Saturday, April 23, 2011

Samb: ke 2 Hakikat Keenam

Setelah berita Ford berlalu selama 34 tahun, Jenderal Willian J. Car dari Amerika mengatakan:



“Apa yang dikatakan oleh Ford itu telah berlalu selama tiga puluh empat tahun, tetapi ternyata masih sesuai dengan pelbagai peristiwa yang terjadi sekarang dan yang kita alami.”



Menurut hemat saya, ketika kita sekarang berada di tahan 1994, langkah atau strategi terkutuk itu sesungghnya masih terus berjalan menuju cita-cita puncaknya dengan kekuatan aneh. Tetapi yang aneh bagi para penganutnya dan juga bagi rajanya adalah bahawa Allah tetap mengalahkan mereka, meskipun kebanyakan manusia tidak tahu soal itu.



Dalam teks bahasa Inggeris yang ditulis oleh Victor Marsdone, terdapat dokumen yang menguatkan gambar ular dikelilingi bola bumi yang semuanya berbentuk bujur telur. Nampak kepala dan ekor bertemu secara merapat. Ini bermakna bahawa langkah dan strategi mereka sudah sempurna tanpa ada celah-celah yang dimasuki musuh. Ular yang terlukis di dalam dokumen itu adalah kod pengaruh atau wibawa Yahudi, bahkan menjadi lambang bagi raja mereka yang ditunggu-tunggu. Simbol itu dicuri dari kerajaan Fir’aun. Sebab, ular adalah kod kebijaksanaan bagi para raja Fir’aun, di samping menjadi lambang kekuatan, kecerdikan dan ketajaman fikiran. Untuk lambang tersebut, mereka membuat pelbagai macam patung dari emas. Bahkan lambang itu dilukis pada mahkota para raja dan pemimpin mereka yang lain.



Victor Marsdone berkata: “Simbol itu, sebagaimana nampak dengan jelas merupakan cap protokol Yahudi. Sementara itu gambar piramid di bawah lambang itu mengandung makna adanya hubungan lama dengan kerajaan Fir’aun Mesir."



Nampaknya ia kurang memahami sedikitpun hubungan yang dimaksudkan itu. Ia hanya menduga kuat bahawa ajaran Masuniyyah telah ada sejak lama, bahkan sejak masa perkembangan para raja mungkin ada benarnya.



Bukankah Dajjal, yang buruk kedua matanya itu, pernah pula hidup di masa raja-raja Fir’aun? Demikian pula, para tokoh besar Masuniyyah di dunia mengesakan bahawa keyakinan, kod, isyarat, darjat, dan tingkatan mereka didasarkan kepada ajaran Fir’aun Mesir. Ajaran atau fahaman itu sampai kepada mereka melalui Bani Israel yang hidup di Mesir dan kemudian diusir keluar.



Namun, saya ingin menambah bahawa Dajjal faham betul bahawa Mesir adalah pelaburan atau gudang perbendaharaan dunia dan bahkan permata atau ratna mutu manikamnya. Ia tahu pasti bahawa Mesir adalah pusat dunia Islam dan pusat peradabannya. Kerana kecintaannya kepada negara Mesir dan kebeciannya yang meluap-luap terhadap Islam, Dajjal sangat mengidam-idamkan keluarnya Islam dari Mesir. Ada puncaknya, ia menginginkan Mesir dipenuhi orang-orang Yahudi, yakni mempunyai idealogi Yahudi atau penduduknya menjadi ateis. Dengan demikian, tidak akan ada lagi yang mampu merintangi impiannya.



Dalam lambang yang diletakkan pada surat-surat rasmi diatas, Dajjal memperkenalkan dirinya. Simbol yang dibuatnya ini nampak sarat dengan makna.




Bersambong…


No comments:

Post a Comment