjadi unggun api.

Sebab seorang anak lahir untuk kita, seorang putra diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang, ‘Penasihat Ajaib’ Allah yang Perkasa’, ‘Bapa yang Kekal’, ‘Raja Damai’.

Besar kuasanya dan damai sejahtera tidak akan berkesudahan di atas tahta Daud dan di dalam kerajaannya, kerana ia mendasarkan dan mengukuhkannya dengan keadilan dan kebenaran dari kini hingga selama-lamanya. Kecemburuan Tuhan semesta alam akan melakukan hal ini.

Inilah yang difahami oleh Isa Al-Masih tentang janji kemenangan. Dengan khabar gembira yang lama terpendam ini, dada dan hati Isa menjadi lapang. Rasa pedih pun bertukar menjadi gembira yang di sertai dengan rindu kepada yang akan datangnya si pembawa ‘terang yang besar’ dari bangsa yang hidup dalam kegelapan, iaitu padang gurun Tanah Arab. Muhammad ini yang difahami Nabi Isa sebagai pembawa kerajaan syurga. Muhammad ini ‘Berita Gembira’ yang diusung Isa.

No comments:

Post a Comment