Wednesday, February 2, 2011

Samb: ke 6 Pertemuan Kedua Dengan Seorang Agung (Nabi) dalam Hidup Dajjal.

Fatimah pun pindah kepadanya. Ketika masa ‘iddah-ku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah s.a.w.:

“Marilah solat berjemaah!”

Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w., pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w. duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau berkata: ‘Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.’ Selanjutnya beliau bersabda ‘Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?’ Mereka menjawab:

“Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Beliau bersabda:

‘Sesungguhnya aku, demi Allah, tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.
[CATITAN: Kata aqrub adalah jamak dari qarib (sampan). Boleh juga jamaknya menggunakan kata qawarib, dan inilah yang banyak digunakan. Tetapi yang pertama pun benar. Tamim ad-Dari dan teman-temannya datang ke pulau itu dengan sejumlah perahu yang dibawa dalam kapal, kerana hal itu lebih memudahkan untuk menempuh di laut yang dangkal untuk sampai ke darat. Kisah ini membidas anggapan sebahgian orientalis, yang di antaranya adalah M. Hartman. Mereka mengingkari kemampuan berlayar orang-orang Arab sebelum datangnya Islam dan pada masa awal Islam.


Dr. Anwar’Abdul ‘Alim menguatkan adanya kemampuan berlayar dan mengharungi lautan bagi orang Arab sebelum masuknya Islam, sebagaimana disebutkan dalam bukunya yang sangat bagus al-Milahah wa’Ulum-Bihar ‘inda al-Arab. Ia berkata:

“Jika orang-orang Hijaz dan Najd kurang berpengalaman dalam kelautan, kami melihat bahawa orang-orang Arab selatan adalah orang-orang yang banyak pengalaman dalam seluk-beluk kelautan dan sekitar seribu tahun sebelum mereka. Bahkan mereka mengetahui rahsia angin musim yang diambil oleh orang-orang Yunani. Demikian pula, para pelaut Arab telah menyingkap daerah-daerah tidak dikenali di samudera Hindia hingga Cina. Kita lihat Fa-hian, seorang Cina yang mengun jungi Sailan pada tahun 414 M, mengatakan: “Sesunggunya, rumah-rumah pedangang Arab Saba’ di Sailan dihias dengan perhiasan-perhiasan indah.”

Sebahgian orang menegaskan bahawa para pelaut Arab telah sampai ke Cina pada kira-kira separuh pertama abad ke 5 M.

Freankel berpendapat bahawa orang-orang Arab kuno memperkirakan bahawa negeri mereka dikelilingi lautan dari tiga sisi. Maka mereka harus mengharungi lautan untuk perniagaannya yang memiliki peranan penting bagi mereka.]


Bersambong….

No comments:

Post a Comment