Friday, February 18, 2011

Ikatan Menakutkan

Dajjal membuka mulut dan membeliakkan mata. Untuk pertama kalinya ia mendengar perkataan memuaskan dari tuhan yang menciptakan seluruh alamnya. Ia bertanya kepadanya tentang Adam dan Hawa, serta masaalah godaan kepada keduanya yang mengeluarkan mereka dari syurga sebagaimana diberitakan dalam riwayat-riwayat agama. Iblis tidak mahu mengkhabarkan kepadanya bahawa para nabi itu diberi wahyu dan kemudian mereka menyelewengkannya. Malahan, Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad diselewengkan para sahabatnya dalam beberapa bahgian.

Semua masaalah itu tersembunyi dalam kisah kedengkian Adam kepada ‘Azazil, nama Iblis waktu kecil, yang berasal dari bahasa Suryani dan bererti “yang diagungkan Allah”. Kerana masaalah ini bukan masaalah kedua makhluk jahat itu, secara ringkas ia memuaskan rasa ingin tahu Dajjal bahawa Adamlah yang membuat tipu daya untuk mengeluarkan Azazil dari syurga melalui Hawa. Namun, Azazil menolak dan memberitahukan kepadanya bahawa Tuhan murka kepada Adam dan Hawa kerana kedengkian mereka dan mereka ingin berdua tinggal di syurga tanpa Azazil.

[CATITAN: Nama Azazil adalah nama yang dikenali di zaman dahulu dan bermakna dewa kehancuran atau dewa gurun kerana Iblis memisahkan diri dari manusia dan tempat tinggalnya.]

Adam memberitahu kepada Tuhan Yang Maha Besar, untuk menolak tuduhan Iblis bahawa Azazil itulah yang memaksa Hawa memakan buah pohon terlarang itu. Adam dan Hawa memakan buah itu menurut kehendak mereka, padahal aku telah memperingatkan mereka.

Tuhan pun murka kepada kami semua. Iblis berkata:

“Dia menurunkan kami ke bumi. Dia memberitahu kepada kami ketika dalam perjalanan turun bahawa pihak yang mengalahkan pihak lain akan menjadi tuhan atau anak tuhan.”

Dajjal mulai mendengar saudara tuanya dengan penuh perhatian seakan-akan terpengaruh oleh sihir yang dimainkan penyihir professional. Perkataannya indah, ideanya menarik, pendangannya menyentuh, dan isyaratnya simpati. Seolah-olah ia adalah orang tuanya yang telah mencarinya.

Akhirnya mereka menyepakati perjanjian bertulis. Perjanjian itu menyebutkan:

“Keduanya adalah satu makhluk. Yang satu terlihat dan satunya tidak terlihat. Tujuan persahabatan itu adalah ‘menghancurkan’ Islam dan kaum Muslim, menegaskan dan menampakkan kesalahan Yang Maha Besar yang telah tua-renta, dan menjelaskan bahawa orang -orang Yahudi adalah umat terbaik yang diutus kepada manusia, bukan kaum Muslim yang memiliki sifat Dajjal.”

Kemudian ditetapkan bahawa istana pusat Iblis berlokasi dekat Bermuda yang merupakan singgahsana Iblis selamanya. Singgahsana itu dibangun berdasarkan kaedah ilmiah dan teknik fizik yang mendahului dunia jin dan hanya dicapai oleh segelintir manusia.

Sebuah kota sempurna sebahgian terendam didalam air dan sebahgian lagi berada di atas permukaan air. Kota itu seakan-akan sebuah benteng yang bahgian atasnya terapong dan dapat dipisahkan dari bahgian bawahnya berupa kota tetap yang dilindungi dengan penyinaran dan tenaga. Rajanya yang bersemayam di atas singgahsana adalah penduduk pulau laut timur yang mengendalikan bola bumi sampai tiba saat keluarnya.

“Adapun rincian perjanjian dan langkah-langkah kerja akan dijelaskan dalam pertemuan-pertemuan khusus kita yang sangat rahsia dan dicatat dengan peringkat peka yang merakam pembicaraan.

