Friday, February 4, 2011

Rumusan Ilmu Perubatan kesufian. Kecing Manis, Sengal-Sengal Sendi

Penyakit Sengal-Sengal Sendi
Sakit dan/atau kaku anggota, bengkak pada sendi-sendi dan kadang-kadang demam

Arahan: Hindarkan makanan masam dan berempah. Buat senaman (berjalan) di waktu pagi tetapi hindarkan daripada terdedah pada udara yang sangat sejuk.

Rawatan luar: Sapu dengan minyak ambar atau narwastu.

Formula:

6 sudu tea halia
6 sudu tea ‘caraway seeds’
3 sudu tea lada hitam

Cara menyediakan: campur ketiga-tiga bahan dan kisar menjadi serbuk dan simpan dalam botol.
Dos: ½ sudu tea dengan air, dua kali sehari.


Kencing Manis

Terlalu kerap buang air kecil, terlalu dahaga, kurang selera makan, lemah badan. Tanda-tanda ini menunjukkan, gula dalam darah atau kecing, melebihi had yang sepatutnya, keujutan gula dalam darah maupun kecing, hendaklah di tentukan oleh ujian yang dilakukan oleh doctor.

Arahan: Hindarkan pengambilan manisan dan buah-buahan yang manis. Hindarkan karbohidrat, seperti kentang, beras dan ubi. Dinasihatkan supaya membuat senaman ringan.

Fomula:

8 Sudu biji ‘cumin’ yang ditumbuk halus-halus.
Dos: ½ sudu tea di campur dengan air, minum dua kali sehari.


Buah Delima (rumman)

Buah Delima manis lebih baik dari yang masam. Air buahnya menyembuhkan batuk. semua jenis Delima meredakan debaran jantung (hati).

Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak dalam hati orang yang makan Delima. Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat swelama 40 hari.”

Pistachio’ (fustaq)

Adalah dikatakan bahawa memakan fustaq ini dengan kuning telor membuatkan hati kuat. Kulitya yang kemerah-merahan itu menghapuskan cirit-birit dan muntah-muntah.


3 comments:

  1. Assalammualaikum Kak...

    Terimakasih kongsi petua ni...

    Wslm.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikum salam,

    ilmu Allah....

    ReplyDelete
  3. petua ni di petik dari "Kitab Ilmu Prubatan Kesufian" so, kita share bersma yerk?

    ReplyDelete