Monday, February 7, 2011

Radang Gusi, Sembelit dan Buasir

Radang Gusi

Gusi bengkak, merah dan sakit. Berasa tidak senang dan susah menguyah makanan.

Formula 1
1 cawan air halia dan ½ sudu garam di campurkan dan berkumor atau sapau pada gusi yang bengkak.

Formula 2
Minyak bunga cengkeh seperti yang di kehendaki. Sapu pada gigi atau gusi, ulagi beberapa kali sehari

Fomula 3
3 sudu tea cuka campur dengan 6 sudu tea air mawar (ros) dan berkumo-kumor 3 kali sehari.


Sembelit

Arahan: makan sayur-sayuran daun hijau, air buah dan banyakkan minum air. Hindari makan gula dan gula-gula. Biasakan pergi ketandas pada waktu-waktu tertentu.

Formula 1
3 dudu tea kurma kering yang dipotong-potong
5 sudu tea badan dilecekkan menjadi lembik
10 sudu tea madu.

Cara menyediakannya: tumbuk halus kurma dan badam berasingan. campurkan kedua-duanya. kemudian campurkan madu lebah.
Dos: 3 sudu tea 2 kali sehari
Nota: formula ini berfaedah untuk buasir dan sembelit yang teruk.


Buasir

Sebelum ini nekwan berikan petuanya dengan mengunakan getah tampok manggis disapukan pada dubur tempat buasir itu tumbuh. Hari ini nekwan kongsikan cara perubatan kesufian pula.

Sembelit: buang air besar keras dengan darah, rasa membakar pada dubur dan tidak selelsa duduk. Darah mungkin keluar selepas buang air besar.

Arahan: Bersenam ringan, Diet ringan dengan sayur-sayuran hijau. Jauhi makanan pedas
Rawatan luar: sapu dubur dengan air ros atau lain-lain air bunga untuk melegakan.

Fomula 1

1 sudu tea daun inai
1 cawan air

Cara menyediakan: daun inai ditumbuk menjadi serbuk dan campurkan dengan 1 cawan air dan tapiskan, biarkan selama 20 minit.
Dos: Minum ½ cawan 2 kali sehari.

Formula 2

1/8 sudu tea daun ketumbar
1/8 sudu tea tanah liat

Cara menyediakan: kisar keduanya dan sapukan pada dubur.

No comments:

Post a Comment