Monday, February 6, 2012

Talmud

Inskripsi Yahudi yang lain adalah Talmud. Perkataan “Talmud” ini bermakna pengajaran atau ajaran. Karya- karya yang disebut begitu adalah hasil kerja beberapa penganut mazhab Yahudi. Isinya mengenai kelakuan. Para ahli itu mendakwa mereka memberi kepada Taurat Musa ‘pagar’ supaya ditepati dengan baik. Talmud-talmud itu sebenarnya adalah hasil beberapa angkatan ahli. Oleh kerana tempoh menyiapkannya lama, bahan-bahan itu disampaikan oleh guru secara lisan sahaja lalu dihafalkan oleh murid. Di dalamnya terkandung diskusi-diskusi, keterangan-keterangan, tafsiran serta penerpaan dan contoh yang diberikan oleh ahli-ahli dari zaman dahulu dan terus bertambah banyak. Dapat difahamkan bahan itu umumnya bercorak kasuistri. Ia ditetapkan seperti apa yang boleh dilakukan ataupun tidak boleh dilakukan, perbuatan sah, batal dan sebagainya. Talmud-talmud itu hampir sedikit serupa dengan hadis Islam yang menghuraikan mengenai ilmu fikah. Tetapi kandungannya di dalam Talmud tidak merujuk sumbernya kepada Nabi Musa sebagaimana hadis Islam merujuk semua sumber kandungannya kepada Nabi Muhammad. Di dalamnya terdapat berbagai-bagai pendapat yang pernah dikemukakan oleh ahli tersohor dengan merujuk kepada Kitab Cuci.

Setelah beberapa kali bahan tradisional itu dikumpulkan dan direkodkan, hanya dua edisi akhir terpelihara dan berpengaruh hingga kini. Kedua edisi ini adalah hasil susah payah dua pusat ilmu perundangan Yahudi, satu di Jerusalem di kenali Talmud Yerushalmi ( Talmud Jerusalem), yang lain di Mosopotamia dikenali sebagai Talmud Bavli (Talmud Babilon). Jadi, ada dua Talmud, yang pertama memuatkan tradisi dari Jerusalem, manakala yang kedua dari tradisi daripada Mesopotamua. Anehnya, di dalam tiga buku tulisan Falvius Josephus yang ditulis pada abad pertama Masihi, tidak ada satu pun sebutan tentang Talmud. Ini menguatkan hujah, tradisi penulisan Talmud hanya bermula jauh melepasi zaman pemberontakan itu.

Talmud mengandungi bahgian diskusi para Rabi Yahudi tentang hukum, etika atau perilaku, tradisi dan sejarah Yahudi. Talmud terdiri daripada dua bahgian, ia itu lisan yahudi, khususnya di kalangan mazhab Farisi. Ia menjadi bahan perdebatan sepanjang tahun 70-200 M. oleh kelompok Rabi Yahudi yang disebut “Tanaim”(Tanakh). Tanakh, adalah rabi yang berugas sebagai guru, pembuat hukum dan penghubung dengan kerajaan Rom pada zaman 70-200 M. kumpulan para Tanakh disebut ‘Tanaim’, begitu juga aman mereka disebut zaman Tanaim.

Gemara tidak lain adalah Mishnah yang dihangatkan kembali, disajikan secara lisan dalam bahasa Aramic, ditimbang dalam bahasa Ibrani dan disamarkan sebagai pindan-pindaan terhadap Mishnah.

Ada dua Talmud yang Berjaya dikumpul; Talmud Jerusalem dan Talmud Babilon yang mendapat kedudukan lebih besar. Walau bagaimanapun, ketetapan yang pasti masih diperdebatkan. Contohnya, Talmud Babilon mempunyai empat tarikh yang berbeza yang perlu diputuskan iaitu 400, 500, 600 dan 700 M. ini bermaksud, tidak ada kepastian dan bukti, meskipun tarikh yang diberikan Neusner adalah benar, penyelesaian pada suntingan akhir ini terjadi pada zaman Peradaban Islam di Iraq dengan bantuan sarjana fikah. Hakikatnya, komentar dan penjelasan tentang Minsah ini terus-menerus berlaku dan berlajutan. Ia sebuah projek penulisan Talmud yang terus berjalan, bahkan pada abad 13 M. projek ini masih belum berhenti. Peradaban Islam yang jelas memainkan peranan yang dominan dalam membantu keupayaan Yahudi ini.

Max I Dimon merekodkan kekhuatiran para Rabi Yahudi semasa pergolakan abad 5 hingga 7 Masihi, iaitu masa perang antara Muslim dengan Parsi dan Rom. Pergolakan ini membawa pengaruh kepada hilangnya tradisi lisan Yahudi. Para Rabi Yahudi saat itu mula mengizinkan penulis-penulis bagi merekodkan bahgian-bahgian Mishnah dan Gemara. Usaha-usaha penyusunan ini diletakkan atas para pelajar yang di kenali sebagai Saboraim. Mereka adalah golongan yang cukup faham bahasa Ibrani dan Aramic. Teks hasil kombinasi mereka ini kemudiannya disebut sebagai Talmud. Tugas ini memakan waktu hingga 200 tahun bahkan lebih.

Daripada keterangan ini,jelas penulisan Talmud bermula setelah berlakunya perluasan Empayer Islam sehingga gaya penulisan Talmud diinspirasikan oleh sistem fikah Islam. Ia adalah kekusutan yang jelas dapat dibuktikan. Maksudnya, pencerahan yang dibawa oleh orang Islam mempergaruhi pada pencerahan bangsa Yahudi. Jadi, adalah tidak logik apabila para Orientalism menuduh al-Quran menciplak kitab-kitab sebelumnya.

Daripada cara menyusun kaedah-kaedahnya, juga jelas penyusunan bentuk akhir Talmud oleh Rabi Yahudi diilhamkan oleh metode penyusunan fikah Islam didalam Talmud, ada bab tentang Tohoroth (Bersuci), Nashim (Kewanitaan), Sabbath (Peribadatan Hari Sabtu), Kodashim (Ritual Haiwan Korban), Nazikim (Kehancuran) dan lain-lain. Hanya di dalam penyusunan Talmud, tidak diperkenalkan kaedah-kaedah dalam mengeluarkan sesuatu hukum. Akibatnya, banyak ayat Talmud bertentangan dengan sumber asli, iaitu kitab Taurat dan kitab para nabi Bani Israel. Hal ini pernah dikritik Nabi Isa ribuan tahun yang lampau.

Beberapa bahgian Talmud dalam tradisi lisan memang sudah ada sejak zaman Nabi Isa (jesus). Terdapat banyak kesalahan Rabi Yahudi dalam mengeluarkan kesimpulan hukum-hukum Nabi Musa yang mana hal ini dikritik oleh Nabi Isa pada waktu itu. Misalnya tentang aktivi pada hari Sabtu atau Sabat.

No comments:

Post a Comment