Tuesday, April 12, 2011

Samb: ke 3 Hakikat Kelima

Itulah sebabnya kedengkian dan dendam kesumat Iblis terus menyala setiap waktu dan juga pada setiap pertemuan dan dialog kebudayaan. Ia selalu dengki kepada Nabi Adam dan orang yang mengenal Allah dengan pengetahuan sesungguhnya. Sesungguhnya orang alim yang diberi ilmu Al-Kitab di zaman Nabi Sulaiman itu secara praktik telah menggunakan kecepatan paling dahsyat oleh seorang makhluk Allah yang diterapkan pada alam yang dikenali manusia sejak dahulu kala. Itulah kecepatan cahaya.



Sebahgian pembaca tidak memahami makna hakiki dari apa yang saya katakan tentang kecepatan cahaya. Setelah berfikir beberapa saat, mereka pun memahaminya. Sesungguhnya cahaya adalah benda yang paling cepat bergerak di dunai ini. cahaya bergerak mengikut garis lurus dengan kecepatan 300,000 km (tiga ratus ribu km) dalam satu saat. Hingga sekarang, belum ada kecepatan yang melebihi kecepatan cahaya di dunia ini.



Tentu saja, tidaklah mudah bagi otak atau akal manusia memahami dan mengambarkan jarak sedemikian jauh yang di tempuh dalam waktu sesingkat itu di zaman ini. untuk memahami hal ini dengan mudah, saya akan memberikan perbandingan jarak sejauh itu dengan pelbagai tempat yang nampak dan kita ketahui di muka bumi dari sisi lain, kita mesti meluruskan waktu barang sesaat dibandingkan dengan pelbagai kejadian di bumi ini, maka jarak sejauh itu akan tetap tinggal tanpa makna apa-apa dalam fikiran kita.



Ketika kita mengatakan bahawa hati kita berdenyut menggerakkan hidup kita, maka ini bererti bahawa hati kita bekerja dalam bentuk denyutan secara berturut-turut. Dan setiap denyutan itu adalah semacam penyusuran dan pengembangan. Satu denyutan hati memerlukan waktu sekitar 0.8 saat. Oleh kerana itu, ukuran kecepatan hati pada manusia yang sedang beristirahat lebih dari enam puluh denyutan dalam satu minit. Untuk lebih memperjelas hal ini, akan saya katakan bahawa setiap denyutan hati itu memerlukan dan menggunakan satu saat.



Sebagai contoh mudah dan jelas, waktu yang diperlukan oleh sejumlah nombor pada jam dimulai dari nombor satu dengan menggunakan suara yang terdengar dan kecepatan yang seimbang dan logik. Kita dapati bahawa setiap nombor-bukan angkanya, atau setiap angka mempunyai lima nombor memerlukan waktu satu saat untuk penyebutan suara.



Makna dari kedua contoh tersebut ialah bahawa di celah-celah satu denyutan hati anda, atau di tengah-tengah ucapan anda "tiga” ketika menghitung angka maka cahaya telah menempuh jarak 500,000 kilometer.



Jarak antara kota Kairo dengan Aswan adalah sekitar 1,000 kilometer. Sementara itu, jarak antara kota Baghdad dan London sekitar 4,000 kilometer. Dari sini kita dapat mengatakan bahawa cahaya dapat menempuh jarak antara kota Kairo dengan Aswan selama 300 kali dalam sesaat. Sementara itu, jarak yang ditempuh antara Baghdad dan London akan ditempuh oleh cahaya 75 kali dalam sesaat. Itu bererti bahawa cahaya dapat berputar di sekitar bola bumi semuanya lapan kali dalam sesaat.



Atas dasar itu, kita dapat mengatakan:



a) Jarak antara bulan dan bumi adalah 1.5 saat cahaya, yakni 450 kali jarak antara kota Kairo dan Aswan.



b) Jarak antara bumi dan matahari adalah lapan minit cahaya, yakni cahaya memerlukan lapan minit untuk menempuh jarak 150 juta km.


c) Wilayah cahaya matahari, atau jarak dari setiap titik pada pusat planet Pluto melalui matahari lalu ke sisi depan dari pusat yang sama memerlukan lebih dari sebelas jam cahaya dengan catatan bahawa jarak antara matahari dan planet Pluto: 5,880 juta km = 4 unit bintang = sekitar 5.3 jam cahaya.



d) Cahaya menempuh wilayah bumi dalam waktu satu perempat puluh enam (1/46) saat. Dan wilayah kumpulan cahaya matahari akan menjadi 1.83 juta kali lebih besar daripada wilayah bumi.




Bersambong…

No comments:

Post a Comment