Saturday, April 30, 2011

Samb: ke 7 Hakikat Keenam

Demikian pula menurut pengakuan Profesor Abraham Bolyake, seorang Yahudi keturunan Rusia, yang kemudian berhijrah ke Palestin dengan ayahnya pada tahun 1923. Pada masa selanjutnya ia menjadi guru besar sejarah Yahudi di Universiti Tel Aviv. Dalam pelbagai kajian dan tulisannya, ia menyatakan bahawa Yahudi yang sekarang itu datang dari Khazar, suku ketiga belas. Bahkan, beliau dengan terang-terangan menyerang pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sekarang adalah pelarian dari kabilah yang konsisten pada Taurat (al-qabilat at-tawratiyyah). Tentu saja, pendapat itu sekaligus membantah cerita atau dongeng tentang kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan.

Willliam G.Car, dalam bukunya ‘Batu-batu di Papan Catur’ mengatakan: “Mulai etnis selain Semit, Turki, dan Finland, mengirimkan utusannya ke Ereopah; (mereka) datang dari Asia sejak abad Pertama Masihi di sepanjang perjalanan bumi yang terjadi di sebelah utara Laut Caspien (Qizwin/Khazar). Sejarah mencatatkan bangsa-bangsa penyembah berhala itu bernama Khazar. Mereka pernah tinggal di wilayah timur jauh Eropah. Di situ mereka membentuk kerajaan Khazar yang kuat. Lalu mereka membentang kekuasaannya sedikit demi sedikit melalui peperangan berkali-kali sehingga pada akhir abad ke-2 M, mereka mampu menguasai sejumlah besar wilayah yang terletak di Eropah Timur atau disebelah barat gunung Qural dan sebelah utara Laut Hitam. Ketika itu, orang-orang Khazar lebih suka memilih agama Yahudi berbanding agama Kristian atau Islam. Mereka dirikan gereja dan sekolah-sekolah untuk mengajar dan mengembangkan ajaran Yahudi di seluruh pelusuk wilayah kerajaan atau kekuasaannya.

Di puncak kekuatan dan kekuatannya, pemerintahan Yahudi Khazar mengutip upeti(ufti) atau cukai secara paksa dari dua puluh lima bangsa. Lantaran kuatnya, pemerintahan Khazar mampu bertahan dalam kekuasaannya selama hampir lima ratus tahun. Akhirnya, pemerintahan yang kuat itu jatuh juga di akhir abad ke-13 M di tangan pemerintah Rusia yang menyerang mereka dari sebelah utara. Jiwa pemberontakan berpindah dari pemerintah Khazar Yahudi ke tangan pemerintahan Rusia. Pemberontakan mereka berlanjutan sampai terjadi Pemberontakan Merah pada tahun 1917. Serangan parajurit Khazar Yahudi pada awal abad ke-13 M menjelaskan kepada kita bahawa orang-orang kita sebut sebagai orang-orang Yahudi itu telah bersesuaian menetap dalam pemerintahan komunis Rusia.” (Demikian William G.Car).

Sementara itu, Profesor Abraham dalam bukunya yang sangat bagus tentang Khazariya, yang di terbitkan dan disebar luaskan dalam bahasa Ibrani untuk pertama kali pada tahun 1944 di Tel Aviv, mengatakan: “Bangsa Yahudi (Khazar) itu dapat kita anggap sebagai inti bagi pendudukan Yahudi. Terbesar di wilayah Timur Eropah. Sesungguhnya silsilah keturunan penduduk ini-yakni, mereka yang menetap di tempat asalnya dan mereka yang berhijrah ke Amerika Syarikat, serta yang berpindah ke negara-negara lainnya, ditambah lagi dengan mereka yang pergi ke Israel semuanya, pada saat sekarang, telah membentuk majoriti kaum Yahudi di dunia. Realiti menyatakan bahawa majoriti terbesar orang-orang Yahudi di seluruh dunia pada masa sekarang ini, berasal dari sebelah Timur Eropah. Oleh kerana itu, sangat berkemungkinan bahawa kebanyakan mereka atau semuanya berasal dari Yahudi Khazar (Caspien). Ini bererti bahawa nenek moyang mereka bukan datang dari Urdun (Ardan), melainkan dari sungai Volga (Al-Fulja). Mereka juga bukan berasal dari tanah Ka’nan (Mesir). Mereka berasal dari Kaukas yang sejak dulu diyakini sebagai tempat kelahiran bangsa Aria. Dari segi struktur keturunan, mereka lebih dekat ke kabilah Hon, Uigur, dan Magyar, dari kabilah keturunan Nabi Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub.



Bersambong…


No comments:

Post a Comment