Kita adalah satu. Kita merupakan sekutu Tuhan kita dalam kekuasaan.

Persetujuan Bersama:

Raja Yahudi yang Raja jin dan syaitan yang
Ditunggu-tunggu dan terusir secara zalim kerana
Dijanjikan kerajaan ada terkutuk dan anak cucunya
seribu penduduk. Yang tidak mengikut kami.

Iblis terkutuk itu menyatakan kemenangan dan kecerahan dengan harapan bahawa dimasa depan ia dapat melaksanakan rencananya atas anak cucu Adam. Ia mendatangi seluruh dunia jin kafir dan syaitan, dan penyampaikan pidato berikut:

“Dengan namaku, akulah tuhan agung bagi dunia ini. Dengan nama sahabat dan pendampingku serta saudara mara kembarku, anak Sanirah, aku senang memanjakannya dengan membuat huruf namanya, yang tidak seperti orang-orang Arab membuang huruf nama itu dengan membuang huruf akhirnya. Kami, raja, membuang dua huruf namanya sehingga sahabatku itu menjadi ‘Sam’ atau ‘Paman Sam’ bagi seluruh manusia. Ia adalah saudara dan bayanganku bagi mereka. Oleh kerana itu, Paman Sam adalah paman kamu sekelian dan paman setiap orang yang beriman kepada kami. Sebab, ia adalah saudaraku dan penjelmaan dariku. Ia adalah pemberian syafaatku bagi manusia. Jikalau ia tidak datang, pasti aku akan melahap semua manusia dengan mulutku.

Tetapi ia datang untuk menyelamatkan mereka dan untuk mewujudkan harapan umat terseksa di bumi Yahudi. Berkumpullah hai anak-anak kegelapan. Hari ini adalah permulaan umur baru di dalam sejarah bumi ini dan sejarah kamu sekelian. Inilah sejarah yang mengizinkan kamu sekelian untuk menguasai manusia demi bakti tuhan kalian dan saudara kembarnya. Aku adalah orang ini, dan orang ini adalah aku. Minumlah arak, kerana akal perlu istirahat. Adakanlah pesta selama empat puluh hari empat puluh malam.

Setelah itu, kamu sekelian akan meninggalkan saudara kembarku yang akan pergi untuk memerentah manusia dan menggantikanku. Hendaklah kita membantunya dalam membangun benteng raksaksa di dalam air dan di permukaannya, serta di atas sebidang tanah di dunia ini yang dekat dengan istanaku ini. malam ini pesta dimulai. Menyebarlah.”

Istana itu ramai dengan hiruk-pikuk dan malam-malam indah. Iblis mengajak saudara kembarnya ke kamar tamu besar yang telah disiapkan untuknya. Setiap malam mereka berdua mengadakan pertemuan hingga pagi hari. Lalu masing-masing kembali kekamarnya. Selama empat puluh hari selesailah perbuatan “aturan kerja” dan “penetapan langkah-langkah syaitan untuk memerentah dunia.” Di bentuk pula konsep protocol bagi pengendalian dunia dan kaedah penguasaannya.

Pada pesta perpisahan dengan sahabatnya, Dajjal pun keluar. Ia menggerakkan kapalnya beserta para pengawalnya yang mulai bangun dari tidur selama empat puluh hari empat puluh malam. Yang pertama kali mereka lakukan adalah bersujud kepada Dajjal. Mereka berkata:

“Engkau menjadi suci, wahai junjungan dan tuhanku. Engkau telah menjadikan kami mati dengan kebijaksanaanmu, dan sekarang kami menjadi hidup dengan rahmatmu.”

Ia menjawab: “Apakah kamu semua tahu berapakah umur kamu ketika mati di hadapanku?”

Mereka menjawab: “Kami tidak tahu.” Ia berkata;

“Empat puluh hari. Hendaklah selalu membiasakan pesta kematianmu selama empat puluh hari. Pada empat puluh hari aku menghidupkan mereka sekali lagi untuk masukkan mereka ke dalam Firdaus, namun kamu tidak melihat mereka.”

No comments:

Post a Comment