Saturday, February 18, 2012

Samb: 2 Daniel Menyebut Muhammad sebagai Batu yang Meremukkan Patung

Jesus Christ tidak di tugaskan bagi menghancurkan binatang buas ini. Beliau tidak terlibat dalam urusan-urusan politik, membayar ufti kepada Caesar dan melarikan diri ketika mereka ingin menobatkannya sebagai raja. Beliau dengan jelasnya menyatakan Sang Pemimpin Dunia ini akan datang; kerana sang Periqlyte akan mencabut sampai ke hujung akar-akar syirik (paganisme) yang buruk sekali, semua ini ditunaskan hanya untuk Muhammad dalam beberapa tahun.

Islam adalah kerajaan dan pengadilan atau agama, ia mempunyai kitab hukum iaitu al-Quran. Ia mempunyai Tuhan sebagai Hakim dan Rajanya yang tertinggi dan Muhammad sebagai pahlawannya bakal meraih kebahgian dan keagungan yang abadi.

Begitu juga menurut Agustinus Sriurip Ragil Wibawa yang menyebut tentang kitab Daniel di atas, ramalan Daniel bukan ditujukan untuk Isa. Ini kerana Isa masih berketurunan Israel. Apabila ramalan Daniel di atas di sematkan pada Isa, kenyataan ini bertentangan dengan Taurat itu sendiri, Taurat sendiri merasakan. Seperti Musa yang dikenali Tuhan dengan berhadapan muka tidak ada lagi nabi yang bangkit di kalangan orang Israel. (Ulangan 34:10) ini maksudnya, selepas Nabi Musa, tidak ada lagi nabi daripada keturunan Israel yang diajak bicara lansung oleh Allah.

Jadi, siapakah nabi selain Nabi Musa yang berhadapan muka dengan Allah? Agustinus menghuraikan kata-kata Daniel,

“Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa kehadapannya,”

Adalah episod ramalan atau peristiwa perjalanan malam. Israq dan Mikraj yang dilakukan Nabi Muhammad bagi bertemu lansung dengan Allah dalam rangka menerima perintah sembahyang lima waktu.

Ramalan Daniel tentang datangnya kerajaan syurga sekaligus membawa kehancurkan empat kerajaan besar dunia, termasuk Empayer Rom yang menguasai Jerusalem. Ramalan Nabi Daniel ini berkait rapat dengan mimpi yang dialami oleh Raja Babilon yang bernama Nebukadnezar. Daniel dipanggil bagi menjelaskan maksud disebalik mimpi itu, sebagaimana disebutkan dalam Daniel 2: 31-45:

“Wahai tuanku, tuanku melihat suatu penglihtan, iaitu sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, kilauannya luar biasa, tegak dihadapan tuanku, dan kelihatan dahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya daripada emas tua, dada dan lengannya daripada perak, perut dan pinggangnya daripada tembaga, sedang pehanya daripada besi dengan kakinya sebahgian daripada besi dan sebahgian daripada tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang diperbuat daripada besi dan tanah itu sehingga remuk. Dengan sekaligus diremukannya juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengeringan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya. Sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Namun, batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment